Tuesday 30 April 2013

RUTIN HARIAN : KEJADIAN YANG MELUCUKAN

mungkin anda pernah berada dalam situasi ini:

_____jam menunjukkan 12 tengah malam..
sedang nak tidur tiba-tiba perut memulas.. buang angin tak henti-henti..
aduiiii.... nak tak nak. kena juga ke tandas..

_____ seronoknya shopping...adui!... nak ke tandas pula..
masuk area tandas,berbaris orang menunggu giliran masuk tandas..
macam-macam ragram,ada yang menggenggam baju (menahan rasa)
ada yang relax je (xpe,belum lg nie),ada yang dah tak tahan,keluar dari tandas ( cari tandas lain yang berdekatan) ada yang baik sangat,dahulukan orang lain.. huhu





Monday 29 April 2013

CERITA PENDEK : SAYANG KU KITTY

kitty... cutenye.. matamu bulat... bulumu lebat.. persis kitty mahal..
Amoy.. kasi makan itu kucing tiga kali satu hari.. baru gumuk tambah cumil..
okey nyonya!! suara Aminah riang..
mama! mama! comel la kucing nie... Aminah menghulurkan tangannya memegang badan kucing oren putih dalam sangkar dengan lembut...
puan Sajiah tersenyum melihat telatah puterinya..
Aminah baru je, 5 tahun tapi sangat sayang dengan binatang terutamanya Kucing.. haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW..
Aminah nak kucing nie? tanya puan Sajiah lembut..
nak! nak!.. Ami nak.. bersinar-sinar mata Aminah.. maklumlah... hari ini,hari jadi Aminah..
baiklah.. puan Sajiah bercakap dengan tuan punya kedai haiwan peliharaan..
tak lama selepas itu,puan Sajiah memegang sebuah sangkar dengan kucing yang Aminah sukakan..
yeye... Ami ada kucing sudah..
Sepanjang balik ke rumah,Ami asyik bermain je dengan anak kucingnya... diberi nama kitty..
saya akan sayang kitty..

Aminah terbayang kembali keseronokan memiliki kucing pertamanya... 17 tahun lalu..
kitty...nama yang sentiasa dalam sanubari Aminah..

TAMAT


Tuesday 9 April 2013

CERITA PENDEK : MEMORY


Suha sayang abang?
Suha sentiasa sayang dengan abang tau..
risdan memegang erat tangan isterinya.
kalau abang dah tiada Suha jaga diri bagus-bagus ky.. abang sayang dengan suha.
suha mengangkat kepalanya dari bahu suaminya.
abang! jangan cakap macam tu,suha tak nak dengar lagi. kalau nak,biar suha pergi dulu dari abang.
risdan ketawa kecil,melihat isterinya monyokkan wajahnya.
yela..abang tak cakap lagi,dah isteri abang yang cantik.. senyum ky..
suha senyum semula dan memeluk erat tubuh suaminya.

pagi (jumaat)

air mata tidak dapat di bendung lagi.. suha mengalirkan air matanya yang telah lama kering..
abang... kenapa tinggalkan suha... suha menatap gambar risdan dengan pandangan yang sangat sayu..
suha masih ingat dengan jelas kali terakhir melihat wajah suaminya.. tidak pernah melihat seceria itu wajah suaminya.

abang hati-hati ky.. suha terasa berat nak lepaskan tangan suaminya seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya hari itu.
risdan tersenyum bahagia seperti selalu dan mengucup lembut dahi isterinya.

petang (jumaat)

ting tong!
suha tersenyum mendengar lonceng berbunyi.
suha membuka pintu dengan senyuman yang penuh makna.
puan suha?
suha terkejut. suara asing dan wajah yang tidak dikenali.
suha seperti mendapat agak sesuatu sudah menimpah suaminya.
dua pegawai polis tertunduk dan dengan perlahan menyampaikan berita kematian risdan.
suha terduduk. badannya menggeletar.. air mata mengalir deras dari kelopak matanya yang bundar.
salah seorang pegawai polis wanita menenangkan suha.
abang.. itu perkataan terakhir suha sebelum pengsan.

suha.. suha... bangun nak.. bangun..
suha membuka matanya perlahan-lahan dan melihat ibunya sudah di sebelahnya mengesat air matanya.
mak! suha pantas memeluk ibunya.

