Assalammualaikum. Banyak pihak memberikan pelbagai pandangan dan pendapat tentang gempa bumi yang berlaku di Sabah. Ada positif dan banyak juga Negatif. Sebagai orang Sabah, peristiwa ini sangat memberikan kesan yang mendalam kepada saya. Saya akan kongsikan detik-detik cemas yang saya alami sendiri pada hari gempa bumi berlaku di Sabah. Pada 5/06/2015 (Jumaat) Seawal jam 7 pagi, saya terjaga dari tidur apabila rasakan goncangan yang kuat. Saya masih tidak tahu sedang berlaku gempa bumi sebab tiada pengalaman dengan situasi gempa sebelum ini. Tetapi apabila keluar di laman rumah, jiran semua keluar dari rumah ke jalan raya. Ada yang menangis dan ada yang bertanya tentang perkara yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Melihat keadaan sekeliling, keadaan panik jiran, saya sedar. Bukan rumah keluarga mahu runtuh tapi baru sebentar tadi berlaku gempa bumi. Selepas sedar gempa bumi berlaku, saya terus membuka whatapp dan facebook dan berita di tv. Di facebook, satu demi satu status timbul tentang gempa bumi. Saya turut kongsikan kepada rakan di facebook, pengalaman gempa bumi yang berlaku di kawasan tempat tinggal saya. Saya ingatkan gempa hanya berlaku di kawasan tempat tinggal saya sahaja kerana berdekatan dengan laut. Sangkaan awal saya, akan berlaku tsunami. Tapi setelah tengok status-status yang dikongsikan rakan di dalam Facebook, rupanya seluruh kawasan Borneo merasakan gegaran tersebut. Saya terdiam sebentar. dalam fikiran., Ya, Allah.. apakah engkau ingin memberikan amaran kepada kami.. Timbul rasa gerun di hati kerana mula terbayangkan peristiwa Aceh ditimpa Tsunami sebelum ini. saya terus kongsikan kepada rakan dan mereka turut kongsikan info yang mereka dapat dari rakan mereka.
Di bawah ialah info yang diperolehi selepas gempa berlaku.
Novel Maya |
Gambar 1 : Kekuatan gempa bumi yang berlaku di Sabah pada hari jumaat 5/06/2016. Kekuatan gempa bumi dalam skala sederhana.
Novel Maya |
Gambar 2: Kawasan yang menerima gegaran kuat dan punca gempa bumi. Kawasan ini ialah kawasan Gunung Kinabalu,
Pada mulanya, saya tidak sangka gempa bumi yang berlaku adalah gempa bumi darat. tetapi setelah melihat kawasan yang menerima gegaran kuat adalah di gunung kinabalu. saya tidak terfikir akan ada mangsa gempa bumi. tetapi semuanya berubah apabila ada perkongsian dari rakan di whatapp dan facebook. Ada pendaki yang terperangkap di gunung kinabalu, Laporan awal mengatakan 89 pendaki hilang dan belum dikesan. Disebabkan kawasan yang menerima gegaran kuat di kawasan gunung kinabalu, secara automatik kawasan Ranau adalah kawasan yang terjejas teruk ekoran gempa yang berlaku. Banyak bangunan, kedai dan rumah rosak. Tetapi syukur jalan raya tiada yang rosak akibat gegaran tersebut. Oleh itu, tidak berlaku masalah perhubungan kepada orang ramai yang menggunakan jalan tersebut untuk ke Kota Kinabalu dari Sandakan, Tawau, Lahad datu, Semporna, Sipitang dan kawasan Pantai Timur yang lain.
Novel Maya |
Gambar 3; Cermin BSN, Ranau yang pecah disebabkan gempa bumi.
Novel Maya |
Gambar 4: Keadaan kedai runcit di pekan Ranau selepas gempa bumi berlaku.
Novel Maya |
Gambar 5: Kawasan-kawasan di Sabah yang merasakan tempias gempa bumi yang berpusat di Ranau. Hampir seluruh kawasan di Sabah merasakan gegaran. Info yang diperolehi dari saksi tempat kejadian. Mereka di kawasan tersebut dan rasakan gegaran itu sendiri.
Novel Maya |
Tidak lama selepas rakyat Sabah dikejutkan dengan gempa bumi. sekali lagi dikejutkan dengan keadaan gunung Kinabalu yang berubah. Semasa gegaran berlaku, batu bata di kawasan puncak gunung Kinabalu jatuh yang menyebabkan banyak pendaki dan malim gunung yang berada di puncak terperangkap dan tidak boleh keluar. selain itu, terdapat pendaki dan malim gunung yang cedera semasa gegaran berlaku. Info yang diperolehi dari rakan-rakan yang tinggal di ranau. Setelah itu, ramai news online mula membuat liputan di kawasan gunung kinabalu untuk mendapatkan berita selanjutnya. Selain itu, anggota bomba dan tentera dan agensi kerajaan seperti jabatan penerangan mula datang ke kawasan gunung kinabalu. Setelah mangsa dikenalpasti, misi menyelamatkan mangsa yang terperangkan dimulakan. banyak gambar-gambar yang disebarkan di media adalah bomba dan tentera yang sedang mengangkat bangsa yang berjaya diselamatkan. sedangkan pihak yang benar-benar terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa adalah MALIM GUNUNG! merekalah penyelamat yang membawa turun mangsa sehingga ke kaki bukit gunung kinablu tetapi disebabkan media hanya menyebarkan gambar bomba dan tentera sedang mengusung mangsa dan menulis artikal yang menyebut usaha pasukan penyelamat berjaya dot dot dot dot.. ramai tertipu. sepatutnya media berlaku adil kerana walaupun malim gunung tidak kisah tetapi sekurang-kurangnya jangan ketepikan usaha mereka yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di laban rata (kawasan lapang dekat puncak gunung kinabalu). misi ini bukan untuk mengejar NAMA tapi misi untuk menyelamatkan nyawa manusia! Malim gunung lebih arif tentang kawasan gunung kinabalu, mereka adalah penyelamat yang sebenar. Semasa saya tulis artikal ini, usaha menyelamatkan mangsa yang masih hilang masih diteruskan. Saya akan sambung artikal ini di post yang lain.. Sekian buat masa ini. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment