Monday 28 August 2017

CERITA PENDEK: KISAH RICHALLOW

Bagiku, semua ini hanyalah halusinasi biasa kesan dari ubat hospital yang sudah menjadi rutinku sejak dua tahun lalu, apabila secara tiba-tiba aku diognasis menghadapi penyakit misteri yang aku sendiri tidak faham.

Aku rindu kehidupanku yang penuh warna dan bebas berlari dan berjalan di sekeliling kawasan rumah  yang dihiasi bunga yang pelbagai jenis dan warna dan berhadapan dengan pantai Hawai. Sekarang, aku hanya mampu melihat keindahan tersebut di tingkap berbentuk empat segi dari bilikku, kadang aku meronta ingin keluar, tetapi ibu bapaku bertegas untuk memastikan kesihatanku terjamin dan keselamatanku yang merupakan satu-satunya anak perempuan dan pewaris kekayaan warisan keluargaku.

Aku linda, cucu tunggal Baron Richallow yang membuka kawasan ini semasa misi penjelajahan dan penerokaan laut 500 tahun dahulu. kini, aku lebih banyak mnghabiskan masa dengan buku dan pembantu rumahku yang sentiasa menemaniku. Tetapi hari demi hari, dengan harapan untuk sembuh yang besar, malah aku merasakan tubuhku semakin lemah dan sampaikan suatu ketika, makan dan minum tidak mampu aku lakukan sendiri. Aku rasakan diriku sangat lemah. Ibu bapaku pula kerap mengembara bagi memastikan perniagaan keluarga berkembang. Kepercayaan diserahkan sepenuhnya kepada pembantu rumah yang sudah bersama dengan keluargaku dari satu generasi ke generasiku. Aku berkawan rapat dengan seorang pembantu rumah yang sebaya umurku, Maria.

Maria akan selalu membangunkan aku untuk sarapan dan makan ubat yang diberikan oleh doktor keluargaku, aku banyak habiskan masa dengannya. Malah, Maria selalu menceritakanku hal-hal yang sedang hangat diperkatakan di kota. Salah satunya adalah, kedatangan seorang doktor muda dari London yang membuka klinik kecil umtuk menawarkan pemeriksaan kesihatan dan merawat penyakit yang dialami penduduk kota kecil di Hawai.

Mendengar kehadiran doktor muda itu, memberikan satu harapan kepada diriku untuk sembuh dari penyakit misteriku. Aku mengatakan hasratku untuk berjumpa dengan doktor muda yang digelar sir Lennon James. Maria pada mulanya, berat untuk sampaikan hasratku kepada doktor muda tersebut, tetapi setelah aku bertegas untuk berjumpa, Maria akur. Setelah beberapa hari, Maria membawa berita gembira dan doktor Lennon sudi berjumpa denganku pada tengah malam. Saat semua penghuni rumah agam keluargaku sudah lena dibuai mimpi, pintu bilikku perlahan-lahan dibuka, aku tersedar dari tidurku dan aku melihat Maria dan doktor muda sir Lennon James. Aku hanya memberikan senyuman simpul kerana kesan ubat masih terasa yang menyebabkan diriku tidak bertenaga. Doktor lennon dan maria bercakap dan seolah berbisik dan aku tidak mendengar dengan jelas perbualan antara mereka. Setelah selesai bercakap dengan maria, doktor Lennon menuju ke arahku dengan beg kulitnya yang aku agak, beg doktor kerana doktor keluargaku juga mempunyai beg yang sama bentuknya. Lennon mula memperkenalkan dirinya dan aku hanya mengangguk lemah. Doktor Lennon meminta izinku untuk memeriksaku seperti apa yang doktor keluargaku lakukan setiap kali melawatku untuk menambah bekalan ubat bagi mengurangkan kesan penyakit misteri yang menyebabkan aku berhalusinasi teruk dan jika terlambat memakan ubat, akan membahayakan diriku.

