Saturday 6 June 2015

PUNCA GEMPA BUMI BERLAKU DI SABAH YANG BERPUSAT DI KAWASAN RANAU - GUNUNG KINABALU

Assalammualaikum. Saya memisahkan artikal ini dari artikal GUNUNG KINABALU TIDAK SEPERTI DULU. Saya akan berikan punca-punca yang menyebabkan gempa bumi secara fakta dan berkaitan dengan kepercayaan orang tempatan Sabah dan dari sudut agama Islam. Punca yang akan saya kongsikan di sini memerlukan kajian lanjutan. Oleh itu, fakta ini tidak boleh dipercayai 100%. Fakta ini boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan terperinci sebab berlakunya gempa bumi di Sabah yang memberikan kesan mendalam dalam Sejarah tempatan Sabah dan Negara Malaysia.


PUNCA PERTAMA
 
LETUSAN GUNUNG SINABUNG

Gunung Sinabung adalah gunung berapi yang terletak di kawasan Tanah tinggi Karo, Kabupaten, Sumatera Utara, Indonesia. Gunung ini tidak pernah tercatat meletus sejak tahun 1600. Gunung ini pertama kali aktif pada tahun 2010 dan berlarutan sehingga  tahun 2014. Letusan terbaru berlaku pada tahun ini. 03/06/2015. 1 hari sebelum gempa bumi berlaku di Sabah. Terdapat teori yang bahawa pergerakan bawah tanah gunung berapi yang mula aktif di gunung sinabung penyebab gempa bumi di Sabah. Selain itu, kesan gempa bumi menyebabkan berlaku runtuhan serius di puncak gunung kinabalu yang menyebabkan perubahan kepada view gunung kinabalu.


Novel maya



PUNCA KEDUA
 
PERLAKUAN TIDAK SENONOH PELANCONG ASING DI PUNCAK GUNUNG KINABALU
 
Seperti masyarakat yang ada di dunia ini, Sabah sangat berpegang dengan pantang larang yang diturunkan dari generasi lalu sehingga kini. Menurut sumber yang boleh dipercayai. Gunung Kinabalu adalah kawasan suci yang memerlukan para pendaki gunung memahami pantang larang sebelum mendaki gunung. Bukan sahaja di gunung kinabalu, gunung-gunung di dunia ini, seperti gunung himalaya, gunung everest turut mempunyai pantang larang yang harus diikuti oleh pendaki. Oleh itu, tiada beza dengan gunung kinabalu. Menurut pengalaman mereka yang sudah pernah mendaki gunung kinbalu. para malim akan memberikan serba sedikit maklumat tentang pantang larang sebelum mendaki. Antara pantang larang ialah, tidak boleh celupar (sebab para pendaki tidak biasa di kawasan tersebut. macam juga kita, kalau pergi rumah orang, kita jaga mulut untuk menghormati tuan rumah), tidak boleh bawa makanan yang mempunyai bau tajam seperti ikan masin dan buah seperti limau, bawang dan mempunyai niat yang bersih semasa mendaki. Oleh itu, pantang larang ini mungkin boleh diterima oleh orang asia tetapi ianya berbeza dengan perspektif masyarakat Barat yang sekian lama dibrain wash dengan konsep LOGIK. Mereka tidak akan percaya dengan apa-apa teori tanpa fakta dan bukti. kerana bagi mereka, sesuatu yang benar dan boleh dipercayai apabila boleh dilihat dan disentuh. Oleh itu, mreka tidak akan percaya dengan perkara yang mereka tidak boleh rasa dan sentuh. hal ini sangat bertentang dengan rukun Islam yang mengajar umatnya yakin dengan alam lain selain alam manusia. Dari pandangan ini kita boleh terokai minda mereka, mengapa mereka sangat berani melakukan perlakuan tidak senonoh di atas gunung kinabalu. Pada hari kejadian, 30 mei 2015, para pelancong asing ini yang berasal dari Kanada mendaki gunung kinabalu. sampai di puncak gunung kinabalu, mereka membuka baju dan bergambar bogel di atas gunung. Perkara ini sudah dilaporkan kepada pihak taman gunung kinabalu oleh malim yang bertanggungjawab membawa kumpulan pelancong ini. tetapi mungkin tiada tindakan susulan yang diambil. Hal ini hanya dibongkarkan apabila Gunung Kinabalu yang sebelum ini diistiharkan gunung berapi mati (tidak aktif) runtuh buat kali pertama selepas beribu tahun diistiharkan MATI. Warga tempatan yang mengetauhi hal ini, banyak menyalahkan perlakuan tidak senonoh pelancong sing menyebabkan AKI (dipercayai penjaga gunung kinabalu) sangat marah dengan perlakuan tidak senonoh tersebut yang mencemarkan kawasan suci itu. Sebagai orang Islam, setiap yang berlaku adalah rancangan Allah, orang islam wajib percaya apabila Allah katakan "KUN' maka jadilah. Punca ini adalah salah satu sebab yang dipercayai menyebabkan puncak gunung kinabalu runtuh.












