Tuesday, 21 April 2020

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. Hujung tahun 2018 lepas graduate dengan berjayanya di UMS, saya berehat beberapa bulan dari sebarang aktiviti sosial, so.. more to rumahan person masatu.. nak dipendekkan cerita.. hujung tahun tu dah terdetik nak bekerja.. cita-cita nak jadi cikgu tapi disebabkan pengajian more to pengetahuan sahaja not pendidikan.. nak jugalah tunggu kot-kot adalah peluang dpli. (tahun 2019 dpli dibukakan, sy ada cuba tapi syukurlah enda lulus, so sy teruskan kerja yg sekarang ni) sambung balik yg tahun 2018 ya, lepastu sy search la di internet untuk peluang pekerjaan. pastu mungkin suda takdir kali a, sy nmpkalah satu peluang pekerjaan, agak menarik juga, sbb  ni interview terbuka.. ada date dan location. nah, sy pun lock date la.. tepigi jugalah tapi yg petang suda.. tidak lama tu, sy dapat email. lulus, bersyukurlah suda sy sebab susah ba kan mau cari kerja skrg, jadi sy tangkap saja mana yang sangkut. sebelum try ni job pun sy suda try kerja kosong di sekitar sabah, enda ada yang lulus. so, sy anggap mmg rezeki kerja sy jauh la ni dari Sabah. Ni kerja mau sy pigi semenanjung, di Pulau Pinang, masi lagi sy kerja ni smpi skrg. Nama ni Company sy kerja Berjaya. cabang mna, endamau bagitau, ceh.. hahhaa.. so, dilanjutkan lagi cerita, sia berjaya jugalah menjejakkan kaki sini semenanjung for the first time, fuh. nurvus juga sia, tapi sy kasi berani saja, sbb sy yakin, Allah ada mau jaga sy.. (LOVE LOVE)

sy bukan saturang tau pigi pulau pinang, ada 8 urang kami.. 4 perempuan 4 lelaki.. tapi yang tinggal bertahan sekarang tinggal 4 orang saja.. yg perempuan.. yg lelaki semua sudah pindah kerja dan balik sabah. kami kena jemput ni saturang store manager, kami kena bawa pigi makan nasi kandar first time masa tu.. sadap jugalah.. terasa po boh.. nasi kandar famous.. hihihi

lepas tu kami kena hantar pigi hostel yang first, blm lagi hostel baru. besar tu rumah, dua tingkat.. tapi dalam tu rumah, seram ya amat.. ada tepikung lagi dlm tu rumah.. sbb tu kan rumah org chinese.. jadi biasalah tu.. tapi kan sebagai org Islam.. agak2 endalah selesa... tapi think positive saja.. mau 1 bulan jugalah kami hari2 naik bus.. naik grab pigi kerja.. masatu sy bawa RM300.00 saja duit poket.. sy masi lagi enda pecaya sampai skrg.. sy boleh bertahan dengan tu jumlah selama sebulan.. syukur yang amat..  I want to thank to Allah for everyting.

kan.. tempat kerja jau dari hostel, jadi yg kawan2 sabahan banyakkan complain2 sama tu DM kawasan.. jau. lepas tu hari2 naik grab.. jadi kena suru sabar dulu 1 bulan.. lepas tu, enda lama.. dengar2 ada suda rumah hostel baru yg dekat saja.. nah..bersyukur suda sy sana.. jadi terjadilah peristiwa pindah.. saya pindah yg petang suda sbb masatu sy kerja.. lepas balik dari kerja tu sy packing semua barang sy, siap suda.. sbb barang sy enda banyak.. mmg sengaja bawa sikit saja barang pigi pulau pinang.. mudahlah..

bersambung.. penat sy menaip. zzz

Saturday, 11 April 2020

Tteokbokki dengan kaki ayam pedas. Sedap dan mudah

Nota: Saya suka masak tanpa resepi, lebih mudah untuk menikmati makanan dengan bahan-bahan yang mudah / sedia ada dekat dapur tetapi insyallah enakkk. Ching Ching

