Monday, 19 February 2018

WANITA - MAMA

Wanita ini adalah ciptaan Allah S.w.t yang penuh keindahan tetapi disebalik keindahan itu ada ketabahan yang sangat hebat. belum tentu seorang lelaki mampu mengalahkan tabahnya seorang wanita. Istimewa sungguh wanita ini sehinggakan Allah meletakkan syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki seorang ibu.
 
Tetapi sudahkah anda bersedia untuk menjadi seorang wanita yang layak bergelar mama?
 
 
Jangan berfikir bahawa Allah S.w.t berikan kepada seorang wanita menjadi penentu syurga dan neraka kepada anaknya satu keistimewaan yang tidak perlu diiringi dengan ilmu pengetahuan agama yang benar.
 
Ramai mama zaman sekarang selalu mengeluh tentang anak-anak mereka. Anak nakal, tidak mahu mendengar nasihat, kasar dengan ibu bapa. Semua ini juga menunjukkan masyarakat sedang sakit' dan tenat dari rahmat Allah.
 
Sejujurnya, tiada keluarga yang sempurna. Tiada keluarga yang akan terhindar dari ujian Allah S.w.t. Bersyukurlah dengan ujian-ujian tersebut akan menyebabkan manusia sentiasa kembali kepada Allah S.w.t. Ulama-ulama sepakat yakin, ujian adalah kasih saying Allah kepada hambanya.
 
Olh itu, wanita, harus mempersiapkan diri untuk menjadi seorang wanita layak bergelar mama solehah.
 
1. Ubah cara berfikir
Pernikahan bukan hanya untuk menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita. Tetapi didalamnya ada satu tanggungjawab yang sangat besar. Tanggungjawab itu tidak lain adalah mendidik anak menjadi anak yang kenal dengan Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w. Bagaimana anda inginkan anak-anak yang soleh dan solehah jika anda sendiri tidak mengenali Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w? Inilah yang banyak dialami oleh mama-mama zaman sekarang. Ini adalah satu penyakit yang harus sembuhkan bermula dari diri anda! Anda inginkan kebaikan dalam berumah tangga, anda harus persiapkan diri anda untuk menjadi contoh rolemodel terbaik untuk anak-anak anda.
 
2. Pilihlah lelaki yang baik menurut Rasulullah
Lelaki yang baik akan membimbing anda mendekati Allah S.w.t. Ulama-ulama sepakat mengatakan, lelaki yang baik menurut Rasulullah, lemah lembut tetapi tegas, solat, Cintai Allah S.w.t dan Rasulullah, baik hubungannya dengan saudara-saudara wanitanya, membaca Al-quran, paling penting, anda tertarik dengannya. bukan lelaki sahaja diharuskan untuk melihat calon isterinya tetapi wanita juga disarankan untuk melihat bakal calon suaminya.
 
3. Jaga diri
wanita baik untuk lelaki yang baik dan wanita buruk perangai untuk lelaki serupa. Jaga batas pergaulan.Agar calon suami anda juga dijaga Allah S.w.t, sebagaimana anda menjaga diri anda dari yang tidak diredhai Allah S.w.t.
 
Sampai di sini sahaja buat masa ini, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...