Tuesday 26 July 2011

CERITA PENDEK : GHOST PHONE


Latihan bola hari ini tamat di sini.petang esok datang latihan seperti biasa.bersurai!!
Zack! Jurulatih subramaniam memanggil dengan suara lantang.
Seorang lelaki bertubuh sederhana berlari-lari anak ke arah jurulatih subramaniam.
Zack,kalau awak teruskan prestasi cemerlang awak,saya percaya awak boleh pergi jauh dalam arena bola sepak,kata jurulatih subramaniam sambil menepuk-nepuk bahu zack.
Zack mengangguk mendengar kata jurulatihnya.
Zack hari ini kitorang nak lepak kat warung mamak,awak nak join tak? Tanya seorang rakan sepasukan zack.
Sory friend hari ini tak boleh,mama aku suruh beli barang dapur. Kata Zack yang sedang membetulkan beg sandangnya bersedia untuk pulang.
Okey zack kita jumpa esok.
Setelah membeli barang yang dapur seperti yang dipesan mamanya,zack berlalu balik rumah.
Zack mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pokok tua balik ke rumah.
Dalam perjalanan zack bersiul kecil.
Prek! Zack terpijak sesuatu.Zack mengangkat kakinya.
Handphone? Zack berkata sendiri.
Zack mengambil handphone tersebut lalu berpusing kiri kanan,kalau-kalau ada orang.
Screen dah pecah,mesti sebab terpijak tadi.
Apa aku nak buat dengan handphone ini?
Zack menggaru kepalanya.
Secara tiba-tiba angin bertiup dengan kuat.
Timbul perasaan seram kepada zack apatah lagi bulu roma zack mula berdiri seperti ada sesuatu yang melihatnya.
Tanpa berfikir zack memasukkan handphone itu di poket seluarnya.
Zack mempercepatkan langkah meninggalkan kawasan itu.
Sampai di hadapan rumah. Zack menarik nafas lega.
Pada malam itu.
Kring! Kring! Kring...
Siapa pula telefon aku malam-malam ni. Zack bercakap sendiri.
Zack mengambil handphone miliknya. Tiada orang call.
zack teringat handpphone yang dijumpanya.
Zack mengeluarkan handphone itu dari poket seluar yang disangkut.
TIADA NAMA
handphone itu terus berbunyi.
Zack menekan accepts.
Hello? zack bersuara.
Kedengaran suara seorang wanita di hujung talian.
Tolong aku...aku...aku sangat sejuk...sejuk....
Zack terdiam.
Tut…tut…talian terputus.
Cik? Cik? Zack mulai gelisah.
Sepanjang malam zack tidak dapat melelapkan mata. Panggilan telefon misteri sebentar tadi sentiasa berlegar dalam fikirannya.
Dengan susah payah zack terlelap akhirnya.
Zack berada di sebuah kawasan yang indah,suasana yang nyaman. Zack melihat sekeliling,zack cukup kenal dengan tempat itu.
Tiba-tiba zack terdengar suara seorang wanita dalam esakan panjang meminta tolong.
zack berlari sekeliling mencari wanita itu.tidak dijumpai.
Lama-kelamaan suara wanita itu mulai lemah dan terus hilang.
zack mengesat peluh yang mulai membasahi dahinya.Zack terasa badannya lemah dan pandangannya mulai kabur.
Zack! Zack! Zack! Bangun! Pipi zack ditampar lembut oleh mamanya.
Zack tersedar.
Zack kenapa badan zack berpeluh? Riak risau jelas terpancar di wajah mamanya.
Zack mimpi pelik tadi ma.Zack berkata dengan lemah.
Mama dah banyak kali cakap dengan zack,cuci kaki sebelum tidur.
Mesti zack lupa cuci kaki tu mimpi bukan-bukan.
Zack hanya mengiakan kata mamanya.
Hari ini zack tidak ke sekolah.
Zack merenung handphone yang di jumpainya semalam.
Zack On handphone tetapi tak hidup.
Habis batry kali,zack membuat andaian sendiri.
zack mendengar lagu di mp3. Tanpa sedar zack terlelap.
Zack membuka matanya. Zack melihat sekeliling. zack berada di sungai berair jernih. Zack tunduk lalu membasuh mukanya.
PAHHHS!! Zack mengangkat mukanya. Dalam samar-samar zack melihat seseorang berjalan ke arahnya. Zack menggosok matanya. Dengan jelas. zack lihat seorang wanita berwajah sayu memandangnya.
Cantik. bisik hati zack.
Tolong aku zack…aku sejuk…sejuk… wanita itu bercakap sambil memeluk tubuhnya yang pucat.
Zack terkejut. zack teringat panggilan telefon misteri malam semalam.
Siapa awak sebenarnya?
saya tidak tenang…tolong zack..wanita itu berkata dengan sayu lalu mendekati zack.
Wanita itu memegang tangan zack.
Zack boleh rasakan kesejukan yang teramat sangat apabila wanita itu memegangnya.
Wanita itu tunjuk satu arah kawasan sungai dengan jari telunjuknya.
Sana...aku di sana...zack tolong aku...sayup-sayup bayang wanita itu hilang di bawa angin.
Pancaran matahari menyilaukan mata zack. Zack menutup matanya.
Zack terasa seseorang memegang bahunya.Zack membuka mata.
tak baik tidur senja. ucap lembut mamanya.
mama zack berlalu setelah zack sedar.
Mimpi rupanya. Zack berkata sendiri dalam hati.
Setelah makan malam,zack terus ke biliknya untuk berehat.
Tidak lama selepas itu zack tertidur.
Kring! Kring! Kring...
Zack terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi handphone.
zack menekan punut handphone tersebut.
tolong aku…tolong…suara seorang wanita.
Dengan pantas Zack membuang handphone sehingga berderai isi kandungannya.
sekali lagi handphone itu berdering.
Zack menutup telinganya.
angin kuat memasuki bilik zack. Serta merta bulu roma zack berdiri tegak.Jantung zack mula berdegup dengan laju.
dengan pantas zack menutup tingkap biliknya yang terbuka.
Zack terdengar suara meminta tolong bergema di setiap sudut biliknya.
Dengan bantuan sedikit cahaya bulan zack lihat seorang wanita berjalan ke arahnya dengan wajah tertunduk. Kaki wanita itu tidak menjejak lantai bilik zack. Peluh sejuk mula membasahi dahi zack.