Gambar 2: Perlakuan tidak senonoh pelancong asing di Puncak gunung Kinabalu


Novel Maya

























Gambar 3: Imej misteri di kawasan runtuhan gunung Kinabalu. kalau dilihat seperti wajah orang sedang sedih. Sebenarnya, imej misteri ini bukan gambar pertama yang pernah ditangkap oleh orang. Sebelum ini, ada beberapa gambar lama yang diambil oleh para pendaki gunung kinabalu penampakan imej misteri dalam gambar. gambar-gambar tersebut diambil sebelum wujud kamera digital, photoshop.


Novel Maya

























Gambar 4: Awan misteri berbentuk kaki raksasa di puncak gunung kinabalu.


PUNCA KETIGA

AMARAN DARI ALLAH KEPADA MANUSIA

Sebagai orang Islam, setiap musibah yang menimpa ada hikmahnya. Oleh itu, kita harus yakin semua ini adalah takdir yang Allah turutkan kepada manusia untuk ingat dan tidak lalai dengan hal dunia. Allah sentiasa rindu dengan manusia. Doa manusia kepadanya. Mungkin sahaja yang berlaku adalah untuk menyedarkan manusia bahawa kita sudah lalai dari mengingati Allah tuhan yang Maha Esa. Selain itu, boleh juga adalah petunjuk kepada manusia untuk bertaubat. Sebagai manusia yang sentiasa berdosa, Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada mereka yang ingin berubah. kadang kala Allah ingin sedarkan manusia adalah melalui dugaan untuk menyedarkan manusia. melalui kesusahan, manusia akan kembali kepada Allah. kerana semasa senang belum tentu manusia akan mendongok kepala ke atas untuk bersyukur dan ingat Allah. Seterusnya, mungkin sahaja gempa bumi yang berlaku untuk ingatkan manusia, usia bumi semakin tua, banyak kerosakan yang berlaku kepada alam sekitar dan sebagai tanda kecil untuk tiba hari kiamat. semua manusia akan mati tetapi mati dalam keadaan husnul khotimah itu lebih baik dari mati mengejut tidak sempat bertaubat. Oleh itu, kita boleh berfikir bahawa semua ini adalah hidayah yang Allah berikan kepada manusia yang berfikir. Sekian buat masa ini.. sambungan saya akan berikan di post akan datang. semasa saya karang artikal ini, usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di gunung kinabalu masih diteruskan. Assalammualaikum dan selamat malam.


