Bahan-bahan

Tteokbokki
kaki ayam
serbuk cili
Meggi Cukup Rasa
Gula
Air Bersih

*Boleh Tambah Telur rebus, Kek ikan, daun bawang, ikut selera

Gambar bahan-bahan



* Gambar kaki ayam tiada disebabkan masa tangkap gambar ini Tteokbokki dah siap masak. hihihi

1. Mula-Mula rebus kaki ayam sehingga lembut - 1 jam (toskan biar sejuk)

2. Rebus Tteokbokki - cara nak rebus tu ada dalam pek tteokbokki.. ada untuk basah dan kering. resepi yang saya buat Tteokbokki tumis tanpa minyak dan agak-agak kering ya.

3. Sediakan bahan-bahan untuk kuah dan terjunkan sahaja dalam kuali ya. Air, serbuk cili, gula, meggi pasti sedap. Sure sedap walaupun mudah dan tak banyak bahan. Insyallah. Dah tu bagi dulu kuah tu mendidih. Dah mendidih bolehlah masukkan dulu kaki ayam yang sudah direbus dan selang kan beberapa minit bolehlah masukkan tteokbokki. - sedia untuk dinikmati setelah beberapa minit biar kauh pedas tu meresap ke dalam kaki ayam dan tteokbokki. 

Tadaaaa, siap untuk di nikmati panas-panas




Dah rajin masak tu,  part penting kena rajin juga sental periuk dan kuali ya. 



Selamat mencuba resepi simple Tteokbokki dengan kaki ayam pedas. Ching Ching





Tuesday, 7 April 2020

SAYA






























Burung-burung mulai berterbangan meninggalkan sarang.. Kelawar mulai kembali ke dalam gua untuk beradu selepas sepanjang malam berlegar-legar untuk mencari makanan. Tupai mulai bergerak dahan ke dahan untuk mencari buah kekacangan.. bunga-bunga hutan mulai mekar dan mengeluarkan wangian yang menyenangkan penghuni hutan.. angin lembut menyapa seolah-olah musim panas ini adalah waktu yang terindah setiap tahun. Terasa angin.. matahari yang memancarkan cahaya hangat memberikan ketenangan kepada penghuni hutan.

Saya seawal matahari terbit pagi sudah berada di atas sebuah bukit yang dipenuhi dengan bunga dan rumput yang tumbuh menghijau mendamaikan hati dan mata sesiapa yang melihatnya. Indah, Saya menghirup udara pagi dengan menutup mata sambil mendengarkan bunyi hutan dan penghuninya. Setelah puas menikmati udara dan suasana pagi, Saya bergerak perlahan-lahan menuruni bukit dengan memetik bunga-bunga indah yang mekar di sepanjang jalan menuju balik ke rumahnya di pinggir hutan berdekatan dengan sungai yang jernih dan tempat saya memancing ikan dan mandi.

Saya mengukirkan senyuman melihat rumahnya semakin dekat, saya mempercepatkan langkah kakinya dan membawakan bunga-bunga yang dipetiknya dan berlari masuk ke rumah. Kaki saya terhenti dan senyumannya mulai pudar.. bunga-bunga yang dipetiknya terlepas dari genggaman tangan saya, air matanya mulai membasahi pipinya yang semulajadi kemerah-merahan.. saya terduduk dan menangis semahunya.. 

" Saya.. Jika hari ini saya sudah tiada.. jangan bersedih.. kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti.. saya mesti teruskan hidup. Saya Cintakamu sayangku Saya "

Saya menggenggam erat nota terakhir yang dikutipnya di lantai dengan tangan suaminya terkulai tak bergerak.. Saya menangis semahunya, bunyi tangisan yang melenyapkan bunyi hutan dan menjadikan hutan seolah-olah turut terkesan dengan pemergiannya suami tercinta Saya.. Sejak itu, Saya masih menikmati harinya seperti selalu dan memori suaminya masih bersamanya.. Hutan masih sama seperti selalu.. masih menghasilkan wangi dan bunga yang indah. Saya banyak menghabiskan waktu dengan menikmati suasana yang tak pernah membosankan malah menyenangkan.. Hutan menjadi saksi kewujudan Saya dan kisahnya.


