Wednesday, 4 September 2019

JERUK KEDONDONG ASAM BOI delicioussooo

Assalammualaikum semuaaaaaaaa
Hari cuti adalah hari seperti biasa sahaja.. hanya tak bekerja.. yeaaaa.. hihihi.. hari cuti ni lah baru ada masa untuk side hobi iaitu memasak hidangan luar biasa sikitt. Iya hari2 masak but simple2 sahaja. Telur goreng. Me goreng. Tu biasalah. Hari cuti bolehlah masak kari ke.. sos ke.. kicap ke.. iyekah.. ok.. nak dipendekkan cerita.. semalam datang tempat kerja.. adalah seplastik buah kedondong.. untuk di makan.. tiba nak balik after finish work (semalam shift closing) buah kedondong masi lagi berbaki. So, tanya semua kawan, ada tak sesiapa yang nak bawa balik.. emm.. masing tiada nak bawa balik.. so, sy ni apa lagi.. bawalah  seplastik buah kedodong balik rumah. Dari sayang buang or terbiar takda makan. Bagus buat jeruk. Jeng jeng jeng.. nah.. ada idea suda.. hahaha.. semalam. Letak sahaja dekat meja. Hari ini barulah kupas kulit kedondong sambil2 tu dengarlah tazkirah dari salah satu ustaz international my favorite. Nauman Ali Khan about jibriel As and why bad think happen in our life. Dua tazkirah ringkas ni la peneman sy kupas kulit buah kedondong. Tak lupa juga teh hangat tanpa gula. Ecececeh. Nak diet sikit.. hahahaha. 

Tadaaa.. ni rupa kendondong setelah siap di kupas.. comel je 😁

Ok. Back to topic.. resepi nak buat jeruk asam boi kedondong ni senang sahaja. Hanya perlu:

Buah kendondong
Gula (white or brown boleh saja)
Garam (garam bukit ke laut boleh saja)
Lada (tak suka pedas lada tak perlu)
Asam boi (putih ke merah boleh saja)
Serbuk asam boi (pilihan)

Saya tak pernah lagi buat jeruk asam boi kedondong. So resepi ni semua dari hasil carian google ya. Ai own nothing but gambar and word sahaja. 😊

Tips untuk dapatkan jeruk asam boi yang sedap menurut cita rasa sendiri.. adalah dengan *agak2* yee.. terpulang nak letak berapa banyak garam, gula, asam boi..  insyallah kita akan dapatkan taste jeruk asam boi tu sesuai selera sendiri.. 

Tujuannya supaya kita happy dengan our food. Yeaahh. 

After that. Boleh rendam kedondong dalam air garam. Ada resepi tu rendam semalaman.. but versi ni.. nak rendam beberapa jam sahajalah. Hihihi



Ok. Siap for step ini. Saya sambung beberapa jam dari sekarang.. sbb masa type ni baru nak beli asam boi. Ni kira live lah. Hohoho. Jam 12:51 pm 😄

Assalammualaikum.. salam magrib.. jam ni 8.01 pm. Baru ada masa nak update.

Pergi kedai jam 5 pm tadi..

Saya pilih asam boi putih dan gula perang yaa.. ni gambarnyaa. Lada tu saya dah potong kecil-kecil.. comel jee



Ok kedondong dalam gambar ini yang sudah direndam dengan air garam dalam 4 - 5 jam ye.. tak payah cuci.. toskan sahaja..



Tadaaa.. ni lah rupa jeruk asam boi kedondong yang dah siapppp... saya gaul dengan tangan je semua.. bagi semua sama rata.. dalam resepi ni.. saya gunakan air perahan nenes sedikit saja.. resepi ni tak guna banyak air.. baiklah.. itu sahaja.. jeruk asam boi kedondong ni boleh dimakan terus atau nak lagi sedap.. peram dua hari.. bagi masuk semua flavour tu dalam buah kedondong.. saya simpan dalam peti sejuk. Sekian dan terima kasih sudi baca entry ini. 😁


No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...