Tiupan angin senja amat menyenangkan hati aimi. Sawah padi yang terbentang luar di
depan mata menambahkan suasana senja itu. aimi
menutup matanya untuk menikmati sepuas-puasnya suasana yang jarang di rasainya di kota. Setelah hampir
lima tahun hidup di kota,aimi mengambil keputusan untuk menetap di kampung halamannnya untuk menabur
bakti di sekolah kampung sebagai
seorang cikgu.
aimi melihat gelagat anak-anak kecil yang bermain guli di
depan rumah pusaka ayahnya sambil tersenyum.aimi teringat kepada masa silamnya yang suka
bermain guli dengan sepupu-sepupunya.telah lima hari aimi di kampung tersebut
dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan
cara hidup di kampung walaupun pada awalnya aimi tidak biasa dengan bunyi ayam
di waktu pagi.
Aimi. Suara halus mengejutkan aimi dari masa silamnya. Aimi
melihat sekeliling mencari punca suara tersebut. Serta merta bulu tengkuk aimi
berdiri.Aimi segera masuk ke dalam
rumah. Aimi ke dapur,ibunya sedang
menyediakan makan malam. Ayam golek
dengan nasi kerabu. Kegemaran aimi.
Aimi kenapa tidur di luar nak,dah senja tak baik anak dara
di luar,masuk cepat. Aimi terkejut.sepantas kilat matanya terbuka. Melihat
sekeliling,aimi bingung. Bukan sebentar tadi dirinya sudah masuk ke dalam
rumah. Ibunya sedang memegang bahunya.
Aimi memberi senyuman kepada ibunya lalu
berlalu ke dapur. Sampai ke dapur, Aimi membuka tudung saji dan terkejut
melihat ayam golek dengan nasi kerabu seperti yang di lihatnya sebelum ini.
Bezanya ibunya sudah selesai masak.
Selesai makan malam,aimi menolong ibunya mengemas meja.
Sepanjang malam tersebut aimi tidak dapat lelapkan mata memikirkan perkara yang
berlaku petang itu. Setelah memaksa matanya untuk tutup barulah aimi terlelap.
Aimi.suara halus itu menyedarkan aimi dari tidur. Dalam keadaan mamai,aimi
melihat sekeliling.aimi terkejut dia bukan di biliknya. Keadaan sekeliling yang
gelap gelita menakutkan aimi di tambahkan lagi dengan bayangan hitam yang
seperti hendak menangkapnya.Aimi bingkas berdiri,dalam keadaan takut aimi
berlari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Setelah lama
berlari,aimi melihat cahaya lalu pergi kepada cahaya itu.
Laungan azan subuh
mengejutkan aimi dari tidurnya. Aimi melihat sekeliling,dia dalam biliknya.
Muka aimi berpeluh seperti orang yang baru berlari seratus meter. Jantung aimi
berdegup dengan cepat belum reda walaupun sudah terjaga. Pagi itu muka aimi
pucat. Aimi meminta kebenaran dari pihak sekolah untuk mengambil cuti.
Hampir setiap malam aimi mimpikan perkara yang sama
berulang-ulang kali. Aimi bingung sendiri. Tetapi aimi tidak ceritakan kepada
sesiapa perkara yang di alaminya. Sehinggalah pada suatu malam. Setelah selesai
makan malam. Aimi menonton televisyen,rancangan kegemarannya CSI. Setelah habis
melihat CSI.Aimi bingkas bangun lalu ke biliknya untuk tidur. jam menunjukan
pukul 12 malam. tidak lama kemudian aimi seperti dalam dua dimensi,aimi melihat
seseorang sedang berjalan ke arahnya memegang pisau lalu menikamnya di perut.
Pantas darah mengalir deras dari perutnya yang di tikam. Dalam keadaan
parah,aimi berlari untuk menyelamatkan dirinya. Aimi menoleh belakang tak sedar dirinya sudah berada di atas jalan
raya. aimi menoleh ke depan sebuah kereta datang ke arahnya lalu aimi melambai
tangannya untuk mendapatkan pertolongan. Kedengaran brek kereta yang amat kuat.
