Thursday 25 October 2012

CERITA PENDEK : DEJA VU



Tiupan angin senja amat menyenangkan hati  aimi. Sawah padi yang terbentang luar di depan mata menambahkan suasana senja itu. aimi  menutup matanya untuk menikmati sepuas-puasnya suasana yang  jarang di rasainya di kota. Setelah hampir lima tahun hidup di kota,aimi mengambil keputusan untuk  menetap di kampung halamannnya untuk menabur bakti  di sekolah kampung  sebagai  seorang cikgu.
aimi melihat gelagat anak-anak kecil yang bermain guli di depan rumah pusaka ayahnya sambil tersenyum.aimi  teringat kepada masa silamnya yang suka bermain guli dengan sepupu-sepupunya.telah lima hari aimi di kampung tersebut dan sudah  boleh menyesuaikan diri dengan cara hidup di kampung walaupun pada awalnya aimi tidak biasa dengan bunyi ayam di waktu pagi.
Aimi. Suara halus mengejutkan aimi dari masa silamnya. Aimi melihat sekeliling mencari punca suara tersebut.  Serta merta bulu tengkuk aimi berdiri.Aimi  segera masuk ke dalam rumah.  Aimi ke dapur,ibunya sedang menyediakan makan malam.  Ayam golek dengan nasi kerabu. Kegemaran aimi.
Aimi kenapa tidur di luar nak,dah senja tak baik anak dara di luar,masuk cepat. Aimi terkejut.sepantas kilat matanya terbuka. Melihat sekeliling,aimi bingung. Bukan sebentar tadi dirinya sudah masuk ke dalam rumah.  Ibunya sedang memegang bahunya. Aimi  memberi senyuman kepada ibunya lalu berlalu ke dapur. Sampai ke dapur, Aimi membuka tudung saji dan terkejut melihat ayam golek dengan nasi kerabu seperti yang di lihatnya sebelum ini. Bezanya ibunya sudah selesai masak.
Selesai makan malam,aimi menolong ibunya mengemas meja. Sepanjang malam tersebut aimi tidak dapat lelapkan mata memikirkan perkara yang berlaku petang itu. Setelah memaksa matanya untuk tutup barulah aimi terlelap. Aimi.suara halus itu menyedarkan aimi dari tidur. Dalam keadaan mamai,aimi melihat sekeliling.aimi terkejut dia bukan di biliknya. Keadaan sekeliling yang gelap gelita menakutkan aimi di tambahkan lagi dengan bayangan hitam yang seperti hendak menangkapnya.Aimi bingkas berdiri,dalam keadaan takut aimi berlari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Setelah lama berlari,aimi melihat cahaya lalu pergi kepada cahaya itu.
Laungan azan subuh mengejutkan aimi dari tidurnya. Aimi melihat sekeliling,dia dalam biliknya. Muka aimi berpeluh seperti orang yang baru berlari seratus meter. Jantung aimi berdegup dengan cepat belum reda walaupun sudah terjaga. Pagi itu muka aimi pucat. Aimi meminta kebenaran dari pihak sekolah untuk mengambil cuti.
Hampir setiap malam aimi mimpikan perkara yang sama berulang-ulang kali. Aimi bingung sendiri. Tetapi aimi tidak ceritakan kepada sesiapa perkara yang di alaminya. Sehinggalah pada suatu malam. Setelah selesai makan malam. Aimi menonton televisyen,rancangan kegemarannya CSI. Setelah habis melihat CSI.Aimi bingkas bangun lalu ke biliknya untuk tidur. jam menunjukan pukul 12 malam. tidak lama kemudian aimi seperti dalam dua dimensi,aimi melihat seseorang sedang berjalan ke arahnya memegang pisau lalu menikamnya di perut. Pantas darah mengalir deras dari perutnya yang di tikam. Dalam keadaan parah,aimi berlari untuk menyelamatkan dirinya. Aimi menoleh belakang  tak sedar dirinya sudah berada di atas jalan raya. aimi menoleh ke depan sebuah kereta datang ke arahnya lalu aimi melambai tangannya untuk mendapatkan pertolongan. Kedengaran brek kereta yang amat kuat.