Doktor Lennon setelah seketika, mengeluarkan sesuatu dari begnya dan mengeluarkan buku catatan kecil dan menulis sesuatu dengan panjang yang aku sendiri tidak tahu ayatnya. Setelah itu, doktor Lennon bercakp dengan Maria tentang sesuatu. Maria kelihatan kaget dan teragak-agak, aku hanya melihat tingkah laku mereka berdua dengan ekor mataku. setelah lama bercakap, Maria perlahan-lahan keluar dari biliku. aku melihat Maria berlalu dan doktor Lennon pula berjalan mendekati katilku.

Apakah kamu mengalami penyakit ini sejak kecil cik Linda?

Persoalannya menyebabkan aku membisu dan perlahan-lahan aku gelengkan kepala. setiap soalan yang ditanya, doktor lennon catatkan dalam buku kecilnya. aku hanya bergerak lemah di katilku. Setelah itu, Dr Lennon meminta diri untuk kembali ke kedainya. Perlahan-lahan mata aku tertutup.

Aku hanya sedar apabila matahari pagi bersinar masuk ke biliku di celah-celah langsir biru lembut. Setelah pertemuan dengan Dr. Lennon seperti ada aura yang memberikanku kekuatan dan malah aku rasa bertenaga. Aku melihat sekeliling bilikku, aku tidak menemui Maria. Aku melihat jam di dinding, ah, sudah lewat. Selalunya subuh lagi, Maria akan ke bilikku untuk bangunkanku untuk memberikan sarapan dan ubat. Pagi ini, aneh kerana Maria tiada dan bila aku memanggil-manggil dari dalam bilikku, tiada seorang pun yang menjawab. Aku mulai risau. Dengan gagah aku bergerak perlahan-lahan ke pintu bilikku. Walaupun sakit misteri itu masih terasa sakitnya, aku gagahkan kakiku untuk melangkah. Apabila aku sampai ke depan pintu bilikku, aku mendapati ada sesuatu yang menghalang. Aku berusaha untuk mengalihkan halangan tersebut tetapi hampa. Aku berehat seketika, dan setelah yakin aku sudah mempunyai tenaga untuk menolak, aku menolak dengan sekuat hatiku.

(teriak bergema diseluruh kawasan rumah keluargaku).

Aku pucat melihat Maria berdarah dengan kesan koyakkan di seluruh tubuhnya yang sudah tidak berbentuk manusia, aku terduduk dan melihat kakiku terpijak darah Maria yang sudah hitam dan likat. Aku panik dan gementara. otakku kosong. Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, aku berlari dari tingkat atas ke bawah, melihat tiada sesiapapun dalam rumah. Aku binggung, selalu hari biasa, rumah agam keluargaku tidak pernah sunyi, aku selalu mendengar ketawa dan gurau senda penghuni rumah keluaraku dan sekali sekala, suara ibu bapaku. Aku terus berlari ke luar rumah dan tidak kelihatan tukang kebun yang selalu melambaikan tangan ke arahku yang hanya memerhati dari jendela. Aku binggung dan terduduk di belakang pintu rumah agam keluargaku.

Apa yang sebenarnya terjadi..!!!

Aku memicit-micit kepalaku dan pengsan. Aku terjaga apabila, hujan menyentuh tubuhku, dengan perlahan-lahan aku membuka mataku dan melihat hari sudah malam. Aku yang masih mamai melihat sosok tubuh yang seperti aku kenal dan membangunkanku. Apabila aku sudah celik,

Dr. Lennon. !!!

Pantas aku memeluknya erat dan menangis. Dr. Lennon hanya membisu dan apabila tangisan aku mulai redah, Lennon menolakku lembut dan membawa aku masuk ke dalam rumah agam keluargaku. Pada mulanya aku menolak, tetapi setelah dipujuk dan diyakinkan oleh Dr. Lennon, aku mengikut langkahnya ke dalam rumah. Aku melihat rumah agam tersebut bercahaya dan apabila melangkah, Aku melihat ibu bapaku,Maria dan seluruh pengguni rumah agam di ruang tamu. Mereka semua melihatku. Ibu bapaku berpegang tangan dan Maria hanya melihatku, bersama pembantu-pembantu yang lain. aku binggung dan Dr. Lennon menyuruhku duduk.
 
