Saturday 11 April 2020

Tteokbokki dengan kaki ayam pedas. Sedap dan mudah

Nota: Saya suka masak tanpa resepi, lebih mudah untuk menikmati makanan dengan bahan-bahan yang mudah / sedia ada dekat dapur tetapi insyallah enakkk. Ching Ching

Bahan-bahan

Tteokbokki
kaki ayam
serbuk cili
Meggi Cukup Rasa
Gula
Air Bersih

*Boleh Tambah Telur rebus, Kek ikan, daun bawang, ikut selera

Gambar bahan-bahan



* Gambar kaki ayam tiada disebabkan masa tangkap gambar ini Tteokbokki dah siap masak. hihihi

1. Mula-Mula rebus kaki ayam sehingga lembut - 1 jam (toskan biar sejuk)

2. Rebus Tteokbokki - cara nak rebus tu ada dalam pek tteokbokki.. ada untuk basah dan kering. resepi yang saya buat Tteokbokki tumis tanpa minyak dan agak-agak kering ya.

3. Sediakan bahan-bahan untuk kuah dan terjunkan sahaja dalam kuali ya. Air, serbuk cili, gula, meggi pasti sedap. Sure sedap walaupun mudah dan tak banyak bahan. Insyallah. Dah tu bagi dulu kuah tu mendidih. Dah mendidih bolehlah masukkan dulu kaki ayam yang sudah direbus dan selang kan beberapa minit bolehlah masukkan tteokbokki. - sedia untuk dinikmati setelah beberapa minit biar kauh pedas tu meresap ke dalam kaki ayam dan tteokbokki. 

Tadaaaa, siap untuk di nikmati panas-panas




Dah rajin masak tu,  part penting kena rajin juga sental periuk dan kuali ya. 



Selamat mencuba resepi simple Tteokbokki dengan kaki ayam pedas. Ching Ching





No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...