RASA YANG MELUKAKAN

Dunia terasa sempit.. dada tersa sesak.. udara tersa berat.. ah.. inikah yang bermaksud luka.. Terluka dengan perasaan sendiri dengan rasa yang tak terungkapkan melalui kata-kata.. keinginan yang dipaksakan untuk merelakan.. melepaskan.. inilah rasanya? Rasa ini sungguh pedih untuk diungkapkan dengan kata-kata.. sakit.. pilu.. bisu.. semua bergelora seumpama gunung berapi yang sedia untuk melepaskan lava panas memusnahkan. Ah!

Akal yang waras semakin tertutup dek awal hitam yang tebal.. seolah-olah rasa ini memakan dan meremukkan semahunya. sekusnya merosakkan rasa.. semakin dalam membawa petir yang bersambungan tiada tanda untuk berhenti. Ah! luka yang menyakitkan. Melemahkan setiap jika yang menjadikan dia sebagai tamu yang tidak diundang. tamu yang tidak diduga. tamu yang sebolehnya dihalau sejauh mungkin. Ah! 

Monday, 6 April 2020

AVATAR SECRET GARDEN PULAU PINANG MALAYSIA






DESA DAIRY FARM KUNDASANG SABAH









HIDUP























Suatu saat nanti kita semua akan pergi dan tak akan kembali. Realiti memang menakutkan. Itulah kehidupan. Mahu dan tak mahu. Sedia tak sedia. Kita semua akan kembali ke kampung abadi. Ingatlah semua yang kita lalui di dunia ini mempunyai tujuan dan sebab tersendiri. Kita sebagai manusia hanya diberikan dua jalan dan tiada ketiga. Dalam hidup kita akan mengalami banyak pengalaman yang menyenangkan dan menyakitkan. Kita akan diuji dengan diri sendiri, keluarga, teman, manusia awamnya dan alam semula jadi. Manusia berevolusi melalui kepayahan yang mereka alami, itulah yang menyebabkan kehidupan manusia bertambah mudah hari demi hari, sedar tak?

Sedar tak? Pejuang terlahir dalam persekitaran yang penuh dengan kesakitan dan trauma. Semua yang terjadi di dunia ini ada sisi baik dan buruknya dan begitulah keseimbangan alam ini berlangsung sejak dahulu kala sejak manusia pertama di cipta, Nabi Adam As bapa segala bangsa keturunan manusia yang bertebaran di seluruh dunia sehingga hari ini. Ajaib bukan, bagaimana sesuatu bermula tanpa apa-apa sehingga mempunyai segala-galanya. Begitulah kehidupan ini bergerak kekal sehingga akhirnya kiamat dan masa akan terhenti sendirinya. Tak tahu berapa lama, hanya Allah yang mengetahui rahsia yang ghaib. Sebagai Manusia, pernahkan berfikir, sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjalanan yang terlalu singkat, hanya kita tidak menyedarinya.. 50-100 tahun adalah masa yang sangat singkat. Sepertinya kita tidak akan sedar rupanya sudah 10 tahun berlalu sejak sekolah menengah, sedar tak sedar 10 sudah berlalu sejak memasuki alam pekerjaan, 10 berlalu lagi sudah mempunyai cucu. Begitulah singkatnya kehidupan ini, berjalan tanpa kita sedari. 1 hari seperti 1 jam, 1 minggu seperti 1 hari, 1 bulan seperti 1 minggu. Dunia semakin tua. Kita masih leka dengan kehidupan yang akan ditinggalkan dan tak kekal.

kekuasaan dan kekayaan yang tidak berpenghujungnya, begitu cintakan dunia sehingga mereka menyangka akan hidup kekal selamanya. Berangan-angan seolah-olah kekayaan mereka yang mereka kumpul dalam kehidupan akan bermanfaat untuk agenda mereka. Wah, manusia memang suka berangan-angan. Semoga Allah lindungi kita semua dari imaginasi yang melebihi garis usia yang sudah ditentukan sejak dari sebelum terciptanya langit dan bumi. Segala rahsia milik Allah, Allah lebih mengetahui yang sesungguhnya. - HIDUP