Zack lihat dengan jelas wajah wanita itu pucat seperti mayat.
Tiba-tiba biliknya dipenuhi dengan air.
Zack tenggelam dalam air.
Serta merta matanya terlihat sekujur tubuh yang diikat dengan sebongkah batu besar tengelam ke dasar air.
Dengan pantas zack berenang ke tebing. Dalam samar-samar zack melihat dua orang lelaki berlalu meninggalkan kawasan tersebut.
Zack sedaya upaya keluar dari air. Tetapi tidak Berjaya,
Terlalu banyak tenaganya hilang. Zack melihat sekeliling dengan pandangan yang kabur,mindanya kosong dan zack tengelam kembali ke dalam air.
Sayup-sayup zack dengar namanya dipanggil.
Zack,kenapa tidur atas lantai?
Zack terus memeluk tubuh mamanya.
Zack ceritakan semua yang di alaminya sejak dia terjumpa handphone di tepi jalan pokok tua jalan ke kawasan rumahnya dan mimpi aneh yang dialaminya.
Pada malam itu juga mama zack membuat laporan polis.
Paginya pihak polis dan bomba telah menutup jalan pokok tua untuk memudahkan pencarian mayat.
Tepat tengah hari salah seorang anggota selam bomba terjumpa mayat reena.
Wanita yang telah dilaporkan hilang tanpa jejak seminggu lalu.
Dari jauh zack lihat mayat wanita itu seperti dalam mimpinya.
Riuh satu kawasan perumahan dengan penemuan mayat tersebut.
Seorang anggota polis menghampiri zack.
Saya tak pasti macam mana awak boleh tahu terdapat mayat di kawasan ini,tapi maklumat anda amat membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.jika ada apa-apa maklumat tambahan berkenaan kes ini,awak bolehlah berikan sekarang.
Zack seperti berfikir sesuatu.
Ada tuan. Pembunuhnya dua orang lelaki dan salah satu pembunuh itu mempunyai tatu naga di lengan tangan kanannya.
Anggota polis itu pantas membuat catatan.
Terima kasih atas kerjasama anda,budak.anggota polis itu berlalu pergi ke kereta polis.
hari pengkebumian.
Ahli keluarganya semuanya berwajah sugul tidak dapat menerima kenyataan reena mati dibunuh.
Semua hadirin yang hadir meletakkan bunga ros memberi penghormatan terakhir untuk jasad reena.
Mama zack menyentuh bahu zack.Zack menoleh ke arah mamanya.
Mamanya menyerahkan satu bungkusan kecil berwarna putih kepada zack.
Zack faham maksud mamanya.
Zack pergi ke depan keranda reena dan meletakkan bungkusan putih di tengah tangannya.
Semoga roh awak aman selepas ini,reena.
Keranda di tutup dan di bawa ke kawasan perkuburan.
Setelah dikubur dengan sempurna,semua hadirin beransur pulang.
Tetapi tanpa sedar... KRING! KRING! KRING!... bergema dari bawah tanah perkuburan.

BERITA TERGEMPAR
DUA ORANG PEMBUNUH YANG MENJADI BURUAN POLIS SEJAK 5 TAHUN LALU DITEMUI MATI DENGAN KEADAAN ANEH DAN MENGERIKAN.TURUT DIPERCAYAI TELAH MEMBUNUH SEORANG WANITA BERNAMA REENA BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA.




-TAMAT-

Sunday 10 July 2011

NOVEL MAYA

Assalammualaikum. Semoga anda terhibur dengan cerita-cerita yang dimuatkan dalam blog ini. Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, kekurangan semuanya datang dari kelemahan diri saya sebagai seorang manusia.  - Hamba Allah S.W.T / Mengejar redha Allah sehingga ke nafas terakhir.

NOVEL MAYA NEWS : KEMUNCULAN NOVEL BERSIRI-SIRI

nak tahu? haa.. ikutilah perkembangan dan perjalanan siri novel ini sehingga habis ye.. cerita novel ini saya akan buat secara bersiri untuk menambah kecerian blog ini..hehe.. harap anda bersabar untuk menantikan episod-episod yang akan datang dan disiarkan seminggu sekali.. episod pertama siri novel ROMANTIKA CINTA SAFFA akan disiarkan minggu hadapan ( tarikh dan waktu belum pasti ) harap anda bersabar menantikan debut ini !! haha..

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...