PERISTIWA 5 JUN 2015 - GUNUNG KINABALU TIDAK SEPERTI DULU

Assalammualaikum. Banyak pihak memberikan pelbagai pandangan dan pendapat tentang gempa bumi yang berlaku di Sabah. Ada positif dan banyak juga Negatif. Sebagai orang Sabah, peristiwa ini sangat memberikan kesan yang mendalam kepada saya. Saya akan kongsikan detik-detik cemas yang saya alami sendiri pada hari gempa bumi berlaku di Sabah. Pada 5/06/2015 (Jumaat) Seawal jam 7 pagi, saya terjaga dari tidur apabila rasakan goncangan yang kuat. Saya masih tidak tahu sedang berlaku gempa bumi sebab tiada pengalaman dengan situasi gempa sebelum ini. Tetapi apabila keluar di laman rumah, jiran semua keluar dari rumah ke jalan raya. Ada yang menangis dan ada yang bertanya tentang perkara yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Melihat keadaan sekeliling, keadaan panik jiran, saya sedar. Bukan rumah keluarga mahu runtuh tapi baru sebentar tadi berlaku gempa bumi. Selepas sedar gempa bumi berlaku, saya terus membuka whatapp dan facebook dan berita di tv. Di facebook, satu demi satu status timbul tentang gempa bumi. Saya turut kongsikan kepada rakan di facebook, pengalaman gempa bumi yang berlaku di kawasan tempat tinggal saya. Saya ingatkan gempa hanya berlaku di kawasan tempat tinggal saya sahaja kerana berdekatan dengan laut. Sangkaan awal saya, akan berlaku tsunami. Tapi setelah tengok status-status yang dikongsikan rakan di dalam Facebook, rupanya seluruh kawasan Borneo merasakan gegaran tersebut. Saya terdiam sebentar. dalam fikiran., Ya, Allah.. apakah engkau ingin memberikan amaran kepada kami.. Timbul rasa gerun di hati kerana mula terbayangkan peristiwa Aceh ditimpa Tsunami sebelum ini. saya terus kongsikan kepada rakan dan mereka turut kongsikan info yang mereka dapat dari rakan mereka.

Di bawah ialah info yang diperolehi selepas gempa berlaku.


Novel Maya









































Gambar 1 : Kekuatan gempa bumi yang berlaku di Sabah pada hari jumaat 5/06/2016. Kekuatan gempa bumi dalam skala sederhana. 



Novel Maya






































Gambar 2: Kawasan yang menerima gegaran kuat dan punca gempa bumi. Kawasan ini ialah kawasan Gunung Kinabalu,

Pada mulanya, saya tidak sangka gempa bumi yang berlaku adalah gempa bumi darat. tetapi setelah melihat kawasan yang menerima gegaran kuat adalah di gunung kinabalu. saya tidak terfikir akan ada mangsa gempa bumi. tetapi semuanya berubah apabila ada perkongsian dari rakan di whatapp dan facebook. Ada pendaki yang terperangkap di gunung kinabalu, Laporan awal mengatakan 89 pendaki hilang dan belum dikesan. Disebabkan kawasan yang menerima gegaran kuat di kawasan gunung kinabalu, secara automatik kawasan Ranau adalah kawasan yang terjejas teruk ekoran gempa yang berlaku. Banyak bangunan, kedai dan rumah rosak. Tetapi syukur jalan raya tiada yang rosak akibat gegaran tersebut. Oleh itu, tidak berlaku masalah perhubungan kepada orang ramai yang menggunakan jalan tersebut untuk ke Kota Kinabalu dari Sandakan, Tawau, Lahad datu, Semporna, Sipitang dan kawasan Pantai Timur yang lain.


Novel Maya







































Gambar 3; Cermin BSN, Ranau yang pecah disebabkan gempa bumi.


Novel Maya







































Gambar 4: Keadaan kedai runcit di pekan Ranau selepas gempa bumi berlaku.



Novel Maya







































Gambar 5: Kawasan-kawasan di Sabah yang merasakan tempias gempa bumi yang berpusat di Ranau. Hampir seluruh kawasan di Sabah merasakan gegaran. Info yang diperolehi dari saksi tempat kejadian. Mereka di kawasan tersebut dan rasakan gegaran itu sendiri.







