Monday, 19 February 2018

AYAT PALING SERAM

Apabila anda bersendirian dan anda biarkan diri anda takut dengan sesuatu yang tidak wujud. Oleh itu, kisah paling seram adalah bila anda membenarkan minda anda untuk berimaginasikan bahawa ada hantu di sana. Sedangkan itu hanya rumah kosong yang tidak berpenghuni bertahun-tahun.

Banyak sebenarnya kisah-kisah seram yang berlaku disekeliling kita, tetapi bukan semua akan diberikan peluang oleh Allah S.w.t untuk mengalaminya. Ingat sahaja, banyak hal-hal yang kita katakana seram ataupun hantu itu sebenarnya permainan syaitan. Betapa liciknya syaitan mengganggu manusia. Bacalah

auzubillah hi minash syaithaanir rajim
auzubillah hi minash syaithaanir rajim
auzubillah hi minash syaithaanir rajim

Maksudnya

(Aku berlindung kepada Allah S.w.t dari godaan dan gangguan syaitan)

Setiap kali jika ada muncul bisikan-bisikan yang ingin mencetuskan imaginasi hantu di minda anda.

Setiap kali sebelum Solat agar terpelihara dari bisikan syaitan sebelum, semasa dan selepas solat.

Setiap kali ingin marah

Setiap kali sebelum tidur

Semoga bermanfaat untuk anda.

WANITA - MAMA

Wanita ini adalah ciptaan Allah S.w.t yang penuh keindahan tetapi disebalik keindahan itu ada ketabahan yang sangat hebat. belum tentu seorang lelaki mampu mengalahkan tabahnya seorang wanita. Istimewa sungguh wanita ini sehinggakan Allah meletakkan syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki seorang ibu.
 
Tetapi sudahkah anda bersedia untuk menjadi seorang wanita yang layak bergelar mama?
 
 
Jangan berfikir bahawa Allah S.w.t berikan kepada seorang wanita menjadi penentu syurga dan neraka kepada anaknya satu keistimewaan yang tidak perlu diiringi dengan ilmu pengetahuan agama yang benar.
 
Ramai mama zaman sekarang selalu mengeluh tentang anak-anak mereka. Anak nakal, tidak mahu mendengar nasihat, kasar dengan ibu bapa. Semua ini juga menunjukkan masyarakat sedang sakit' dan tenat dari rahmat Allah.
 
Sejujurnya, tiada keluarga yang sempurna. Tiada keluarga yang akan terhindar dari ujian Allah S.w.t. Bersyukurlah dengan ujian-ujian tersebut akan menyebabkan manusia sentiasa kembali kepada Allah S.w.t. Ulama-ulama sepakat yakin, ujian adalah kasih saying Allah kepada hambanya.
 
Olh itu, wanita, harus mempersiapkan diri untuk menjadi seorang wanita layak bergelar mama solehah.
 
1. Ubah cara berfikir
Pernikahan bukan hanya untuk menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita. Tetapi didalamnya ada satu tanggungjawab yang sangat besar. Tanggungjawab itu tidak lain adalah mendidik anak menjadi anak yang kenal dengan Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w. Bagaimana anda inginkan anak-anak yang soleh dan solehah jika anda sendiri tidak mengenali Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w? Inilah yang banyak dialami oleh mama-mama zaman sekarang. Ini adalah satu penyakit yang harus sembuhkan bermula dari diri anda! Anda inginkan kebaikan dalam berumah tangga, anda harus persiapkan diri anda untuk menjadi contoh rolemodel terbaik untuk anak-anak anda.
 
2. Pilihlah lelaki yang baik menurut Rasulullah
Lelaki yang baik akan membimbing anda mendekati Allah S.w.t. Ulama-ulama sepakat mengatakan, lelaki yang baik menurut Rasulullah, lemah lembut tetapi tegas, solat, Cintai Allah S.w.t dan Rasulullah, baik hubungannya dengan saudara-saudara wanitanya, membaca Al-quran, paling penting, anda tertarik dengannya. bukan lelaki sahaja diharuskan untuk melihat calon isterinya tetapi wanita juga disarankan untuk melihat bakal calon suaminya.
 
3. Jaga diri
wanita baik untuk lelaki yang baik dan wanita buruk perangai untuk lelaki serupa. Jaga batas pergaulan.Agar calon suami anda juga dijaga Allah S.w.t, sebagaimana anda menjaga diri anda dari yang tidak diredhai Allah S.w.t.
 
Sampai di sini sahaja buat masa ini, semoga bermanfaat.

