Wednesday 4 September 2019

JALAN TAMBUNAN KE KOTA KINABALU























Dunia ini penuh dengan misteri. Misteri yang begitu menarik untuk diceritakan. Tak kisahlah melalui pengalaman sendiri atau dari mulut-mulut manusia disekeliling kita. Takut? Seram? Pernah rasa tak? Seorang diri dalam rumah.. seperti sedang diperhatikan.. berdiri bulu roma tanpa sebab.. yakinlah semua itu bersebab.. hanya.. indra mata ini yang sudah berhijab.. tak mampu untuk manusia melihatnya secara jelas.. pernah.. suatu ketika.. saya dan bapa dalam perjalanan balik ke kota kinabalu.. hari sudah larut malam.. kereta sepanjang perjalanan berbukit bukau.. ditemani hanya cahaya bulan.. dan bunyi-bunyian hutan.. sekali sekala kereta dari arah bertentangan lalu.. beberapa ketika.. kembali sunyi.. hanya sendiri mata meliar memerhati kegelapan hutan simpan yang masih terpelihara keasliannya.. bapa memandu fokus.. sekali sekala.. meneguk air untuk hilangkan dahaga.. suasana yang tenang ini sudah tentulah saya.. penumpang di sebelah.. merasa tenang.. ketenangan itulah buat mata semakin lama semakin berat.. nak tidur.. berusaha semampunya untuk tetap berjaga.. tak berdaya nak lawan rasa mengantuk.. bapa dah tegur. Kalau nak tidur, tidur sahaja. Tapi.. dari dulu dah biasa.  Kalau jalan jauh ni.. tak elok pemandu seorang diri dan penumpang tidur. Risau pemandu mengantuk.. tiada yang nampak. Tapi bapa cakap. Bapa ok. Saya apa lah daya.. mata tak berdaya nak ditahan. Akhirnya terlelap juga. 

Entah. Beberapa ketika kemudian.. tersedar sendiri.. dengan keadaan mata yang masih samar-samar. Melihat ke arah jalan raya. Sepertinya ada sesuatu putih ditengah-tengah jalan raya. Kereta yang bapa pandu meluncur laju melewati makhluk putih tersebut. Saya hanya kaku dan diam. Melihat bapa masih fokus dalam pemanduan. Bapa tak suka dengan misteri-misteri inilah yang buatkan saya tak nak cakap apa-apa. Saya diamkan sahaja.. beberapa ketika selepas itu.. mata terasa berat lagi.. nak lelap.. nak tak nak.. saya sekali lagi terlena.. 

Tak lama tu.. saya terjaga lagi.. mata masih samar-samar.. saya sekali lagi terlihat mahluk Allah kali ini sedikit berbeza dari yang sebelum ini.. tak menakutkan.. tapi cukup.. membuktikan.. makhluk-makhluk ini.. wujud.. sekali lagi saya hanya diam.. tak cakap apa-apa.. nak bagitahu.. area ni masih lagi kawasan hutan simpanan.. perjalanan dari kampung halaman di Tambunan.. ke kota kinabalu.. siapa orang sabah.. atau orang kampung.. mesti tahu ni jalan.. 

Sekali lagi.. mata terus layu dan saya sambung terlelap.. sepanjang perjalanan terlelap dan terjaga masih dalam kawasan gunung ganang.. hutan simpan.. jika bau hutan dihidu.. akan hidu aroma hutan yang sangat tebal.. ada orang tak suka bau hutan.. tapi saya senang dengan bau hutan.. udaranya tu fresh sangat.. tapi saya tak suka masuk hutan.. sebab fobia dengan pacat dan lintah. Last masuk hutan masa sekolah menengah dulu. Program rumah sukan.. kami berkemah di gunung emas. Salah satu tempat berhenti yang sangat popular suatu ketika dulu untuk perjalanan dari kk ke tambunan. Di gunung emas ada chalet atas bukit.. keadaan chalet dihubungkan dengan jalan-jalan batu berlumut dan kedudukan satu chalet ke chalet yang lain seperti ranting pokok.. bayangkan je. Cantik.. lagi indah.. chalet2 ini dipayungi pohon-pohon yang besar merimbun.. dari jalan raya.. hampir tak kelihatan chalet2 ni.. ada anak tangga dari bawah untuk ke atas.. yang dibuatkan khas untuk ke chalet.. sekarang.. chalet itu dah jadi  chalet terbiar.. jalan masuk ke atas pun dah dipenuhi semak samun.. seram.. lagi rumah besar yang dulu selalu penuh dengan pemandu lori kayu balak yang membawa kayu balak dari area keningau ke kota kinabalu sudah tutup.. hanya yang tinggal sekarang satu kedai yang menjual makanan ringan dan tandas awal yang beroperasi sehingga kini.. kini gunung Alab kawasan persinggahan yang menjadi pilihan pengembara atau perantau untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke tambunan atau ke kota kinabalu..

lagi sepanjang perjalanan.. udara sejuk dan berkabus.. jalan ini kalau malam perlu berhati-hati.. sebab jalan ini dekat dengan hutan tebal.. yang masih terpelihara.. berbukit bukau lagi.. sangat sejuk

No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...