Wednesday, 4 September 2019

JALAN TAMBUNAN KE KOTA KINABALU























Dunia ini penuh dengan misteri. Misteri yang begitu menarik untuk diceritakan. Tak kisahlah melalui pengalaman sendiri atau dari mulut-mulut manusia disekeliling kita. Takut? Seram? Pernah rasa tak? Seorang diri dalam rumah.. seperti sedang diperhatikan.. berdiri bulu roma tanpa sebab.. yakinlah semua itu bersebab.. hanya.. indra mata ini yang sudah berhijab.. tak mampu untuk manusia melihatnya secara jelas.. pernah.. suatu ketika.. saya dan bapa dalam perjalanan balik ke kota kinabalu.. hari sudah larut malam.. kereta sepanjang perjalanan berbukit bukau.. ditemani hanya cahaya bulan.. dan bunyi-bunyian hutan.. sekali sekala kereta dari arah bertentangan lalu.. beberapa ketika.. kembali sunyi.. hanya sendiri mata meliar memerhati kegelapan hutan simpan yang masih terpelihara keasliannya.. bapa memandu fokus.. sekali sekala.. meneguk air untuk hilangkan dahaga.. suasana yang tenang ini sudah tentulah saya.. penumpang di sebelah.. merasa tenang.. ketenangan itulah buat mata semakin lama semakin berat.. nak tidur.. berusaha semampunya untuk tetap berjaga.. tak berdaya nak lawan rasa mengantuk.. bapa dah tegur. Kalau nak tidur, tidur sahaja. Tapi.. dari dulu dah biasa.  Kalau jalan jauh ni.. tak elok pemandu seorang diri dan penumpang tidur. Risau pemandu mengantuk.. tiada yang nampak. Tapi bapa cakap. Bapa ok. Saya apa lah daya.. mata tak berdaya nak ditahan. Akhirnya terlelap juga. 

Entah. Beberapa ketika kemudian.. tersedar sendiri.. dengan keadaan mata yang masih samar-samar. Melihat ke arah jalan raya. Sepertinya ada sesuatu putih ditengah-tengah jalan raya. Kereta yang bapa pandu meluncur laju melewati makhluk putih tersebut. Saya hanya kaku dan diam. Melihat bapa masih fokus dalam pemanduan. Bapa tak suka dengan misteri-misteri inilah yang buatkan saya tak nak cakap apa-apa. Saya diamkan sahaja.. beberapa ketika selepas itu.. mata terasa berat lagi.. nak lelap.. nak tak nak.. saya sekali lagi terlena.. 

Tak lama tu.. saya terjaga lagi.. mata masih samar-samar.. saya sekali lagi terlihat mahluk Allah kali ini sedikit berbeza dari yang sebelum ini.. tak menakutkan.. tapi cukup.. membuktikan.. makhluk-makhluk ini.. wujud.. sekali lagi saya hanya diam.. tak cakap apa-apa.. nak bagitahu.. area ni masih lagi kawasan hutan simpanan.. perjalanan dari kampung halaman di Tambunan.. ke kota kinabalu.. siapa orang sabah.. atau orang kampung.. mesti tahu ni jalan.. 

Sekali lagi.. mata terus layu dan saya sambung terlelap.. sepanjang perjalanan terlelap dan terjaga masih dalam kawasan gunung ganang.. hutan simpan.. jika bau hutan dihidu.. akan hidu aroma hutan yang sangat tebal.. ada orang tak suka bau hutan.. tapi saya senang dengan bau hutan.. udaranya tu fresh sangat.. tapi saya tak suka masuk hutan.. sebab fobia dengan pacat dan lintah. Last masuk hutan masa sekolah menengah dulu. Program rumah sukan.. kami berkemah di gunung emas. Salah satu tempat berhenti yang sangat popular suatu ketika dulu untuk perjalanan dari kk ke tambunan. Di gunung emas ada chalet atas bukit.. keadaan chalet dihubungkan dengan jalan-jalan batu berlumut dan kedudukan satu chalet ke chalet yang lain seperti ranting pokok.. bayangkan je. Cantik.. lagi indah.. chalet2 ini dipayungi pohon-pohon yang besar merimbun.. dari jalan raya.. hampir tak kelihatan chalet2 ni.. ada anak tangga dari bawah untuk ke atas.. yang dibuatkan khas untuk ke chalet.. sekarang.. chalet itu dah jadi  chalet terbiar.. jalan masuk ke atas pun dah dipenuhi semak samun.. seram.. lagi rumah besar yang dulu selalu penuh dengan pemandu lori kayu balak yang membawa kayu balak dari area keningau ke kota kinabalu sudah tutup.. hanya yang tinggal sekarang satu kedai yang menjual makanan ringan dan tandas awal yang beroperasi sehingga kini.. kini gunung Alab kawasan persinggahan yang menjadi pilihan pengembara atau perantau untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke tambunan atau ke kota kinabalu..

lagi sepanjang perjalanan.. udara sejuk dan berkabus.. jalan ini kalau malam perlu berhati-hati.. sebab jalan ini dekat dengan hutan tebal.. yang masih terpelihara.. berbukit bukau lagi.. sangat sejuk

