Tuesday, 26 February 2013

KISAH BENAR : LEBIH TERANG DARI LAMPU

REAL LIFE STORY

sebelum ini salah satu bilik di dalam rumah dijadikan sebagai ruang makan untuk makan dan meletakkan peti sejuk disebabkan ruang memasak sangat kecil.
kami 6 beradik tinggal di rumah yang hanya ada 3 bilik. dua bilik dijadikan bilik tidur dan satu bilik sebagai runag makan.
pada mulanya memanglah tiada masalah untuk kami 6 beradik berkongsi bilik
tetapi sudah meningkat dewasa,bilik terasa sempit untuk dikongsikan.
oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan bilik ruang makan untuk dijadikan bilik saya.
dipendekkan cerita.setelah seharian penat menyusun barang dan mengemas bilik. saya berhenti membersih walaupun bilik tersebut belum bersih lagi..
dalam hati saya,esok sahaja sambung mengemas. kerana terlalu penat,saya terus terlelap selepas mandi.
sudah pekat malam saya tersedar kerana badan saya tidak boleh digerakkan.
saya cuba bertenang dan cuba mengerakkan badan saya terutamanya ibu kaki.
tetap tidak bergerak lagi payah bernafas kerana seolah-olah saya ditindih dengan benda berat.
saya teringat kesan darah ikan yang belum saya bersihkan. mungkin makhluk itu terhidu bau darah ikan.
setelah puas berusaha mengerakkan badan saya cuba membuka mata tetapi tidak dapat.
mungkin sudah takdir mata saya terbuka juga selama sesaat sahaja dan saya terus pengsan.
esoknya saya terus membersihkan darah ikan yang masih berbekas di kawasan bekas peti sejuk.
makhluk yang saya lihat berbentuk bulat dan lebih terang dari terang lampu kalimantang.
ada yang katakan mahkluk itu 'burung' tapi saya sendiri pun tak tahu apa benda itu sampai sekarang..


Monday, 25 February 2013

KISAH BENAR : DUA BUDAK MISTERI

REAL LIFE STORY

kisah ini,semasa kami sekeluarga baru sahaja berpindah ke komplex perumahan untuk kakitangan bukan mengajar di sebuah sekolah kerajaan di tambunan.
saya semasa itu baru sahaja tingkatan 1.
satu malam saya tidur di runag tamu rumah dan bersebelahan sahaja dengan adik.
tiada apa-apa perkara yang ganjil berlaku sepanjang malam itu. lagipun terasa seronok tidur di rumah baru. lebih selesa dari rumah lama khas untuk golongan kakitangan bukan mengajar.
jam menunjukkan jam 2 pagi saya terdengar suara kanak-kanak yang sedang bermain.
walaupun saya sedang menutup mata tetapi saya dengar dengan jelas dan rasakan seolah-olah saya seorang diri sahaja semasa itu tanpa merasakan kehadiran adik saya.
saya jadi pelik,saya di mana? pertanyaan yang terlintas di fikiran ketika itu.
lagi menghairankan saya rasakan saya bukan lagi di dalam rumah tersebut tetapi di sebuah tempat yang sangat luas.
suara budak bertambah kuat. bukan satu tetapi dua orang. dalam lingkungan 3 tahun. seorang lelaki dan seorang perempuan.
mereka bermain dengan gembira sambil mengelilingi saya.
seolah-olah saya boleh melihat mereka dengan jelas walhal saya yakin saya sedang menutup mata ketika itu. saya tidak takut hanya pelik dengan apa yang saya alami ketika itu.
wajah kedua-dua budak itu tidak menakutkan tetapi bila dilihat dari cara mereka berpakaian seolah-olah mereka dari zaman dahulu.
saya hanya membisu. tidak mengganggu keseronokan mereka bermain.
ingatan terakhir saya dengan peristiwa ini..
saya merasakan pinggang saya dipegang sesuatu yang sangat sejuk dan saya terus tertidur..


Sunday, 24 February 2013

KISAH BENAR : MEMANDU KERETA DI KALA MALAM

REAL LIFE STORY



jam dah tunjuk jam 11 malam..
ruby menghantar seorang rakan balik kampung yang terletak jauh dari kawasan pekan.
tidak banyak rumah sepanjang perjalanan ke kampung sebut.. yang ada hanya lampu jalan untuk memudahkan pemandu memandu waktu malam. boleh dikatakan perjalanan ke kampung itu masih diliputi hutan walaupun sudah ada jalan raya.
setelah menghantar rakannya balik.
ruby pun memandu kereta Avanza miliknya meninggalkan kampung tersebut untuk balik ke rumahnya. 
semasa dalam perjalanan pulang..
ruby sedar seperti ada sesuatu yang mengikutinya dari belakang keretanya..
dalam kereta itu ruby dan seorang lagi rakannya bernama sabrina.
sabrina turut melihat 'benda' tersebut melalui cermin sisi kereta yang dipandu oleh ruby.
untuk memastikan apa benda yang mengikuti keretanya ruby mengurangkan kelajuan keretanya..
sabrina yang dari tadi kaku tidak sanggup untuk melihat benda tersebut telah menutup matanya dan cermin tingkap kerana terlalu takut..
ruby apa ko buat ni?! ucap sabrina dalam nada ketakutan.
ruby hanya diam menanti 'benda itu' mengekati cermin tingkap keretanya..
benda tersebut seperti mengerti lalu mendekati tingkap kereta ruby..
sepanjang perjalanan benda itu terbang seiring dengan kereta yang di pandu ruby dan
seketika kemudian benda tersebut terbang meninggalkan ruby dan sabrina yang dalam ketakutan.
gila ko nie ruby! sudah ko nampak benda 2 ko pelankan lagi kereta. ucap sabrina marah selepas sampai ke rumah.
yala.. tak kan nak pecut kereta dalam ketakutan.. nanti kemalangan. kita la ganti jadi hantu.
ucap ruby separuh bergurau.
sabrina ketawa walaupun marah masih ada.
esoknya sabrina ceritakan pada saya. semalam mama ko memandu dengan 'bola api'.. dari patau masa hantar kawan..




KISAH BENAR : BULAN API

REAL LIFE STORY



kak semalam saya nampak bulan dekat tingkap dapur masa saya nak pergi tandas. cantik kak.. warna oren terang.  sungguh-sungguh adik saya bercakap.
saya terdiam sekejap.
kebetulan semalam saya ada keluar ke beranda rumah..saya melihat bulan malam itu sangat cantik tapi bukan berwarna oren tapi warna putih..
jangan-jangan itu.. dalam fikiran saya..
tapi yang peliknya kan kak..masa saya di tandas macam bulan tu dekat sangat dengan saya.. dekat pokok belimbing.
di belakang tandas ada pokok belimbing kalau tengok dari tandas boleh nampak dengan jelas dahan2nya.
adik tambah lagi.. masa saya dalam tandas.. macam bulan tu tengok saya.. saya lama termenung tengok di luar tingkap tandas. macam dipukau.. dekat 1 jam baru say keluar dari tandas..
saya terus cakap dengan adik.. kamu tahu tak apa 2?
adik hanya mengangguk tak tahu..
itu benda 2.. adik..
benda apa kak? adik berkerut tanda masih tak faham..
itu balan2 adik.. orang semenanjung panggil penaggal..
adik sangat terkejut.. tak percaya tapi ada kebenarannya..
patutlah adik ada demam selepas peristiwa 2..
lagi menakutkan.masa adik saya nampak benda 2..
adik sedang datang bulan...

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...