Thursday, 28 May 2015

PETUA ORANG DULU VERSI SABAH

CARA UNTUK MENYINGKIRKAN NANAH BUTA

Assalammualikum dan selamat malam semua. Saya bercerita dengan mak saya beberapa hari yang lalu tentang hal-hal harian. Cerita punya cerita keluar cerita tentang hospital. Hehehe.. Beberapa hari saya ulang-alik dari hospital sebab beliau masuk wad kes tangan bernanah. selain beliau tu, ada seorang lagi pak cik yang senasib dengan beliau ni. tapi pak cik tu bernanah di kaki dan belum lagi di bedah. Beliau saya tu sudah selamat dibedah. Kalau tengok kes beliau ni pun, nanah buta. Jadi perlu kena bedah. Huuu.. kalau sebut dah boleh bayang kan.. Sebab nanak buta banyak orang masuk hospital sebab tak tahu macam mana nak keluarkan nanah tu. Kalau nanak di kawasan-kawasan yang selamat dan tidak memudaratkan, insyallah, tidak bahaya, tapi cuba bayangkan kalau nanak tu timbul di kawasan yang kritikal, macam leher. Dapat fikir ke? Mungkin orang akan senang cakap, Bedah jalan selamat. (Mungkin anda juga fikir begitu) Tetapi betul ke sudah tiada cara lain untuk mengeluarkan nanah itu tanpa pembedahan? Rupanya, abang mak saya (Arwah) dulu pun kes nanah buta ni.. Selain arwah nenek, datuk ada isteri lain. Abang mak yang saya maksudkan ialah anak Isteri pertama Datuk. Menurut cerita mak, sebelum arwah tu masuk hospital, arwah nenek ada tunjukkan cara nak ubat nanah buta secara tradisional tapi isteri pertama datuk tak yakin.. Nak dipendekkan cerita, Arwah abang mak saya tu dibedah. Nanah buta tu di leher. Sekejap je sembuh.. dan keadaan arwah bertambah teruk selepas pembedahan.. bukan sekali tetapi setelah banyak pembedahan yang dilalui arwah.. Allah menjemput arwah abang mak... (Al-Fatihah).. Mungkin anda yang membaca post ni akan fikir (tipulah) Saya cerita apa yang dikongsikan mak. Saya bersyukur sebenarnya.. sebab cerita dengan mak tentang isu ini.. sekurang-kurangnya saya dapat sesuatu yang berharga kan? Ok, saya rasa dah terlalu banyak saya tulis. Oleh itu, saya akan kongsi dengan anda cara tradisional nak keluarkan nanah buta (tiada mata) versi Sabah. Saya tulis versi Sabah sebab petua ni dari moyang kepada arwah nenek kepada mak dan sekarang kepada saya dan saya kongsi dengan semua. Saya Harap ilmu bermanfaat kepada semua. 

Sarang angkut-angkut (Sejenis lebah yang suka buat sarang tanah liat di dalam rumah)

kalau di kampung, banyak di dinding rumah. Selalunya di ceruk, tepi tingkap dan kaki lima (beranda). Apa yang kita perlu dari lebah ini ialah sarangnya itu.. sarang yang diperbuat dari tanah liat. Mesti anda sedang berfikir kan, apa kena mengena sarang tanah liat untuk keluarkan nanah buta. Saya pun fikir begitu juga pada mulanya tapi mak telah terangkan kegunaannya saya fahamlah. Ok, Tanah liat itu menurut mak, digunakan untuk mengeluarkan nanak. Caranya saya tulis di bawah ni supaya senang nak faham.

Cara-cara:

1. Ambil sarang angkut-angkut yang sudah kosong (ditinggalkan selepas telur lebah menetas). Ambil dalam kuantiti ikut besar dan kecil nanah yang tidak bermata.

2. Hancurkan sarang tanah liat dengan air tetapi bancuhan perlu pekat. Anda boleh rasa dengan tangan bancuhan dalam keadaan pekat.

3. Letakkan bancuhan sarang tanah liat tadi dikawasan nanah buta. Letak disekeliling kawasan nanah seperti bentuk cincin. tinggalkan sedikit ruang di tengah bulatan. 

