Wednesday, 27 May 2015

DIARI PERIBADI DAN RAKAN KHAYALAN

Assalammualikum dan selamat pagi untuk hari ini. Saya tidak rancang untuk post apa-apa hari ini tapi selepas baca sesuatu yang luar biasa yang dikongsikan oleh rakan dalam facebook, teringin pula nak kongsi dalam Blog ini. kalau orang Islam, kita memang dari kecil sudah terdedah dengan kewujudan makhluk lain selain manusia. tetapi jarang sekali seorang budak boleh 'berkawan' dengan makhluk yang berbeza dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Tetapi saya tidak akan buat apa-apa andaian dan terpulang kepada pembaca untuk memikirkn perkara ini. disebabkan bahasa dalam bahasa English, saya akan sertakan sarikata dalam bahasa melayu. Selamat membaca.
Bersedia Bulu Roma anda mungkin berdiri.












































Ini ialah Lisa. Dia adalah kawan saya. Mak dan ayah saya tidak boleh nampak dia, jadi mereka cakap dia ialah rakan khayalan saya. Lisa adalah kawan yang baik.











































Hari ini saya cuba untuk tanam bunga di laman rumah. Saya cuba untuk tanam dalam kotak pasir tetapi lisa cakap itu tempat di mana ayahnya tidur. Oleh itu, saya tanam di dalam cawan yang diletakkan tanah.











































Lisa di sekolah pada hari ini dengan saya. Saya bawa dia untuk persembahan dan beritahu Mrs.Monroe tetapi dia marah kerana dia tidak nampak Lisa. Lisa jadi sedih dan dia sembunyikan pemadam papan tulis.











































Kelmarin adalah parti hari jadi saya. Mak bawakan pizza but tiada sesiapa yang datang. Lisa cakap orang datang ke anjung rumah dan pergi. Tetapi mereka tinggalkan hadiah. Saya dapat tiga patung Barbies dan beberapa kasut dan duit lima dollar. Saya dan Lisa bermain dengan patung Barbies.











































Mrs.Monroe tidak datang hari ini. Guru pengganti kami bernama Mrs. Digman. Dia cantik dan baik dan memberikan masa makan makanan ringan selepas masa diari. Saya harap Mrs. Digman kekal menjadi cikgu kami.











































Kelmarin, Lisa dan saya berjalan-jalan sehingga larut malam. Ayah sangat marah dan kata Lisa sangat Bodoh dan palsu. Lisa sangat sedih dan menghilang. Hari ini Lisa tidak datang ke sekolah tetapi Mrs.Digman kata Mr.s Monroe tidak akan datang balik.










































Ayah di tempat kerja sepanjang hari kelmarin. Ayah tidak balik rumah untuk makan malam. hari ini ayah masih bekerja. Mak bekalkan saya puding dalam bekas makanan tengah hari pada hari ini. Puding adalah kegemaran saya.










































Saya rindu Lisa. Ayah saya sangat sibuk bekerja. Ayah tidak balik rumah di hujung minggu. Mak saya sangat marah dengan ayah. Saya akan tulis surat untuk Lisa.










































Kepada Lisa, Saya rindu awak. Tolong datang balik. Saya minta maaf atas perlakuan biadap ayah saya. Awak adalah kawan baik saya.











































Lisa datang balik kelmarin. Dia minta maaf sebab menghilang dan saya beritahu lisa, ayah saya tidak akan pulang ke rumah. Lisa kata Mrs.Monroe dan dia tidur seperti ayahnya. Saya harap mereka akan bangun tidak lama lagi.



Sumber: ZOOM RADIO 91.1 fm



No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...