TENTANG CINTA



Ah.. Cinta... Cinta.. Cinta.. hati ini tersenyum mestipun realitinya cinta itu sesuatu yang tidak mampu untuk diduga.. Aku tersenyum dengan ikhlas dan tak terduga hidupku sentiasa dipenuhi dengan jampi cinta yang tak berkesudahan.. Entahlah.. mungkinkah cinta adalah satu kekuatan dan anugerah yang kukuh menemani perjalanan hidup ini sehingga akhirnya.. Aku tersenyum lagi dengan pandangan mata sayu menghadapi skrin ini..  Dengan cinta.. Aku merasakan bahagia.. Dengan cinta aku tertawa.. Dengan cinta aku menangis.. Dengan cinta aku semakin matang.. Dengan cinta aku mulai faham tentang merelakan.. Dengan cinta aku belajar sesungguhnya cinta itu sesuatu yang tidak harus ada paksaan.. 

Ah.. Cinta.. Cinta.. Cinta.. Aku selalu belajar bahawa cinta itu adalah madu dan racun.. Cinta sesungguhnya jampi hati yang amat menakutkan.. jika tidak dikawal akan memakan si pemilik hati.. Jika tidak dizahirkan akan melemahkan si pemilik hati.. Jika tidak dihiraukan akan membakar bara hitam dalaman si pemilik hati.. Segalanya jadi serba salah.. Dada seperti dihimpit batu, menyesakkan.. menyakitkan.. melukakan.. Tetapi hidup ini perlukan cinta kan. Di sisi yang lain cinta ini adalah pemenuh hati dengan rasa rindu.. sayang.. cemburu.. benci.. takut.. itulah cinta.. Bercerita tentang cinta.. tidak akan cukup permukaan langit dan bumi untuk menyatakan, menuliskan sesungguhnya betapa cinta itu luar biasa.. Cinta itu misteri.. Selamanya akan jadi misteri.. Bagaimana.. Dimana.. Bila.. Masa.. Waktu.. tiada manusia mampu menyedarinya mulai bersemayam beradu dalam ruang hati kecil. misteri bukan? dan kita tidak mampu untuk cipta firewall hati.. hanya menyedari bila cinta itu mulai menumbuhkan akar yang kukuh.. mahu tak mahu kita akan hidup dengan hati yang mulai dipenuhi rasa cinta.. 

Tetapi.. Bukan semua cinta yang hadir boleh dibiarkan tumbuh membesar.. Harus dicantas sebelum membesar ya.. Sebab kadang kala itu dugaan..  pelajaran.. pengalaman yang mewarnai hidup seperti menceburkan diri dalam sukan lasak dan ekstrim.. Kerana hidup ini terlalu membosankan tanpa sedikit hura hara ya? Aku tersenyum lagi.. Sejujurnya.. Aku ternyata sepanjang 29 hidup.. selalu tertipu dengan cinta yang hadir.. syukurlah.. Allah tidak pernah membiarkan aku terjebak dengan tipu daya cinta.. Dengan sifat aku yang terlalu suka untuk memastikan hati orang terjaga selalu bertahan untuk perhubungan yang lebih banyak melukakan.. Walaupun akhirnya aku selalu terluka.. Aku lebih suka terdiam dan akhirnya memakan diri sendiri.. Cinta terakhir yang datang mengajarkan ku.. Sekuat sekukuh mana cinta kamu.. Kamu tidak akan mampu untuk memiliki seseorang seutuhnya.. Kerana tidak harus ada cinta yang lebih  besar seorang hamba kepada hamba Melebihi cintanya kepada Pemilik segala sesuatu.. Penguasa langit dan Bumi.. Ingatlah selalu.. Didiklah hati mencintai Allah lebih utama dari segala yang ada di langit dan bumi.. Kerana Cinta inilah yang menuntunmu untuk bertahan di dunia yang penuh dengan kekusutan dan ketakutan dan menjamin kebahagian di Akhirat.. Aku yang masih bertahan kerana Allah.. Segala puji kepadamu Ya Allah.. Terima kasih ya Allah - Tentang Cinta


Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...