10 tahun kemudian

raykal mari lawat papa.
anak comel itu berlari ke arah suha dan memegang erat tangannya menuju ke kubur papanya.
bersihkan kubur papa.
dengan pantas raykal membersihkan kubur papanya yang di tumbuhi rumput kecil.
suha menahan air matanya dari jatuh..
mama.. raykal memandang tepat ke arah mata mamanya yang mula berair.
suha pantas tersenyum ke arah satu-satunya anaknya dengan risdan.
suha memeluk erat tubuh kecil itu dengan penuh kasih sayang.

mama..bila besar raykal nak jadi macam papa. nak jadi polis mempertahankan negara.
suha tersenyum mendengar kata yang di ucapkan oleh raykal.. dan  merestuinya..

TAMAT













Saturday 2 March 2013

CERITA PENDEK : RUMAH AGAM

 wah,cantiknya rumah ni.. bersungguh-sungguh mimie berkata.. sambil melihat kiri dan kanan rumah agam yang tersergah indah di hadapannya. tak pernah seumur hidupnya untuk bermimpi mendiami rumah yang sungguh cantik seperti rumah itu. dari perabotnya sehinggah ke hiasan rumah sungguh antik dan susah untuk ditemui pada zaman ini.
mie suka? sapa suaminya faiz yang tersenyum melihat wajah isterinya ceria mimie terangguk-angguk sambil tersenyum dan mendekatkan dirinya ke badan suaminya dengan manja.
rumah tersebut adalah harta pusaka keluarganya. tetapi rumah tersebut telah lama di tinggalkan kerana tiada ahli keluarganya yang mahu tinggal di sana.
sebagai anak tunggal lelaki faiz menerima wasiat dari arwah bapanya untuk memiliki rumah agam tersebut.
setelah seharian berpenat lelah membersihkan kawasan rumah. mimie berehat seketika menikmati keindahan hijau di hadapan balkoni rumah agam tersebut.
mimie sudah berkahwin dengan faiz selama 2 tahun sebelum berpindah ke rumah agam tersebut.
sebagai seorang penulis,mimie mendambakan keadaan tenang seperti ini untuk menghasilkan karya-karya baru yang lebih bermutu dan segar di mata pembaca.
jam menunjukkan jam 5 petang,faiz belum balik dari kerja.
mimie berlalu ke dapur setelah berasa selesa dengan keadaan dirinya setelah berehat seketika tadi.
malam ini nak masak apa ya? tanya mimie dengan dirinya sendiri.
mimie membuak pintu peti sejuk dan mengeluarkan ayam dan sayur mentah untuk membuat salad sayur dan ayam panggang,bukan susah kan ada oven.
faiz suka makan salad sayur dan ayam panggang.
bagi meraikan hari pertama di rumah baru mimie akan masak makanan kegemaran faiz.
mimie menyanyi riang di dapur sambil memasak.
setelah selesai memasak. mimie melihat jam menunjukkan jam 7 malam.
faiz masih belum balik.
mimie mengambil kesempatan itu untuk mandi.
bilik mandi teramatlah luas dan cantik dengan hiasan dan perabot antik. memberi suasana yang  sedikit seram di kala malam. mimie tak memperdulikan semua itu dan terus membersihkann diri.
tidak lama selepas itu, kedengaran kereta masuk ke perkarangan rumah dan mimie pantas membuka pintu dan melihat wajah suaminya faiz tersenyum ke arahnya.
 mimie berlari-lari anak ke arah suaminya yang sudah keluar dari kereta.
asallamualaikum abang. mimie memberi senyuman gembira.
waalaikumsalam sayang. mimie pantas mengambil beg kerja suaminya.
abang pergi mandi dulu,mimie dah masakkan makanan kegemaran abang. ayam panggang dan salad sayur..sedap tau..
faiz tersenyum melihat suaminya dan memberi kucupan sayang ke pipi isteri kesayangannya.
setelah faiz selesai mandi.
mimie menyediakan makanan dan memanggil faiz ke meja makan.
tergerak hati mimie untuk menulis sepucuk surat untuk diberikan kepada suaminya.
berkali-kali mimie memanggil suaminya tidak juga menyahut.faiz tidak muncul-muncul.
ehh..mimie mula tidak sedap hati dan terus ke bilik mereka. melihat baju yang disediakan sebentar tadi untuk suaminya belum disentuh.
mimie bergerak perlahan ke arah bilik mandi.
mimie memegang tombol pintu bilik mandi. tidak berkunci.
sepantas kilat mimie membuka pintu bilik mandi,tiada orang di dalamnya.
mimie terdiam.
mimie. seseorang memegang bahunya.
sepantas kilat mimie berpusing.
faiz! faiz melihat mimie dengan muka yang pelik.
hampir pitam mimie terlalu terkejut.
sayang,kenapa sayang berpeluh-peluh nie?
faiz hairan melihat mimie yang sedikit pucat dan berpeluh.
abang? mimie melihat faiz yang masih berpakaian kerja.
aaabanng? seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.
yela,abang lah nie.
bukan abang dah sampai ke tadi?
oww..... faiz serta merta ketawa kecil.
mimie terdiam.
ye la..memang abang sudah balik tadi tapi abang mencari sesuatu tadi.. di bilik sebelah..
abang cari apa? mimie mulai tenang..
abang cari...
sayang,belakang abang gatal..tolong garukan untuk abang.
mimie senyum dan ke belakang suaminya untuk...
baru sahaja mimie hendak menggaru belakang suaminya.. bau yang sangat busuk memenuhi segenap ruang bilik tersebut, lagi memeranjatkan belakang suaminya berlumuran darah dan mengeluarkan bau yang meloyakan.
sayang tolong garukan.. belakang abang gatal....
mimie menutup mulutnya dan berlahan-lahan meninggalkan suaminya.
baru sahaja mimie di depan tangga..
sayang nak pergi mana tu?
langkah mimie terhenti..
sayang nak pergi tandas kejap,tak tahan nak buang air.
sayang nak ke tandas ke dah tahu..
tersirap darah mimie mendengarnya..
tak lah bang..abang tahu juga kan mimie tak suka pergi tandas bilik.. mimie lebih suka tandas bawah..
ye ke? kenapa sayang cakap tak tengok abang? sayang dah tank sayang abang ke? sayang tengok lah abang kalau bercakap tu....
perlahan-lahan mimie memusingkan badannya.
betapa terkejutnya mimie melihat makhluk yang sungguh menyeramkan di hadapannya ketika itu..
merenung tajam sambil bersenyum seram melihatnya..
sayang... sambil ketawa hilai panjang...
tidak!!!!
mimie tergelincir dari tangga rumah ke bawah..
dengan pandangan yang kabur mimie melihat pintu rumah terbuka luas dengan lampu kereta yang masih terpasang.. melihat seseorang menuju ke arahnya..
suaminya memapahnya sambil menangis..
sayang!!! jangan tinggalkan abang.. ini semua salah abang.. abang tak patut bawa mimie ke sini...
faiz menangis dengan penuh kesal.
di suatu sudut yang lain di dalam rumah tersebut.. mimie melihat dengan jelas pelbagai rupa yang menakutkan melambai-lambai ke arahnya sambil menghilai panjang.. sehinggalah mimie menutup matanya serapat-rapatnya selama-lamanya...


