Assalammualaikum dan Selamat petang semua..
hari ini.. saya nak share dengan semua yang bertajuk 'PENGEMBARAAN HARI INI'
Bagi gempak sikit.. hehehe.. ok.. sebelum ini saya memang sudah pernah datang ke taman hidupan liar Sabah. Ini lawatan yang ke-3 saya. tapi sebelum ini tidak pernah share dengan semua.. Rasa rugi pula sebenarnya.. Sebagai pengunjung yang sudah pernah datang ke Lok Kawi Wildlife Park ni.. memang ada yang sudah berubah dan tiada.. maksud saya binatang-binatang yang pernah ada tetapi sekarang sudah tiada.. mungkin telah dipindahkan ke kawasan hidupan liar di kawasan lain.. saya tak pasti.. tapi saya share ini bukan nak ceritakan tentang haiwan yang sudah tiada tetapi apa yang masih ada di taman hidupan liar ini.. Ok.. saya akan gunakan koleksi gambar yang saya tangkap sepanjang saya berada di Taman hidupan liar Lok Kawi.. bagi kawan-kawan yang belum pernah berkunjung ke sini.. bolehlah datang bersama keluarga dan kawan-kawan untuk mengenali haiwan Liar yang ada di Sabah.. Tapi mereka yang jauh bolehlah tengok-tengok apa yang ada di dalam Lok Kawi Wildlife Park ini.. Semoga memberikan pengalaman baru kepada semua. :)
|
Novel Maya |
Gambar 1: Bangunan utama dan kaunter tiket. Bangunan ini adalah tempat keluar masuk ke Taman Hidupan Liar. Bangunan ini mempunyai kemudahan seperti kedai mini untuk pengunjung membeli makanan ringan dan kedai cenderahati untuk pelancong. LOK KAWI WILDLIFE PARK dibuka sejak 17 Februari 2017. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu ke taman ini mengambil masa 40 minit sehingga 1 jam bergantung pada keadaan trafik semasa. Selalunya, saya jalan dari Pusat bandar ke putatan dan ikut simpang kawasan Tembovo untuk ke Lok Kawi. Tapi bagi yang tidak arif tentang jalan di kota kinabalu, anda boleh menggunakan perkhidmatan Teksi, untuk ke taman hidupan liar.
|
Novel Maya |
Gambar 2: Harga Tiket untuk masuk ke taman hidupan liar LOK KAWI. Anda boleh rancang bajet dan masa anda ingin melawat di taman ini. Gambar ini saya ambil pada hari ini (4/06/2015)
|
Novel Maya |
Gambar 3: Kedai cenderahati yang ada di bangunan utama. Pengunjung boleh membeli hadiah seperti baju, gelang tangan, patung, coklat dan lain-lain. banyak juga barangan lain yang dijual di kedai ini. Anda boleh lihat sendiri sekiranya berkunjung ke sini.
|
Novel Maya |
Gambar 4: Perkhidmatan kereta api mini "Tram" untuk pengunjung melawat di seluruh kawasan taman. Taman hidupan liar lok kawi berkeluasan 280 ekar yang menempatkan bukan sahaja hidupan liar tetapi mamalia, reptilia dan burung. Saya belum pernah menggunakan perkhidmatan ini dan lebih selesa berjalan kaki untuk melawat di sekitar kawasan Taman. Banyak kawasan rehat yang disediakan pihak pengurusan taman hidupan liar. Oleh itu pengunjung boleh berehat seketika sambil melihat haiwan yang ada di situ sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan kurungan yang lain.
|
Novel maya |
Gambar 4: Tulang Sumatran Rhino. Tulang lengkap ini dipamerkan di bangunan utama untuk tatapan pengunjung yang datang ke taman ini. Mungkin sahaja tulang ini adalah badak sumbu yang pernah ada di taman ini tetapi telah mati dan tulang ini dijadikan kenangan.
SPESIS BURUNG YANG ADA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK
|
Novel Maya |
|
Novel maya |
|
Novel Maya |
|
Novel Maya |
|
Novel Maya |
Gambar 5: Seperti yang sudah saya katakan di gambar 4. Selain haiwan liar ada juga burung. Ini adalah antara spesis burung yang saya sempat tangkap pada hari ini. Burung ini terletak di bahagian hadapan taman. Oleh itu, pengunjung tidak akan lepas dari melihat hidupan liar ini. Seingat saya, pertama kali saya datang ke sini, banyak spesis burung yang boleh dilihat tetapi pada masa gambar ini diambil, hanya ini spesis burung yang ada. Harap di masa hadapan taman hidupan Liar Lok Kawi lebih menarik dengan pelbagai spesis haiwan dan reptilia dan mamalia dan burung. Belum habis lagi. Hehehe..
|
Novel Maya - Burung Unta |
|
Novel Maya - Burung Kasuari |
HIDUPAN LIAR DI LOK KAWI WILDLIFE PARK
|
Novel maya - Harimau Dahan
|
|
Novel Maya - Beruang Madu |
|
Novel Maya - Tembadau |
|
Novel Maya - Kuda Mini |
|
Novel Maya - Rusa Jantan |
|
Novel Maya - Orang Utan |
|
Novel Maya - Lembu Ankoli
|
|
Novel Maya - Monyet Proboscis
|
|
Novel Maya - Rusa betina |
|
Novel Maya - Kijang |
|
Novel Maya - Harimau |
|
Novel Maya - Orang Utan sedang bergayut |
MAMALIA DAN REPTILIA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK
|
Novel Maya - Kolam Memerang |
|
Novel Maya - Cuaca panas menyebabkan ular tidak aktif |
|
Novel Maya - Kura - kura |
|
Novel Maya - Buaya |
|
Novel Maya - Ular yang baru salin kulit |
TAMAN BOTANI DI LOK KAWI WILDLIFE PARK
|
Novel Maya - Pintu gerbang taman botani lok kawi |
|
Novel Maya - Pemandangan dalam Tama Botani |
|
Novel maya - Taman botan |
|
Novel Maya - Taman Botani |
|
Novel Maya - Taman Botani |
|
Novel Maya - Taman Botani |
|
Novel Maya - Taman Botani |
|
Novel Maya - Taman Botani |
|
Novel Maya - Taman Botani |
KEMUDAHAN YANG ADA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK
|
Novel Maya - Cafe dan Tandas
|
|
Novel Maya - Salah satu Pondok rehat |
ANTARA PENGUNJUNG PADA HARI INI DI LOK KAWI WILDLIFE PARK
|
Novel Maya |
|
Novel Maya |
No comments:
Post a Comment