LELAKI - AYAH

Semua ciptaan Allah dijadikan berpasangan. Fitrah manusia juga berpasangan. Rumah tangga ini tidak sukar dibangunkan jika anda 'lelaki sudah sedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang akan membimbing isterinya dan menjadi contoh positif kepada anak-anak.
 
Di sini persediaan sangat penting bagi fizikal dan mental. Rumah tangga yang dibina bukan sahaja untuk dunia tetapi matlamatnya itu harus sehingga ke syurga. Sudahkah anda yakin mampu membentuk sebuah keluarga yang diredhai Allah?
 
Tanya dengan diri sendiri,
 
Adakah saya sudah sedia?
 
 
lelaki, anda adalah pembimbing. membimbing isteri dan anak-anak untuk mengenal dan mendekati Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
 
Bagaimana anda membimbing keluargamu ke syurga jika anda sendiri masih kurang ilmu agama? ilmu agama tidak hanya terbatas dengan penting mengucapkan dua kalimat syahadat, solat, zakat, puasa dan menunaikan Haji.
 
Bagaimana dengan iman anda? adakah sudah beriman kepada Allah S.w.t, beriman kepada malaikat-malaikat Allah S.W.T, beriman kepada kitab-kitab Allah S.w.t, beriman kepada rasul-rasul Allah S.w.t, beriman kepada hari kiamat, beriman kepada Qada dan Qadar.
 
Anda tahu tiada kebaikan untuk membohongi diri sendiri. Apatah lagi membohongi Allah S.w.t yang maha mengetahui yang ghaib dan nyata. Sebab itu, anda terbaca artikal ini. Syukurlah kepada Allah S.w.t. semoga menjadi titik pemula untuk lebih mengenali sang pencipta langit dan bumi. Hidup di dunia hanya sementara dan syurga  tempat tinggal yang abadi. kuncinya Sabar, Usaha, Tawakal, Redha dengan semua ketentuan Allah S.w.t.
 
Nasihat Ikhlas
 
1. Cinta Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w
 
Mencintai Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w adalah cinta sejati dalam hidup manusia. Dari lahir sehingga kembali kepada Allah S.w.t. Belajar mengenali Allah dan Rasulullah. Allah S.w.t mencintai hambanya melebihi cinta seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Rasulullah mencintai umatnya melebihi cinta seorang suami kepada isterinya. Betapa dalam dan tidak berdaya minda seorang manusia biasa untuk menghitung betapa dalamnya cinta dan kasih saying Allah kepada hambanya yang berusaha memperbaiki diri (bertaubat) dan soleh.
 
2. Perbaiki iman
 
Tinggalkan perkara yang menyebabkan anda lalai dari mengingati Allah S.w.t. Jauhi perkara yang dilarang Allah S.w.t dan mula membentuk rutin baru perlahan-lahan kembali kepada jalan yang diredhai Allah S.w.t. Tetapkan matlamat untuk memperbaiki diri kerana Allah S.w.t.
 
3. Perbaiki sikap
 
Islam adalah agama yang penuh dengan keindahan. Agama yang sempurna dan meliputi segala aspek kehidupan. Islam adalah agama yang disebarkan melalui kelembutan bukan melalui kekerasan. Baca kisah Rasulullah dan sahabat-sabahat Rasulullah, bagaimana mereka menyebarkan dakwah Islam dengan kelembutan tetapi tegas. Itulah salah satu sikap yang harus ada dalam diri seorang lelaki soleh calon suami idaman wanita solehah.   
 
4.Rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu
 
Ilmu sangat penting dalam diri seorang islam. Ilmu yang benar dan sejalan dengan Al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah. Amalan ini salah satu kunci juga untuk mamastikan iman tetap terjaga dan tidak akan berlaku turun dan naik iman dalam diri anda.  
 
5.Berkawanlah dengan mereka yang sentiasa mengingatkan anda dengan Allah S.w.t
 
Paling penting, ubahlah lingkungan anda bersahabat. Sahabat yang soleh lebih baik dari sahabat yang membuatkan anda lebh jauh dari Allah S.w.t. Kerana akan ada situasi di akhirat kelak, kawan baik di dunia akan menjadi musuh terbenci di akhirat. Renungkanlah. Apakah anda ingin juga terheret ke neraka (Doa dijauhkan) disebabkan ingin menjaga hubungan baik dengan kawan sehingga melanggar larangan Allah ataupun manjadi kawan yang akan membawa kawannya ke syurga. 
 
Semoga artikal ringkas ini memberikan manfaat kepada anda.
 
 
 


Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...