1 minggu sebelum kejadian.

faiz ini adalah wasiat papa awak untuk mewarisi harta pusaka keluarga awak..
faiz menggenggam erat wasiat tersebut.. tapi ingat faiz.. sebagai orang yang telah lama dengan keluarga kamu.. saya nasihatkan jangan tinggal di rumah itu..  ucap peguam lukman sambil menepuk-nepuk bahu faiz..
faiz mengerti maksudnya..
tetapi di jauh sudut hatinya bertentangan dengan nasihat itu..



80 tahun lalu..

awak tidak layak untuk bersama dengan anak saya!
harta apa awak boleh beri kepada anak aku,sedangkan awak orang miskin!
 seluruh penghuni rumah agam terdiam mendengar kata-kata haji faris.
dengan tulang empat kerat inilah aku akan pastikan anak pak cik akan hidup walaupun tidak semewah mana.. asalkan sumber rezekinya halal..
haji faris ketawa besar mendengar kata-kata pemuda itu..
ayah..suzanna sayang dengan abang hazim.. izinkan lah kami bersama ayah..
ucap suzanna merayu dengan ayahnya..
pantas haji faris menendang suzanna dari kakinya.
anna! hazim menyambut badan suzanna yang terjatuh ke lantai.
walaupun saya tidak layak untuk anak pak cik, janganlah pak cik layan darah daging pak cik sebegini..
awak siapa nak masuk campur dengan cara aku mengajar anak aku!
aku tidak mahu melihat muka engkau lagi selepas ini,berambus engkau dari rumah ini!
tidak pak cik,aku tidak akan meninggalkan suzanna di sini dengan syaitan seperti engkau. hazim memapah suzanna yang sudah tidak sedarkan diri untuk keluar dari rumah tersebut.
bagai dirasuk hantu,haji faris menarik keris yang tersangkut di dinding rumahnya dan menusuk bertubi-tubi ke belakang hazim.. tusukan terakhir menyebabkan hazim terjatuh ke lantai bersama-sama suzanna.
allah.. hazim menahan sakit.. sebelum menghembuskan nafas yang terakhir..
aku bersumpah..tiada keturunan mu yang akan bahagia di dalam rumah ini...

