Monday, 25 February 2013

KISAH BENAR : DUA BUDAK MISTERI

REAL LIFE STORY

kisah ini,semasa kami sekeluarga baru sahaja berpindah ke komplex perumahan untuk kakitangan bukan mengajar di sebuah sekolah kerajaan di tambunan.
saya semasa itu baru sahaja tingkatan 1.
satu malam saya tidur di runag tamu rumah dan bersebelahan sahaja dengan adik.
tiada apa-apa perkara yang ganjil berlaku sepanjang malam itu. lagipun terasa seronok tidur di rumah baru. lebih selesa dari rumah lama khas untuk golongan kakitangan bukan mengajar.
jam menunjukkan jam 2 pagi saya terdengar suara kanak-kanak yang sedang bermain.
walaupun saya sedang menutup mata tetapi saya dengar dengan jelas dan rasakan seolah-olah saya seorang diri sahaja semasa itu tanpa merasakan kehadiran adik saya.
saya jadi pelik,saya di mana? pertanyaan yang terlintas di fikiran ketika itu.
lagi menghairankan saya rasakan saya bukan lagi di dalam rumah tersebut tetapi di sebuah tempat yang sangat luas.
suara budak bertambah kuat. bukan satu tetapi dua orang. dalam lingkungan 3 tahun. seorang lelaki dan seorang perempuan.
mereka bermain dengan gembira sambil mengelilingi saya.
seolah-olah saya boleh melihat mereka dengan jelas walhal saya yakin saya sedang menutup mata ketika itu. saya tidak takut hanya pelik dengan apa yang saya alami ketika itu.
wajah kedua-dua budak itu tidak menakutkan tetapi bila dilihat dari cara mereka berpakaian seolah-olah mereka dari zaman dahulu.
saya hanya membisu. tidak mengganggu keseronokan mereka bermain.
ingatan terakhir saya dengan peristiwa ini..
saya merasakan pinggang saya dipegang sesuatu yang sangat sejuk dan saya terus tertidur..


No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...