JERUK KEDONDONG ASAM BOI delicioussooo

Assalammualaikum semuaaaaaaaa
Hari cuti adalah hari seperti biasa sahaja.. hanya tak bekerja.. yeaaaa.. hihihi.. hari cuti ni lah baru ada masa untuk side hobi iaitu memasak hidangan luar biasa sikitt. Iya hari2 masak but simple2 sahaja. Telur goreng. Me goreng. Tu biasalah. Hari cuti bolehlah masak kari ke.. sos ke.. kicap ke.. iyekah.. ok.. nak dipendekkan cerita.. semalam datang tempat kerja.. adalah seplastik buah kedondong.. untuk di makan.. tiba nak balik after finish work (semalam shift closing) buah kedondong masi lagi berbaki. So, tanya semua kawan, ada tak sesiapa yang nak bawa balik.. emm.. masing tiada nak bawa balik.. so, sy ni apa lagi.. bawalah  seplastik buah kedodong balik rumah. Dari sayang buang or terbiar takda makan. Bagus buat jeruk. Jeng jeng jeng.. nah.. ada idea suda.. hahaha.. semalam. Letak sahaja dekat meja. Hari ini barulah kupas kulit kedondong sambil2 tu dengarlah tazkirah dari salah satu ustaz international my favorite. Nauman Ali Khan about jibriel As and why bad think happen in our life. Dua tazkirah ringkas ni la peneman sy kupas kulit buah kedondong. Tak lupa juga teh hangat tanpa gula. Ecececeh. Nak diet sikit.. hahahaha. 

Tadaaa.. ni rupa kendondong setelah siap di kupas.. comel je 😁

Ok. Back to topic.. resepi nak buat jeruk asam boi kedondong ni senang sahaja. Hanya perlu:

Buah kendondong
Gula (white or brown boleh saja)
Garam (garam bukit ke laut boleh saja)
Lada (tak suka pedas lada tak perlu)
Asam boi (putih ke merah boleh saja)
Serbuk asam boi (pilihan)

Saya tak pernah lagi buat jeruk asam boi kedondong. So resepi ni semua dari hasil carian google ya. Ai own nothing but gambar and word sahaja. 😊

Tips untuk dapatkan jeruk asam boi yang sedap menurut cita rasa sendiri.. adalah dengan *agak2* yee.. terpulang nak letak berapa banyak garam, gula, asam boi..  insyallah kita akan dapatkan taste jeruk asam boi tu sesuai selera sendiri.. 

Tujuannya supaya kita happy dengan our food. Yeaahh. 

After that. Boleh rendam kedondong dalam air garam. Ada resepi tu rendam semalaman.. but versi ni.. nak rendam beberapa jam sahajalah. Hihihi



Ok. Siap for step ini. Saya sambung beberapa jam dari sekarang.. sbb masa type ni baru nak beli asam boi. Ni kira live lah. Hohoho. Jam 12:51 pm 😄

Assalammualaikum.. salam magrib.. jam ni 8.01 pm. Baru ada masa nak update.

Pergi kedai jam 5 pm tadi..

Saya pilih asam boi putih dan gula perang yaa.. ni gambarnyaa. Lada tu saya dah potong kecil-kecil.. comel jee



Ok kedondong dalam gambar ini yang sudah direndam dengan air garam dalam 4 - 5 jam ye.. tak payah cuci.. toskan sahaja..



Tadaaa.. ni lah rupa jeruk asam boi kedondong yang dah siapppp... saya gaul dengan tangan je semua.. bagi semua sama rata.. dalam resepi ni.. saya gunakan air perahan nenes sedikit saja.. resepi ni tak guna banyak air.. baiklah.. itu sahaja.. jeruk asam boi kedondong ni boleh dimakan terus atau nak lagi sedap.. peram dua hari.. bagi masuk semua flavour tu dalam buah kedondong.. saya simpan dalam peti sejuk. Sekian dan terima kasih sudi baca entry ini. 😁


Thursday, 22 August 2019

PENGEMBARA

Saya juga seperti kamu.. Saya juga seorang pengembara. Pengembara tanpa tahu penghujungnya bila akan berakhir sebuah perjalanan yang singkat. Iya.. itulah pengembara.. pengembara yang berjalan.. dengan suluhan peta dari yang maha besar.. terkadang bahagia.. terkadang sakit.. iya.. itulah nasih seorang pengembara.. pengembara yang terlalu lemah dan selalu sesat jika tanpa tertolongan yang Maha memberikan pertolongan.. yang Maha penyayang.. iya.. itulah pengembara.. yang sentiasa perlukan yang Maha mengetahui segala-galanya.. tiada yang tersembunyi dari pengetahuannya.. Yang lebih hebat tipu dayanya kepada pengembara yang tertipu dengan muslihatnya sendiri.. sungguh.. tiada pengembara yang mampu menipunya.. tetapi pengembaralah yang tertipu dengan dirinya.. itu ramai.. sungguh.. Yang maha besar itu sungguh hebat... Allahuakbar.. Allah maha besar

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...