TAMAT


KISAH BENAR : MENYERUPAI


hai.. hari ini saya ingin kongsikan pengalaman yang adik saya sendiri alami tak lama dulu (tahun lalu)
ketika itu adik ( dila) saya seorang diri di dapur. masa itu sudah petang nak masuk azan maghrib. keadaan dapur rumah berhadapan dengan gunung ganang. petang itu dila sedang cuci piring menghadap tingkap dapur, secara tiba-tiba terlihat adik (pika) berlari dari pokok pinang yang berhadapan dengan tingkap dapur kami ke arah  rumah uncle saya. dila memanggil 'pika' tetapi tidak dihiraukan oleh 'pika'.  dila pelik. lalu bertanyakan pada saya. si pika sudah balik kak?
belum lagi balik,mama belum hantar mereka.
dila diam dan memberitahu peristiwa yang dialaminya sebentar tadi.
saya lagi terdiam.
tidak lama selepas itu, 'pika yang betul' balik dengan mama saya.
untuk mendapatkan kepastian dila sekali lagi tanya dengan pika.
pika bukan tadi ko sudah balik ka?
mana ada,saya baru balik.
dari situ kami tahu apa makhluk itu.. yang menyerupai adik kami. jin dan syaitan yang berkeliaran di waktu senja.. allahwuallam...

Tuesday 26 February 2013

KISAH BENAR : LEBIH TERANG DARI LAMPU

REAL LIFE STORY

sebelum ini salah satu bilik di dalam rumah dijadikan sebagai ruang makan untuk makan dan meletakkan peti sejuk disebabkan ruang memasak sangat kecil.
kami 6 beradik tinggal di rumah yang hanya ada 3 bilik. dua bilik dijadikan bilik tidur dan satu bilik sebagai runag makan.
pada mulanya memanglah tiada masalah untuk kami 6 beradik berkongsi bilik
tetapi sudah meningkat dewasa,bilik terasa sempit untuk dikongsikan.
oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan bilik ruang makan untuk dijadikan bilik saya.
dipendekkan cerita.setelah seharian penat menyusun barang dan mengemas bilik. saya berhenti membersih walaupun bilik tersebut belum bersih lagi..
dalam hati saya,esok sahaja sambung mengemas. kerana terlalu penat,saya terus terlelap selepas mandi.
sudah pekat malam saya tersedar kerana badan saya tidak boleh digerakkan.
saya cuba bertenang dan cuba mengerakkan badan saya terutamanya ibu kaki.
tetap tidak bergerak lagi payah bernafas kerana seolah-olah saya ditindih dengan benda berat.
saya teringat kesan darah ikan yang belum saya bersihkan. mungkin makhluk itu terhidu bau darah ikan.
setelah puas berusaha mengerakkan badan saya cuba membuka mata tetapi tidak dapat.
mungkin sudah takdir mata saya terbuka juga selama sesaat sahaja dan saya terus pengsan.
esoknya saya terus membersihkan darah ikan yang masih berbekas di kawasan bekas peti sejuk.
makhluk yang saya lihat berbentuk bulat dan lebih terang dari terang lampu kalimantang.
ada yang katakan mahkluk itu 'burung' tapi saya sendiri pun tak tahu apa benda itu sampai sekarang..


Monday 25 February 2013

KISAH BENAR : DUA BUDAK MISTERI

REAL LIFE STORY

kisah ini,semasa kami sekeluarga baru sahaja berpindah ke komplex perumahan untuk kakitangan bukan mengajar di sebuah sekolah kerajaan di tambunan.
saya semasa itu baru sahaja tingkatan 1.
satu malam saya tidur di runag tamu rumah dan bersebelahan sahaja dengan adik.
tiada apa-apa perkara yang ganjil berlaku sepanjang malam itu. lagipun terasa seronok tidur di rumah baru. lebih selesa dari rumah lama khas untuk golongan kakitangan bukan mengajar.
jam menunjukkan jam 2 pagi saya terdengar suara kanak-kanak yang sedang bermain.
walaupun saya sedang menutup mata tetapi saya dengar dengan jelas dan rasakan seolah-olah saya seorang diri sahaja semasa itu tanpa merasakan kehadiran adik saya.
saya jadi pelik,saya di mana? pertanyaan yang terlintas di fikiran ketika itu.
lagi menghairankan saya rasakan saya bukan lagi di dalam rumah tersebut tetapi di sebuah tempat yang sangat luas.
suara budak bertambah kuat. bukan satu tetapi dua orang. dalam lingkungan 3 tahun. seorang lelaki dan seorang perempuan.
mereka bermain dengan gembira sambil mengelilingi saya.
seolah-olah saya boleh melihat mereka dengan jelas walhal saya yakin saya sedang menutup mata ketika itu. saya tidak takut hanya pelik dengan apa yang saya alami ketika itu.
wajah kedua-dua budak itu tidak menakutkan tetapi bila dilihat dari cara mereka berpakaian seolah-olah mereka dari zaman dahulu.
saya hanya membisu. tidak mengganggu keseronokan mereka bermain.
ingatan terakhir saya dengan peristiwa ini..
saya merasakan pinggang saya dipegang sesuatu yang sangat sejuk dan saya terus tertidur..


