Assalammualaikum. Saya memisahkan artikal ini dari artikal GUNUNG KINABALU TIDAK SEPERTI DULU. Saya akan berikan punca-punca yang menyebabkan gempa bumi secara fakta dan berkaitan dengan kepercayaan orang tempatan Sabah dan dari sudut agama Islam. Punca yang akan saya kongsikan di sini memerlukan kajian lanjutan. Oleh itu, fakta ini tidak boleh dipercayai 100%. Fakta ini boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan terperinci sebab berlakunya gempa bumi di Sabah yang memberikan kesan mendalam dalam Sejarah tempatan Sabah dan Negara Malaysia.
PUNCA PERTAMA
LETUSAN GUNUNG SINABUNG
Gunung Sinabung adalah gunung berapi yang terletak di kawasan Tanah tinggi Karo, Kabupaten, Sumatera Utara, Indonesia. Gunung ini tidak pernah tercatat meletus sejak tahun 1600. Gunung ini pertama kali aktif pada tahun 2010 dan berlarutan sehingga tahun 2014. Letusan terbaru berlaku pada tahun ini. 03/06/2015. 1 hari sebelum gempa bumi berlaku di Sabah. Terdapat teori yang bahawa pergerakan bawah tanah gunung berapi yang mula aktif di gunung sinabung penyebab gempa bumi di Sabah. Selain itu, kesan gempa bumi menyebabkan berlaku runtuhan serius di puncak gunung kinabalu yang menyebabkan perubahan kepada view gunung kinabalu.
Gunung Sinabung adalah gunung berapi yang terletak di kawasan Tanah tinggi Karo, Kabupaten, Sumatera Utara, Indonesia. Gunung ini tidak pernah tercatat meletus sejak tahun 1600. Gunung ini pertama kali aktif pada tahun 2010 dan berlarutan sehingga tahun 2014. Letusan terbaru berlaku pada tahun ini. 03/06/2015. 1 hari sebelum gempa bumi berlaku di Sabah. Terdapat teori yang bahawa pergerakan bawah tanah gunung berapi yang mula aktif di gunung sinabung penyebab gempa bumi di Sabah. Selain itu, kesan gempa bumi menyebabkan berlaku runtuhan serius di puncak gunung kinabalu yang menyebabkan perubahan kepada view gunung kinabalu.
Novel maya |
PUNCA KEDUA
PERLAKUAN TIDAK SENONOH PELANCONG ASING DI PUNCAK GUNUNG KINABALU
Seperti masyarakat yang ada di dunia ini, Sabah sangat berpegang dengan pantang larang yang diturunkan dari generasi lalu sehingga kini. Menurut sumber yang boleh dipercayai. Gunung Kinabalu adalah kawasan suci yang memerlukan para pendaki gunung memahami pantang larang sebelum mendaki gunung. Bukan sahaja di gunung kinabalu, gunung-gunung di dunia ini, seperti gunung himalaya, gunung everest turut mempunyai pantang larang yang harus diikuti oleh pendaki. Oleh itu, tiada beza dengan gunung kinabalu. Menurut pengalaman mereka yang sudah pernah mendaki gunung kinbalu. para malim akan memberikan serba sedikit maklumat tentang pantang larang sebelum mendaki. Antara pantang larang ialah, tidak boleh celupar (sebab para pendaki tidak biasa di kawasan tersebut. macam juga kita, kalau pergi rumah orang, kita jaga mulut untuk menghormati tuan rumah), tidak boleh bawa makanan yang mempunyai bau tajam seperti ikan masin dan buah seperti limau, bawang dan mempunyai niat yang bersih semasa mendaki. Oleh itu, pantang larang ini mungkin boleh diterima oleh orang asia tetapi ianya berbeza dengan perspektif masyarakat Barat yang sekian lama dibrain wash dengan konsep LOGIK. Mereka tidak akan percaya dengan apa-apa teori tanpa fakta dan bukti. kerana bagi mereka, sesuatu yang benar dan boleh dipercayai apabila boleh dilihat dan disentuh. Oleh itu, mreka tidak akan percaya dengan perkara yang mereka tidak boleh rasa dan