Monday, 6 April 2020

HIDUP























Suatu saat nanti kita semua akan pergi dan tak akan kembali. Realiti memang menakutkan. Itulah kehidupan. Mahu dan tak mahu. Sedia tak sedia. Kita semua akan kembali ke kampung abadi. Ingatlah semua yang kita lalui di dunia ini mempunyai tujuan dan sebab tersendiri. Kita sebagai manusia hanya diberikan dua jalan dan tiada ketiga. Dalam hidup kita akan mengalami banyak pengalaman yang menyenangkan dan menyakitkan. Kita akan diuji dengan diri sendiri, keluarga, teman, manusia awamnya dan alam semula jadi. Manusia berevolusi melalui kepayahan yang mereka alami, itulah yang menyebabkan kehidupan manusia bertambah mudah hari demi hari, sedar tak?

Sedar tak? Pejuang terlahir dalam persekitaran yang penuh dengan kesakitan dan trauma. Semua yang terjadi di dunia ini ada sisi baik dan buruknya dan begitulah keseimbangan alam ini berlangsung sejak dahulu kala sejak manusia pertama di cipta, Nabi Adam As bapa segala bangsa keturunan manusia yang bertebaran di seluruh dunia sehingga hari ini. Ajaib bukan, bagaimana sesuatu bermula tanpa apa-apa sehingga mempunyai segala-galanya. Begitulah kehidupan ini bergerak kekal sehingga akhirnya kiamat dan masa akan terhenti sendirinya. Tak tahu berapa lama, hanya Allah yang mengetahui rahsia yang ghaib. Sebagai Manusia, pernahkan berfikir, sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjalanan yang terlalu singkat, hanya kita tidak menyedarinya.. 50-100 tahun adalah masa yang sangat singkat. Sepertinya kita tidak akan sedar rupanya sudah 10 tahun berlalu sejak sekolah menengah, sedar tak sedar 10 sudah berlalu sejak memasuki alam pekerjaan, 10 berlalu lagi sudah mempunyai cucu. Begitulah singkatnya kehidupan ini, berjalan tanpa kita sedari. 1 hari seperti 1 jam, 1 minggu seperti 1 hari, 1 bulan seperti 1 minggu. Dunia semakin tua. Kita masih leka dengan kehidupan yang akan ditinggalkan dan tak kekal.

kekuasaan dan kekayaan yang tidak berpenghujungnya, begitu cintakan dunia sehingga mereka menyangka akan hidup kekal selamanya. Berangan-angan seolah-olah kekayaan mereka yang mereka kumpul dalam kehidupan akan bermanfaat untuk agenda mereka. Wah, manusia memang suka berangan-angan. Semoga Allah lindungi kita semua dari imaginasi yang melebihi garis usia yang sudah ditentukan sejak dari sebelum terciptanya langit dan bumi. Segala rahsia milik Allah, Allah lebih mengetahui yang sesungguhnya. - HIDUP

No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...