Sunday, 24 February 2013

KISAH BENAR : MEMANDU KERETA DI KALA MALAM

REAL LIFE STORY



jam dah tunjuk jam 11 malam..
ruby menghantar seorang rakan balik kampung yang terletak jauh dari kawasan pekan.
tidak banyak rumah sepanjang perjalanan ke kampung sebut.. yang ada hanya lampu jalan untuk memudahkan pemandu memandu waktu malam. boleh dikatakan perjalanan ke kampung itu masih diliputi hutan walaupun sudah ada jalan raya.
setelah menghantar rakannya balik.
ruby pun memandu kereta Avanza miliknya meninggalkan kampung tersebut untuk balik ke rumahnya. 
semasa dalam perjalanan pulang..
ruby sedar seperti ada sesuatu yang mengikutinya dari belakang keretanya..
dalam kereta itu ruby dan seorang lagi rakannya bernama sabrina.
sabrina turut melihat 'benda' tersebut melalui cermin sisi kereta yang dipandu oleh ruby.
untuk memastikan apa benda yang mengikuti keretanya ruby mengurangkan kelajuan keretanya..
sabrina yang dari tadi kaku tidak sanggup untuk melihat benda tersebut telah menutup matanya dan cermin tingkap kerana terlalu takut..
ruby apa ko buat ni?! ucap sabrina dalam nada ketakutan.
ruby hanya diam menanti 'benda itu' mengekati cermin tingkap keretanya..
benda tersebut seperti mengerti lalu mendekati tingkap kereta ruby..
sepanjang perjalanan benda itu terbang seiring dengan kereta yang di pandu ruby dan
seketika kemudian benda tersebut terbang meninggalkan ruby dan sabrina yang dalam ketakutan.
gila ko nie ruby! sudah ko nampak benda 2 ko pelankan lagi kereta. ucap sabrina marah selepas sampai ke rumah.
yala.. tak kan nak pecut kereta dalam ketakutan.. nanti kemalangan. kita la ganti jadi hantu.
ucap ruby separuh bergurau.
sabrina ketawa walaupun marah masih ada.
esoknya sabrina ceritakan pada saya. semalam mama ko memandu dengan 'bola api'.. dari patau masa hantar kawan..




No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...