Novel Maya


Tidak lama selepas rakyat Sabah dikejutkan dengan gempa bumi. sekali lagi dikejutkan dengan keadaan gunung Kinabalu yang berubah. Semasa gegaran berlaku, batu bata di kawasan puncak gunung Kinabalu jatuh yang menyebabkan banyak pendaki dan malim gunung yang berada di puncak terperangkap dan tidak boleh keluar. selain itu, terdapat pendaki dan malim gunung yang cedera semasa gegaran berlaku. Info yang diperolehi dari rakan-rakan yang tinggal di ranau. Setelah itu, ramai news online mula membuat liputan di kawasan gunung kinabalu untuk mendapatkan berita selanjutnya. Selain itu, anggota bomba dan tentera dan agensi kerajaan seperti jabatan penerangan mula datang ke kawasan gunung kinabalu. Setelah mangsa dikenalpasti, misi menyelamatkan mangsa yang terperangkan dimulakan. banyak gambar-gambar yang disebarkan di media adalah bomba dan tentera yang sedang mengangkat bangsa yang berjaya diselamatkan. sedangkan pihak yang benar-benar terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa adalah MALIM GUNUNG! merekalah penyelamat yang membawa turun mangsa sehingga ke kaki bukit gunung kinablu tetapi disebabkan media hanya menyebarkan gambar bomba dan tentera sedang mengusung mangsa dan menulis artikal yang menyebut usaha pasukan penyelamat berjaya dot dot dot dot.. ramai tertipu. sepatutnya media berlaku adil kerana walaupun malim gunung tidak kisah tetapi sekurang-kurangnya jangan ketepikan usaha mereka yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di laban rata (kawasan lapang dekat puncak gunung kinabalu). misi ini bukan untuk mengejar NAMA tapi misi untuk menyelamatkan nyawa manusia! Malim gunung lebih arif tentang kawasan gunung kinabalu, mereka adalah penyelamat yang sebenar. Semasa saya tulis artikal ini, usaha menyelamatkan mangsa yang masih hilang masih diteruskan. Saya akan sambung artikal ini di post yang lain.. Sekian buat masa ini. Assalammualaikum.




Thursday 4 June 2015

PENGEMBARAAN HARI INI - LOK KAWI WILDLIFE PARK

Assalammualaikum dan Selamat petang semua..
hari ini.. saya nak share dengan semua yang bertajuk 'PENGEMBARAAN HARI INI'
Bagi gempak sikit.. hehehe.. ok.. sebelum ini saya memang sudah pernah datang ke taman hidupan liar Sabah. Ini lawatan yang ke-3 saya. tapi sebelum ini tidak pernah share dengan semua.. Rasa rugi pula sebenarnya.. Sebagai pengunjung yang sudah pernah datang ke Lok Kawi Wildlife Park ni.. memang ada yang sudah berubah dan tiada.. maksud saya binatang-binatang yang pernah ada tetapi sekarang sudah tiada.. mungkin telah dipindahkan ke kawasan hidupan liar di kawasan lain.. saya tak pasti.. tapi saya share ini bukan nak ceritakan tentang haiwan yang sudah tiada tetapi apa yang masih ada di taman hidupan liar ini.. Ok.. saya akan gunakan koleksi gambar yang saya tangkap sepanjang saya berada di Taman hidupan liar Lok Kawi.. bagi kawan-kawan yang belum pernah berkunjung ke sini.. bolehlah datang bersama keluarga dan kawan-kawan untuk mengenali haiwan Liar yang ada di Sabah.. Tapi mereka yang jauh bolehlah tengok-tengok apa yang ada di dalam Lok Kawi Wildlife Park ini.. Semoga memberikan pengalaman baru kepada semua. :)



Novel Maya







































Gambar 1: Bangunan utama dan kaunter tiket. Bangunan ini adalah tempat keluar masuk ke Taman Hidupan Liar. Bangunan ini mempunyai kemudahan seperti kedai mini untuk pengunjung membeli makanan ringan dan kedai cenderahati untuk pelancong. LOK KAWI WILDLIFE PARK dibuka sejak 17 Februari 2017. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu ke taman ini mengambil masa 40  minit sehingga 1 jam bergantung pada keadaan trafik semasa. Selalunya, saya jalan dari Pusat bandar ke putatan dan ikut simpang kawasan Tembovo untuk ke Lok Kawi. Tapi bagi yang tidak arif tentang jalan di kota kinabalu, anda boleh menggunakan perkhidmatan Teksi, untuk ke taman hidupan liar.