Sunday 24 February 2013

KISAH BENAR : MEMANDU KERETA DI KALA MALAM

REAL LIFE STORY



jam dah tunjuk jam 11 malam..
ruby menghantar seorang rakan balik kampung yang terletak jauh dari kawasan pekan.
tidak banyak rumah sepanjang perjalanan ke kampung sebut.. yang ada hanya lampu jalan untuk memudahkan pemandu memandu waktu malam. boleh dikatakan perjalanan ke kampung itu masih diliputi hutan walaupun sudah ada jalan raya.
setelah menghantar rakannya balik.
ruby pun memandu kereta Avanza miliknya meninggalkan kampung tersebut untuk balik ke rumahnya. 
semasa dalam perjalanan pulang..
ruby sedar seperti ada sesuatu yang mengikutinya dari belakang keretanya..
dalam kereta itu ruby dan seorang lagi rakannya bernama sabrina.
sabrina turut melihat 'benda' tersebut melalui cermin sisi kereta yang dipandu oleh ruby.
untuk memastikan apa benda yang mengikuti keretanya ruby mengurangkan kelajuan keretanya..
sabrina yang dari tadi kaku tidak sanggup untuk melihat benda tersebut telah menutup matanya dan cermin tingkap kerana terlalu takut..
ruby apa ko buat ni?! ucap sabrina dalam nada ketakutan.
ruby hanya diam menanti 'benda itu' mengekati cermin tingkap keretanya..
benda tersebut seperti mengerti lalu mendekati tingkap kereta ruby..
sepanjang perjalanan benda itu terbang seiring dengan kereta yang di pandu ruby dan
seketika kemudian benda tersebut terbang meninggalkan ruby dan sabrina yang dalam ketakutan.
gila ko nie ruby! sudah ko nampak benda 2 ko pelankan lagi kereta. ucap sabrina marah selepas sampai ke rumah.
yala.. tak kan nak pecut kereta dalam ketakutan.. nanti kemalangan. kita la ganti jadi hantu.
ucap ruby separuh bergurau.
sabrina ketawa walaupun marah masih ada.
esoknya sabrina ceritakan pada saya. semalam mama ko memandu dengan 'bola api'.. dari patau masa hantar kawan..




KISAH BENAR : BULAN API

REAL LIFE STORY



kak semalam saya nampak bulan dekat tingkap dapur masa saya nak pergi tandas. cantik kak.. warna oren terang.  sungguh-sungguh adik saya bercakap.
saya terdiam sekejap.
kebetulan semalam saya ada keluar ke beranda rumah..saya melihat bulan malam itu sangat cantik tapi bukan berwarna oren tapi warna putih..
jangan-jangan itu.. dalam fikiran saya..
tapi yang peliknya kan kak..masa saya di tandas macam bulan tu dekat sangat dengan saya.. dekat pokok belimbing.
di belakang tandas ada pokok belimbing kalau tengok dari tandas boleh nampak dengan jelas dahan2nya.
adik tambah lagi.. masa saya dalam tandas.. macam bulan tu tengok saya.. saya lama termenung tengok di luar tingkap tandas. macam dipukau.. dekat 1 jam baru say keluar dari tandas..
saya terus cakap dengan adik.. kamu tahu tak apa 2?
adik hanya mengangguk tak tahu..
itu benda 2.. adik..
benda apa kak? adik berkerut tanda masih tak faham..
itu balan2 adik.. orang semenanjung panggil penaggal..
adik sangat terkejut.. tak percaya tapi ada kebenarannya..
patutlah adik ada demam selepas peristiwa 2..
lagi menakutkan.masa adik saya nampak benda 2..
adik sedang datang bulan...

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...