Miss linda, sila bertenang. tutur lembut dr.lennon.

Di meja tea buang rose yang hangat terhidang dan spontan aku menghirupnya. Beberapa seketika, aku mulai tenang. Dr. Lennon duduk betul-betul dihadapanku dan memerhatiku sepertinya ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Aku masih cuba untuk bertenang dan setelah melihat aku tenang, Dr. Lennon mulai bercakap,

kita ini sama Miss Linda.

Dr. Lennon mengatakan sesuatu yang membuatkan aku mulai resah dan tidak mengerti.

Miss linda tidak mempunyai penyakit misteri.. miss linda sihat sahaja secara perubatan moden. tetapi yang membezakan miss linda dan saya, kita boleh melihat benda yang orang biasa tidak akan lihat.

Aku mulai rasa udara hangat berubah menjadi sejuk disekelilingku. Aku melihat teh bunga rose yang aku minum berubah menjadi hitam dan cawan yang cantik tadi bertukar menjadi cawan retak yang sudah lama tidak pernah digunakan. Aku pantas membuang cawan tersebut dan bila aku mengangkat kepalaku, aku melihat ibu bapaku, Maria dan seluruh pengghuni rumahku berubah menjadi sosok hodoh yang boleh dikatakan hantu.

Aku pantas berdiri dan ingin berlari tetapi pantas Dr. Lennon memenang tanganku. aku cuba untuk mencakar Dr. Lennon tetapi pantas, Dr. Lennon menampar mukaku. aku cuba untuk berlari tetapi Dr.lennon pantas memegang kedua-dua tanganku teriak kepadaku.

Miss linda!!! hanya kamu yang boleh bebaskan roh-roh keluargamu dan penghuni rumah agam ini!!!

Suara teriakan Dr.Lennon menyebabkan aku berhenti meronta. Apabila melihataku tidak bergelut untuk lepaskan diri, Dr.Lennon dengan lembut, cuba ingat kisah yang berlaku dua tahun dahulu. aku cuba ingat tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangku dari mengingati. Dr. Lennon tidak berputus asa dan seperti menghipnosisku dan aku hanyut kepada memori yang cuba disembunyikan oleh minda sedarku.

Linda.

Mendengar namanya dipanggil dari bawah, linda bergegas keluar dari biliknya dan ternyata itu adalah panggilan dari ibu bapanya yang baru kembali dari berdagang ke Eropah. Linda walaupun ketika itu berusia berusia 20-an, masih manja, sehinggakan ibu bapanya berfikir, sudah pantaskah anak perempuannya itu bergelar isteri. rata-rata gadis seusianya sudah banyak yang berkahwin. tetapi lain dengan Linda, Linda berkeras tidak ingin berkahwin dan masih ingin menikmati kehidupannya sebagai gadis remaja, yang bebas tetapi berabad. lahir dari keluarga bangsawan tetapi, Linda tetap lemah lembut dan sudah banyak keluarga bangsawan lain yang ingin menjadikan Linda menantu tetapi ditolak lembut oleh Linda.

Tetapi disebalik keengganan Linda untuk berumah tangga bagi memastikan keturunan mereka berkembang, telah menyebabkan sumpahan 500 keluarganya. perjanjian datuknnya dengan syaitan bagi membantunya menyebarkan kekuasaan di kawasan hawai yang ketika itu, dipenuhi oleh suku-suku tempatan yang masih menebal amalan-amalan mistik. Dengan perjanjian berdarah tersebut, datuknnya mendapatkan kuasa mistik yang menyebabkan beribu suku tempatan mati dan menyelamatkan diri ke bahagian gunung ganang dan tidak kelihatan sehinggalah datuknya mati, perjanjiannya,