Novel Maya










































Gambar 2: Harga Tiket untuk masuk ke taman hidupan liar LOK KAWI. Anda boleh rancang bajet dan masa anda ingin melawat di taman ini. Gambar ini saya ambil pada hari ini (4/06/2015)



Novel Maya



















                                                                                                                                     



                                                                                                       


Gambar 3: Kedai cenderahati yang ada di bangunan utama. Pengunjung boleh membeli hadiah seperti baju, gelang tangan, patung, coklat dan lain-lain. banyak juga barangan lain yang dijual di kedai ini. Anda boleh lihat sendiri sekiranya berkunjung ke sini.



Novel Maya








































Gambar 4: Perkhidmatan kereta api mini "Tram" untuk pengunjung melawat di seluruh kawasan taman. Taman hidupan liar lok kawi berkeluasan 280 ekar yang menempatkan bukan sahaja hidupan liar tetapi mamalia, reptilia dan burung. Saya belum pernah menggunakan perkhidmatan ini dan lebih selesa berjalan kaki untuk melawat di sekitar kawasan Taman. Banyak kawasan rehat yang disediakan pihak pengurusan taman hidupan liar. Oleh itu pengunjung boleh berehat seketika sambil melihat haiwan yang ada di situ sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan kurungan yang lain.



Novel maya





Gambar 4: Tulang Sumatran Rhino. Tulang lengkap ini dipamerkan di bangunan utama untuk tatapan pengunjung yang datang ke taman ini. Mungkin sahaja tulang ini adalah badak sumbu yang pernah ada di taman ini tetapi telah mati dan tulang ini dijadikan kenangan.



SPESIS BURUNG YANG ADA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK

Novel Maya

Novel maya

Novel Maya

Novel Maya

Novel Maya




























































































































































































Gambar 5: Seperti yang sudah saya katakan di gambar 4. Selain haiwan liar ada juga burung. Ini adalah antara spesis burung yang saya sempat tangkap pada hari ini. Burung ini terletak di bahagian hadapan taman. Oleh itu, pengunjung tidak akan lepas dari melihat hidupan liar ini. Seingat saya, pertama kali saya datang ke sini, banyak  spesis burung yang boleh dilihat tetapi pada masa gambar ini diambil, hanya ini spesis burung yang ada. Harap di masa hadapan taman hidupan Liar Lok Kawi lebih menarik dengan pelbagai spesis haiwan dan reptilia dan mamalia dan burung. Belum habis lagi. Hehehe..



Novel Maya - Burung Unta

Novel Maya - Burung Kasuari 














































































HIDUPAN LIAR DI LOK KAWI WILDLIFE PARK


Novel maya - Harimau Dahan


Novel Maya - Beruang Madu















































































Novel Maya - Tembadau







































Novel Maya - Kuda Mini








































Novel Maya - Rusa Jantan






































Novel Maya - Orang Utan


Novel Maya - Lembu Ankoli


Novel Maya - Monyet Proboscis


Novel Maya - Rusa betina





































Novel Maya - Kijang







































Novel Maya - Harimau







































Novel Maya - Orang Utan sedang bergayut









































MAMALIA DAN REPTILIA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK


Novel Maya - Kolam Memerang








































Novel Maya - Cuaca panas menyebabkan ular tidak aktif







































Novel Maya - Kura - kura








































Novel Maya - Buaya







































Novel Maya - Ular yang baru salin kulit







































TAMAN BOTANI DI LOK KAWI WILDLIFE PARK



Novel Maya - Pintu gerbang taman botani lok kawi







































Novel Maya - Pemandangan dalam Tama Botani







































Novel maya - Taman botan


Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani









































KEMUDAHAN YANG ADA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK


Novel Maya - Cafe dan Tandas














































Novel Maya - Salah satu Pondok rehat










































ANTARA PENGUNJUNG PADA HARI INI DI LOK KAWI WILDLIFE PARK



Novel Maya 









































Novel Maya









































Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...