Aimi tersedar dari tidurnya. Seperti malam-malam yang
lain,badan aimi penuh dengan peluh seperti baru habis berlari seratus meter.
Mimpi lagi,bicara aimi dalam hatinya.Jam menunjukkan jam7 pagi. Tidak seperti
pagi-pagi yang lalu,pagi itu kedengaran suara dari ruang tamu. Aimi membuka
pintu dan melihat sanak saudaranya berkumpul di ruang tamu. Aimi tersenyum
melihat sepupu-sepupunya yang telah lama tidak di temuinya. Aimi melihat ibunya
lalu pergi ke arah ibunya. Belum sempat aimi mendapatkan ibunya,mata aimi
tertumpuh pada jasad yang tertutup rapi di letakkan di tengah ruang tamu
rumahnya. jantung aimi seperti berhenti.
Aimi melihat wajah ibunya menahan air mata dari keluar. Aimi melihat
sekeliling,tiada seorang pun yang menegurnya.
Tidak lama kemudian,seorang imam sampai ke rumah dan
memandang sekeliling rumah dan pandangan mata itu terhenti pada arah aimi
berada. imam tersebut memberi salam lalu masuk ke dalam rumah itu. Ini adalah peluang terakhir untuk ahli
keluarga terdekat untuk memberi ciuman yang terakhir sekali untuk jenazah ini
sebelum di mandikan. Aimi melihat ibunya sudah tidak boleh membendung lagi air
matanya lalu mengalir laju. Aimi ingin berlari ke arah ibunya tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk bergerak.
Imam tersebut memandang ke arah aimi sekali lagi,aimi mulai
tidak sedap hati. Imam tersebut perlahan-lahan membuka kain yang menutupi jenazah tersebut.
Sementara itu jantung aimi turut berdebar-debar seperti sesuatu yang tidak
disangka berlaku. Suasana hiba bertambah
sedih. Aimi terjatuh ke lantai,seperti tidak percaya apa yang di
lihatnya. Jasadnya sedang terbaring di
tengah rumah tersebut. Kedengaran tangisan kecil dari ibunya. Aimi,kenapa
tinggalkan mak,nak. Ibu yang sepatutnya pergi awal dari aimi. Ibu aimi bercakap
sendiri,menimbulkan suasana hiba di kalangan sanak saudara dan rakan-rakan aimi
yang hadir.
Aimi terduduk
lemah.seperti tidak percaya apa yang baru sahaja dilihatnya. Aimi serta
merta teriak dengan tangisan yang
sedih.hanya Imam itu sahaja yang mendengar tangisan aimi. Dengan air mata yang
mengalir deras,Aimi menutup matanya,mengimbas kejadian semalam.selepas ditikam
aimi berlari menyelamatkan diri sebelum
dilanggar kereta,dalam keadaan parah aimi melihat keadaan sekeliling
semakin kabur dan kabur…
Astagfirullah aimi,mengucap nak. Ibu aimi puan amira menepuk
lembut bahu aimi. Serta merta aimi bangun mengejut. dalam keadaan berpeluh
dingin aimi melihat sekeliling,aimi berada di dalam bilik wad. Aimi melihat ibunya
di sebelahnya melihatnnya dalam keadaan cemas. Aimi pantas memeluk ibunya
seperti lama tak berjumpa.Ibu aimi
seperti tidak percaya aimi sedar semula. Aimi sayang dengan ibu. Aimi
janji takkan tinggalkan ibu lagi selepas ini ibu. Air mata aimi mengalir
deras.ibu aimi turut memeluk erat satu-satunya anak perempuannya sambil turut menangis. Hati ibu mana yang tidak
tersentuh apabila anaknya yang telah 1 tahun koma kerana diragut dan dilanggar
kereta secara tidak sengaja semasa balik dari kerja akhirnya sedar semula.
Doktor yang memeriksa aimi turut terkejut aimi sedar
semula,sedangkan doktor pakar otak telah memutuskan aimi takkan sedar
semula.ibunya telah diberi pilihan untuk menamatkan riwayat aimi.aimi dikatakan
tiada peluang untuk sedar semula akibat daripada hentakan kuat di kepala aimi
semasa di langgar kereta. TAMAT
No comments:
Post a Comment