Saturday 24 December 2016

KISAH BENAR : SUARA MENGILAI JAM 3

assalammualikum semua. wah.. dah lama rasanya tak post apa2 entry dalam blog ni.. ahaha.. banyak sangat berlaku.. sebab tu kot takk update2. okey.. macam yang saya tulis kat atas tu.. gini ya.. pernahkan alami kalau kita dah tidur seawal jam 11.00 malam dan secara spontan terbangun jam 2-3 subuh? pastu susah pula nak tidur balik.. bila nak tidur balik.. tiba2 nafas terasa berat dan tidak selesa.. ha.. memang pernah kan.. tu lah yang saya kerap alami suatu ketika dahulu dan baru2 ni.. yup.. seram tak? kalau nak cerita tahap keseraman dia.. ahaha.. dah macam2 suara boleh dengar.. seperti dekat sangat dengan kamu.. lagi bukan setakat suara mengilai.. kadang suara orang bercakap mcm manusia bercakap sesama.. kadang keberadaan makhluk Allah tu kita boleh rasa okey... kadang umpama kamu berada di dimensi lain sedangkan kamu sedar.. walaupun mata tu tutup.. mm.. tu boleh kita katakan.. kawasan rumah kita.. selalu ada 'rumah' makhluk Allah.. cumanya kita tak Nampak kan.. ha... saya pernah cuba lawan.. tak  nak peduli.. semakin kuat mengilai dan boleh rasa panas badan tu.. kalau sy terus melawan.. rasanya boleh keluar darah dari hidung.. tapikan setelah sekian lama.. apa yang boleh kita lakukan untuk elakkan atau mengurangkan alami semua ini.. cuci kaki dan baca la apa2 ayat Al-Quran.. baca ayat kursi.. kalau alami juga.. pertama harus bertenang.. sila gerakkan ibu jari kaki berulang2 kali sampai badan boleh bergerak.. dalam hati tu baca la apa2 ayat.. sebenarnya tidak menakutkan.. tetapi kadang kalau tidak kuat jantung tu berdebar2 kita tak tahan.. dah kan manusia dan makhluk Allah yang lain tu lain dunia.. kadang hijab pendengaran terbuka tu kita boleh rasa kehadiran dan dengar mereka.. sedangkan mereka memang hidup dengan manusia.. Allah lindungi kita dengan hijab sbb tiada manusia boleh tahan melihat kewujudan mereka.. itulah yang kebanyakkan orang2 berilmu cakap.. syukurlah Allah bagi Hijab.. okey.. sampai sini buat masa ni.. :)

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...