sentuh. hal ini sangat bertentang dengan rukun Islam yang mengajar umatnya yakin dengan alam lain selain alam manusia. Dari pandangan ini kita boleh terokai minda mereka, mengapa mereka sangat berani melakukan perlakuan tidak senonoh di atas gunung kinabalu. Pada hari kejadian, 30 mei 2015, para pelancong asing ini yang berasal dari Kanada mendaki gunung kinabalu. sampai di puncak gunung kinabalu, mereka membuka baju dan bergambar bogel di atas gunung. Perkara ini sudah dilaporkan kepada pihak taman gunung kinabalu oleh malim yang bertanggungjawab membawa kumpulan pelancong ini. tetapi mungkin tiada tindakan susulan yang diambil. Hal ini hanya dibongkarkan apabila Gunung Kinabalu yang sebelum ini diistiharkan gunung berapi mati (tidak aktif) runtuh buat kali pertama selepas beribu tahun diistiharkan MATI. Warga tempatan yang mengetauhi hal ini, banyak menyalahkan perlakuan tidak senonoh pelancong sing menyebabkan AKI (dipercayai penjaga gunung kinabalu) sangat marah dengan perlakuan tidak senonoh tersebut yang mencemarkan kawasan suci itu. Sebagai orang Islam, setiap yang berlaku adalah rancangan Allah, orang islam wajib percaya apabila Allah katakan "KUN' maka jadilah. Punca ini adalah salah satu sebab yang dipercayai menyebabkan puncak gunung kinabalu runtuh.
Gambar 2: Perlakuan tidak senonoh pelancong asing di Puncak gunung Kinabalu
Novel Maya |
Gambar 3: Imej misteri di kawasan runtuhan gunung Kinabalu. kalau dilihat seperti wajah orang sedang sedih. Sebenarnya, imej misteri ini bukan gambar pertama yang pernah ditangkap oleh orang. Sebelum ini, ada beberapa gambar lama yang diambil oleh para pendaki gunung kinabalu penampakan imej misteri dalam gambar. gambar-gambar tersebut diambil sebelum wujud kamera digital, photoshop.
Novel Maya |
Gambar 4: Awan misteri berbentuk kaki raksasa di puncak gunung kinabalu.
PUNCA KETIGA
PUNCA KETIGA
AMARAN DARI ALLAH KEPADA MANUSIA
Sebagai orang Islam, setiap musibah yang menimpa ada hikmahnya. Oleh itu, kita harus yakin semua ini adalah takdir yang Allah turutkan kepada manusia untuk ingat dan tidak lalai dengan hal dunia. Allah sentiasa rindu dengan manusia. Doa manusia kepadanya. Mungkin sahaja yang berlaku adalah untuk menyedarkan manusia bahawa kita sudah lalai dari mengingati Allah tuhan yang Maha Esa. Selain itu, boleh juga adalah petunjuk kepada manusia untuk bertaubat. Sebagai manusia yang sentiasa berdosa, Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada mereka yang ingin berubah. kadang kala Allah ingin sedarkan manusia adalah melalui dugaan untuk menyedarkan manusia. melalui kesusahan, manusia akan kembali kepada Allah. kerana semasa senang belum tentu manusia akan mendongok kepala ke atas untuk bersyukur dan ingat Allah. Seterusnya, mungkin sahaja gempa bumi yang berlaku untuk ingatkan manusia, usia bumi semakin tua, banyak kerosakan yang berlaku kepada alam sekitar dan sebagai tanda kecil untuk tiba hari kiamat. semua manusia akan mati tetapi mati dalam keadaan husnul khotimah itu lebih baik dari mati mengejut tidak sempat bertaubat. Oleh itu, kita boleh berfikir bahawa semua ini adalah hidayah yang Allah berikan kepada manusia yang berfikir. Sekian buat masa ini.. sambungan saya akan berikan di post akan datang. semasa saya karang artikal ini, usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di gunung kinabalu masih diteruskan. Assalammualaikum dan selamat malam.