Thursday 4 June 2015

PENGEMBARAAN HARI INI - LOK KAWI WILDLIFE PARK

Assalammualaikum dan Selamat petang semua..
hari ini.. saya nak share dengan semua yang bertajuk 'PENGEMBARAAN HARI INI'
Bagi gempak sikit.. hehehe.. ok.. sebelum ini saya memang sudah pernah datang ke taman hidupan liar Sabah. Ini lawatan yang ke-3 saya. tapi sebelum ini tidak pernah share dengan semua.. Rasa rugi pula sebenarnya.. Sebagai pengunjung yang sudah pernah datang ke Lok Kawi Wildlife Park ni.. memang ada yang sudah berubah dan tiada.. maksud saya binatang-binatang yang pernah ada tetapi sekarang sudah tiada.. mungkin telah dipindahkan ke kawasan hidupan liar di kawasan lain.. saya tak pasti.. tapi saya share ini bukan nak ceritakan tentang haiwan yang sudah tiada tetapi apa yang masih ada di taman hidupan liar ini.. Ok.. saya akan gunakan koleksi gambar yang saya tangkap sepanjang saya berada di Taman hidupan liar Lok Kawi.. bagi kawan-kawan yang belum pernah berkunjung ke sini.. bolehlah datang bersama keluarga dan kawan-kawan untuk mengenali haiwan Liar yang ada di Sabah.. Tapi mereka yang jauh bolehlah tengok-tengok apa yang ada di dalam Lok Kawi Wildlife Park ini.. Semoga memberikan pengalaman baru kepada semua. :)



Novel Maya







































Gambar 1: Bangunan utama dan kaunter tiket. Bangunan ini adalah tempat keluar masuk ke Taman Hidupan Liar. Bangunan ini mempunyai kemudahan seperti kedai mini untuk pengunjung membeli makanan ringan dan kedai cenderahati untuk pelancong. LOK KAWI WILDLIFE PARK dibuka sejak 17 Februari 2017. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu ke taman ini mengambil masa 40  minit sehingga 1 jam bergantung pada keadaan trafik semasa. Selalunya, saya jalan dari Pusat bandar ke putatan dan ikut simpang kawasan Tembovo untuk ke Lok Kawi. Tapi bagi yang tidak arif tentang jalan di kota kinabalu, anda boleh menggunakan perkhidmatan Teksi, untuk ke taman hidupan liar.

Novel Maya










































Gambar 2: Harga Tiket untuk masuk ke taman hidupan liar LOK KAWI. Anda boleh rancang bajet dan masa anda ingin melawat di taman ini. Gambar ini saya ambil pada hari ini (4/06/2015)



Novel Maya



















                                                                                                                                     



                                                                                                       


Gambar 3: Kedai cenderahati yang ada di bangunan utama. Pengunjung boleh membeli hadiah seperti baju, gelang tangan, patung, coklat dan lain-lain. banyak juga barangan lain yang dijual di kedai ini. Anda boleh lihat sendiri sekiranya berkunjung ke sini.



Novel Maya








































Gambar 4: Perkhidmatan kereta api mini "Tram" untuk pengunjung melawat di seluruh kawasan taman. Taman hidupan liar lok kawi berkeluasan 280 ekar yang menempatkan bukan sahaja hidupan liar tetapi mamalia, reptilia dan burung. Saya belum pernah menggunakan perkhidmatan ini dan lebih selesa berjalan kaki untuk melawat di sekitar kawasan Taman. Banyak kawasan rehat yang disediakan pihak pengurusan taman hidupan liar. Oleh itu pengunjung boleh berehat seketika sambil melihat haiwan yang ada di situ sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan kurungan yang lain.



Novel maya





Gambar 4: Tulang Sumatran Rhino. Tulang lengkap ini dipamerkan di bangunan utama untuk tatapan pengunjung yang datang ke taman ini. Mungkin sahaja tulang ini adalah badak sumbu yang pernah ada di taman ini tetapi telah mati dan tulang ini dijadikan kenangan.



SPESIS BURUNG YANG ADA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK

Novel Maya

Novel maya

Novel Maya

Novel Maya

Novel Maya




























































































































































































Gambar 5: Seperti yang sudah saya katakan di gambar 4. Selain haiwan liar ada juga burung. Ini adalah antara spesis burung yang saya sempat tangkap pada hari ini. Burung ini terletak di bahagian hadapan taman. Oleh itu, pengunjung tidak akan lepas dari melihat hidupan liar ini. Seingat saya, pertama kali saya datang ke sini, banyak  spesis burung yang boleh dilihat tetapi pada masa gambar ini diambil, hanya ini spesis burung yang ada. Harap di masa hadapan taman hidupan Liar Lok Kawi lebih menarik dengan pelbagai spesis haiwan dan reptilia dan mamalia dan burung. Belum habis lagi. Hehehe..



Novel Maya - Burung Unta

Novel Maya - Burung Kasuari 














































































HIDUPAN LIAR DI LOK KAWI WILDLIFE PARK


Novel maya - Harimau Dahan


Novel Maya - Beruang Madu















































































Novel Maya - Tembadau







































Novel Maya - Kuda Mini








































Novel Maya - Rusa Jantan






































Novel Maya - Orang Utan


Novel Maya - Lembu Ankoli


Novel Maya - Monyet Proboscis


Novel Maya - Rusa betina





































Novel Maya - Kijang







































Novel Maya - Harimau







































Novel Maya - Orang Utan sedang bergayut









































MAMALIA DAN REPTILIA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK


Novel Maya - Kolam Memerang








































Novel Maya - Cuaca panas menyebabkan ular tidak aktif







































Novel Maya - Kura - kura








































Novel Maya - Buaya







































Novel Maya - Ular yang baru salin kulit







































TAMAN BOTANI DI LOK KAWI WILDLIFE PARK



Novel Maya - Pintu gerbang taman botani lok kawi







































Novel Maya - Pemandangan dalam Tama Botani







































Novel maya - Taman botan


Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani







































Novel Maya - Taman Botani









































KEMUDAHAN YANG ADA DI LOK KAWI WILDLIFE PARK


Novel Maya - Cafe dan Tandas














































Novel Maya - Salah satu Pondok rehat










































ANTARA PENGUNJUNG PADA HARI INI DI LOK KAWI WILDLIFE PARK



Novel Maya 









































Novel Maya









































No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...