gadis sunti yang genap berusia 20 tahun, keluarga baron richallow, wajib bernikah dan anak pertama mereka akan dijadikan korban dan begitulah sehingga ke generasi Linda. Tetapi disebabkan keengganan Linda untuk berkahwin, kasih sayang ibu bapa Linda telah berusaha untuk menghapuskan sumpahan keluarganya tetapi tidak berjaya, hari demi hari, sumpahan tersebut membunuh satu demi satu penghuni rumah agam tersebut. Linda menyaksikan setiap siri pembunuhan di rumah tersebut dan menjadikan mindanya tidak siuman. Tetapi entah bagaimana Linda boleh hidup dua tahun dalam rumah tersebut dengan imaginasi-imaginasi ciptaannya.

Dr. lennon masih tidak mampu memberikan kenyataan. ubat-ubat yang di makan oleh Linda adalah daun-daun pokok. Dr.Lennon pada malam datang ke rumah tersebut, sedikit terkejut tetapi disebabkan kebolehannya untuk melihat mistik sejak kecil, hanya diam sahaja. Itu sebabnya Linda tidak bermaya, kerana kekurangan protein dan vitamin dalam badan. Pada malam, Dr. lennon datang, Dr. Lennon memberikan suntikan protein dan vitamin kepada Linda. Hal itu juga yang menyebabkan Linda nyenyak tidur.
 
Linda mendengar sayup-sayup namanya dipanggil dan tersedar dengan Dr. Lennon disisinya.
 
Linda melihat sekeliling, ternyata rumah agam yang dulunya indah sudah mulai berdebu dan kerosakan di sana sini. Linda menangis dan melihat roh-roh penghuni rumahnya yang turut bersedih. terseksa apabila terperangkap di rumah agam tersebut tidak dapat ke mana-mana. Linda dengan linangan air mata menuju ke bilik bawah tanah keluarganya. Membuat keputusan yang perit tetapi terbaik bagi membebaskan roh-roh yang teraniaya. Setelah berbisik dengan Dr. Lennon, Linda bergerak perlahan-lahan dan sepertinyaDr. Lennon tidak percaya dengan keputusan yang diambil oleh Linda. Tetapi dengan tegas, Linda ingin teruskan dan Dr. Lennon akur dengan keputusan Linda.

Sebelum Linda masuk ke satu bilik misteri di bawah tanah, Linda memberikan pandangan sayu kepada Dr. Lennon dan sepertinya berterima kasih atas usaha Dr. Lennon untuk sedarkannya dari dunia halusinasi yang dicipta untuk melindunginya dari realiti. setelah itu, Linda perlahan-lahan menutup pintu di bawah tanah.

Dr. Lennon jelas melihat bayangan mengerikan di belakang linda dan Dr.lennon dikejutkan dengan dentuman guruh yang kuat di luar rumah tersebut. Kedengaran dinding rumah agam tersebut merekah dan mulai runtuh. Dr. lennon pantas ke ruang tamu dan melihat satu persatu roh-roh tersebut berubah menjadi cahaya dan hilang. Dengan keadaan rumah yang mulai runtuh, Dr. Lennon pantas ke luar rumah dan menjadi satu-satunya saksi yang melihat berakhirnya pengaruh dan keturunan baron Richallow di hawai. Linda juga tidak ditemui apabila usaha-usaha pembersihan dilakukan di tapak runtuhan rumah agam tersebut.

Dr. Lennon sejak itu, kembali ke London dan beberapa tahun kemudian, kali terakhir dilihat di belakang rumahnya. Hanya buku dan catatannya yang dijumpai selepas beberapa hari. Jiran-jiran tidak tahu kemana Dr. Lennon menghilang.

tamat

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. tidak berkaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau sudah tiada. -Admin Novel Maya

Nasihat
1. Berlindung dengan nama Allah S.W.T
2.Hanya Allah S.W.T sebaik-baik pelindung kepada Manusia.

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...