Monday, 6 April 2020

TENTANG CINTA



Ah.. Cinta... Cinta.. Cinta.. hati ini tersenyum mestipun realitinya cinta itu sesuatu yang tidak mampu untuk diduga.. Aku tersenyum dengan ikhlas dan tak terduga hidupku sentiasa dipenuhi dengan jampi cinta yang tak berkesudahan.. Entahlah.. mungkinkah cinta adalah satu kekuatan dan anugerah yang kukuh menemani perjalanan hidup ini sehingga akhirnya.. Aku tersenyum lagi dengan pandangan mata sayu menghadapi skrin ini..  Dengan cinta.. Aku merasakan bahagia.. Dengan cinta aku tertawa.. Dengan cinta aku menangis.. Dengan cinta aku semakin matang.. Dengan cinta aku mulai faham tentang merelakan.. Dengan cinta aku belajar sesungguhnya cinta itu sesuatu yang tidak harus ada paksaan.. 

Ah.. Cinta.. Cinta.. Cinta.. Aku selalu belajar bahawa cinta itu adalah madu dan racun.. Cinta sesungguhnya jampi hati yang amat menakutkan.. jika tidak dikawal akan memakan si pemilik hati.. Jika tidak dizahirkan akan melemahkan si pemilik hati.. Jika tidak dihiraukan akan membakar bara hitam dalaman si pemilik hati.. Segalanya jadi serba salah.. Dada seperti dihimpit batu, menyesakkan.. menyakitkan.. melukakan.. Tetapi hidup ini perlukan cinta kan. Di sisi yang lain cinta ini adalah pemenuh hati dengan rasa rindu.. sayang.. cemburu.. benci.. takut.. itulah cinta.. Bercerita tentang cinta.. tidak akan cukup permukaan langit dan bumi untuk menyatakan, menuliskan sesungguhnya betapa cinta itu luar biasa.. Cinta itu misteri.. Selamanya akan jadi misteri.. Bagaimana.. Dimana.. Bila.. Masa.. Waktu.. tiada manusia mampu menyedarinya mulai bersemayam beradu dalam ruang hati kecil. misteri bukan? dan kita tidak mampu untuk cipta firewall hati.. hanya menyedari bila cinta itu mulai menumbuhkan akar yang kukuh.. mahu tak mahu kita akan hidup dengan hati yang mulai dipenuhi rasa cinta.. 

Tetapi.. Bukan semua cinta yang hadir boleh dibiarkan tumbuh membesar.. Harus dicantas sebelum membesar ya.. Sebab kadang kala itu dugaan..  pelajaran.. pengalaman yang mewarnai hidup seperti menceburkan diri dalam sukan lasak dan ekstrim.. Kerana hidup ini terlalu membosankan tanpa sedikit hura hara ya? Aku tersenyum lagi.. Sejujurnya.. Aku ternyata sepanjang 29 hidup.. selalu tertipu dengan cinta yang hadir.. syukurlah.. Allah tidak pernah membiarkan aku terjebak dengan tipu daya cinta.. Dengan sifat aku yang terlalu suka untuk memastikan hati orang terjaga selalu bertahan untuk perhubungan yang lebih banyak melukakan.. Walaupun akhirnya aku selalu terluka.. Aku lebih suka terdiam dan akhirnya memakan diri sendiri.. Cinta terakhir yang datang mengajarkan ku.. Sekuat sekukuh mana cinta kamu.. Kamu tidak akan mampu untuk memiliki seseorang seutuhnya.. Kerana tidak harus ada cinta yang lebih  besar seorang hamba kepada hamba Melebihi cintanya kepada Pemilik segala sesuatu.. Penguasa langit dan Bumi.. Ingatlah selalu.. Didiklah hati mencintai Allah lebih utama dari segala yang ada di langit dan bumi.. Kerana Cinta inilah yang menuntunmu untuk bertahan di dunia yang penuh dengan kekusutan dan ketakutan dan menjamin kebahagian di Akhirat.. Aku yang masih bertahan kerana Allah.. Segala puji kepadamu Ya Allah.. Terima kasih ya Allah - Tentang Cinta


No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...