4. Pastikan ada ruang di tengah kerana, Isyallah, nanah akan mengalir di kawasan tersebut.

5. Anda boleh cuba cara ini mengikut keselesaan anda tetapi lebih baik sebelum tidur kerana anda tidak akan resah menunggu nanah keluar. 

6. Lakukan proses ini mengikut keperluan, sekiranya nanak sudah bermata, tidak sukar sudah nak keluarkan semua nanah dari kawasan jangkitan. Selain itu, pastikan kawasan nanah sentiasa dibersihkan untuk elakkan jangkitan lain. 

Anda mungkin ragu dan fikir cara ini kolot tetapi tidak salah mencuba. 
Insyallah. 


Wednesday, 27 May 2015

DIARI PERIBADI DAN RAKAN KHAYALAN

Assalammualikum dan selamat pagi untuk hari ini. Saya tidak rancang untuk post apa-apa hari ini tapi selepas baca sesuatu yang luar biasa yang dikongsikan oleh rakan dalam facebook, teringin pula nak kongsi dalam Blog ini. kalau orang Islam, kita memang dari kecil sudah terdedah dengan kewujudan makhluk lain selain manusia. tetapi jarang sekali seorang budak boleh 'berkawan' dengan makhluk yang berbeza dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Tetapi saya tidak akan buat apa-apa andaian dan terpulang kepada pembaca untuk memikirkn perkara ini. disebabkan bahasa dalam bahasa English, saya akan sertakan sarikata dalam bahasa melayu. Selamat membaca.
Bersedia Bulu Roma anda mungkin berdiri.












































Ini ialah Lisa. Dia adalah kawan saya. Mak dan ayah saya tidak boleh nampak dia, jadi mereka cakap dia ialah rakan khayalan saya. Lisa adalah kawan yang baik.











































Hari ini saya cuba untuk tanam bunga di laman rumah. Saya cuba untuk tanam dalam kotak pasir tetapi lisa cakap itu tempat di mana ayahnya tidur. Oleh itu, saya tanam di dalam cawan yang diletakkan tanah.











































Lisa di sekolah pada hari ini dengan saya. Saya bawa dia untuk persembahan dan beritahu Mrs.Monroe tetapi dia marah kerana dia tidak nampak Lisa. Lisa jadi sedih dan dia sembunyikan pemadam papan tulis.











































Kelmarin adalah parti hari jadi saya. Mak bawakan pizza but tiada sesiapa yang datang. Lisa cakap orang datang ke anjung rumah dan pergi. Tetapi mereka tinggalkan hadiah. Saya dapat tiga patung Barbies dan beberapa kasut dan duit lima dollar. Saya dan Lisa bermain dengan patung Barbies.











































Mrs.Monroe tidak datang hari ini. Guru pengganti kami bernama Mrs. Digman. Dia cantik dan baik dan memberikan masa makan makanan ringan selepas masa diari. Saya harap Mrs. Digman kekal menjadi cikgu kami.











































Kelmarin, Lisa dan saya berjalan-jalan sehingga larut malam. Ayah sangat marah dan kata Lisa sangat Bodoh dan palsu. Lisa sangat sedih dan menghilang. Hari ini Lisa tidak datang ke sekolah tetapi Mrs.Digman kata Mr.s Monroe tidak akan datang balik.










































Ayah di tempat kerja sepanjang hari kelmarin. Ayah tidak balik rumah untuk makan malam. hari ini ayah masih bekerja. Mak bekalkan saya puding dalam bekas makanan tengah hari pada hari ini. Puding adalah kegemaran saya.










































Saya rindu Lisa. Ayah saya sangat sibuk bekerja. Ayah tidak balik rumah di hujung minggu. Mak saya sangat marah dengan ayah. Saya akan tulis surat untuk Lisa.










































Kepada Lisa, Saya rindu awak. Tolong datang balik. Saya minta maaf atas perlakuan biadap ayah saya. Awak adalah kawan baik saya.











































Lisa datang balik kelmarin. Dia minta maaf sebab menghilang dan saya beritahu lisa, ayah saya tidak akan pulang ke rumah. Lisa kata Mrs.Monroe dan dia tidur seperti ayahnya. Saya harap mereka akan bangun tidak lama lagi.



Sumber: ZOOM RADIO 91.1 fm



Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...