Aimi tersedar dari tidurnya. Seperti malam-malam yang lain,badan aimi penuh dengan peluh seperti baru habis berlari seratus meter. Mimpi lagi,bicara aimi dalam hatinya.Jam menunjukkan jam7 pagi. Tidak seperti pagi-pagi yang lalu,pagi itu kedengaran suara dari ruang tamu. Aimi membuka pintu dan melihat sanak saudaranya berkumpul di ruang tamu. Aimi tersenyum melihat sepupu-sepupunya yang telah lama tidak di temuinya. Aimi melihat ibunya lalu pergi ke arah ibunya. Belum sempat aimi mendapatkan ibunya,mata aimi tertumpuh pada jasad yang tertutup rapi di letakkan di tengah ruang tamu rumahnya. jantung aimi seperti berhenti.  Aimi melihat wajah ibunya menahan air mata dari keluar. Aimi melihat sekeliling,tiada seorang pun yang menegurnya.
Tidak lama kemudian,seorang imam sampai ke rumah dan memandang sekeliling rumah dan pandangan mata itu terhenti pada arah aimi berada. imam tersebut memberi salam lalu masuk ke dalam rumah itu.  Ini adalah peluang terakhir untuk ahli keluarga terdekat untuk memberi ciuman yang terakhir sekali untuk jenazah ini sebelum di mandikan. Aimi melihat ibunya sudah tidak boleh membendung lagi air matanya lalu mengalir laju. Aimi ingin berlari ke arah ibunya tetapi seperti  ada sesuatu yang menghalangnya untuk bergerak.
Imam tersebut memandang ke arah aimi sekali lagi,aimi mulai tidak sedap hati. Imam tersebut perlahan-lahan membuka  kain yang menutupi jenazah tersebut. Sementara itu jantung aimi turut berdebar-debar seperti sesuatu yang tidak disangka berlaku. Suasana hiba bertambah  sedih. Aimi terjatuh ke lantai,seperti tidak percaya apa yang di lihatnya. Jasadnya sedang terbaring  di tengah rumah tersebut. Kedengaran tangisan kecil dari ibunya. Aimi,kenapa tinggalkan mak,nak. Ibu yang sepatutnya pergi awal dari aimi. Ibu aimi bercakap sendiri,menimbulkan suasana hiba di kalangan sanak saudara dan rakan-rakan aimi yang hadir.
Aimi  terduduk lemah.seperti tidak percaya apa yang baru sahaja dilihatnya. Aimi serta merta  teriak dengan tangisan yang sedih.hanya Imam itu sahaja yang mendengar tangisan aimi. Dengan air mata yang mengalir deras,Aimi menutup matanya,mengimbas kejadian semalam.selepas ditikam aimi  berlari menyelamatkan diri  sebelum  dilanggar kereta,dalam keadaan parah aimi melihat keadaan sekeliling semakin kabur dan kabur…
Astagfirullah aimi,mengucap nak. Ibu aimi puan amira menepuk lembut bahu aimi. Serta merta aimi bangun mengejut. dalam keadaan berpeluh dingin aimi melihat sekeliling,aimi berada di dalam bilik wad. Aimi melihat ibunya di sebelahnya melihatnnya dalam keadaan cemas. Aimi pantas memeluk ibunya seperti lama tak berjumpa.Ibu aimi  seperti tidak percaya aimi sedar semula. Aimi sayang dengan ibu. Aimi janji takkan tinggalkan ibu lagi selepas ini ibu. Air mata aimi mengalir deras.ibu aimi turut memeluk erat satu-satunya anak perempuannya sambil  turut menangis. Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila anaknya yang telah 1 tahun koma kerana diragut dan dilanggar kereta secara tidak sengaja semasa balik dari kerja akhirnya sedar semula.
Doktor yang memeriksa aimi turut terkejut aimi sedar semula,sedangkan doktor pakar otak telah memutuskan aimi takkan sedar semula.ibunya telah diberi pilihan untuk menamatkan riwayat aimi.aimi dikatakan tiada peluang untuk sedar semula akibat daripada hentakan kuat di kepala aimi semasa di langgar kereta.  TAMAT

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...