Monday 19 February 2018

LELAKI - AYAH

Semua ciptaan Allah dijadikan berpasangan. Fitrah manusia juga berpasangan. Rumah tangga ini tidak sukar dibangunkan jika anda 'lelaki sudah sedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang akan membimbing isterinya dan menjadi contoh positif kepada anak-anak.
 
Di sini persediaan sangat penting bagi fizikal dan mental. Rumah tangga yang dibina bukan sahaja untuk dunia tetapi matlamatnya itu harus sehingga ke syurga. Sudahkah anda yakin mampu membentuk sebuah keluarga yang diredhai Allah?
 
Tanya dengan diri sendiri,
 
Adakah saya sudah sedia?
 
 
lelaki, anda adalah pembimbing. membimbing isteri dan anak-anak untuk mengenal dan mendekati Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
 
Bagaimana anda membimbing keluargamu ke syurga jika anda sendiri masih kurang ilmu agama? ilmu agama tidak hanya terbatas dengan penting mengucapkan dua kalimat syahadat, solat, zakat, puasa dan menunaikan Haji.
 
Bagaimana dengan iman anda? adakah sudah beriman kepada Allah S.w.t, beriman kepada malaikat-malaikat Allah S.W.T, beriman kepada kitab-kitab Allah S.w.t, beriman kepada rasul-rasul Allah S.w.t, beriman kepada hari kiamat, beriman kepada Qada dan Qadar.
 
Anda tahu tiada kebaikan untuk membohongi diri sendiri. Apatah lagi membohongi Allah S.w.t yang maha mengetahui yang ghaib dan nyata. Sebab itu, anda terbaca artikal ini. Syukurlah kepada Allah S.w.t. semoga menjadi titik pemula untuk lebih mengenali sang pencipta langit dan bumi. Hidup di dunia hanya sementara dan syurga  tempat tinggal yang abadi. kuncinya Sabar, Usaha, Tawakal, Redha dengan semua ketentuan Allah S.w.t.
 
Nasihat Ikhlas
 
1. Cinta Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w
 
Mencintai Allah S.w.t dan Rasulullah S.a.w adalah cinta sejati dalam hidup manusia. Dari lahir sehingga kembali kepada Allah S.w.t. Belajar mengenali Allah dan Rasulullah. Allah S.w.t mencintai hambanya melebihi cinta seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Rasulullah mencintai umatnya melebihi cinta seorang suami kepada isterinya. Betapa dalam dan tidak berdaya minda seorang manusia biasa untuk menghitung betapa dalamnya cinta dan kasih saying Allah kepada hambanya yang berusaha memperbaiki diri (bertaubat) dan soleh.
 
2. Perbaiki iman
 
Tinggalkan perkara yang menyebabkan anda lalai dari mengingati Allah S.w.t. Jauhi perkara yang dilarang Allah S.w.t dan mula membentuk rutin baru perlahan-lahan kembali kepada jalan yang diredhai Allah S.w.t. Tetapkan matlamat untuk memperbaiki diri kerana Allah S.w.t.
 
3. Perbaiki sikap
 
Islam adalah agama yang penuh dengan keindahan. Agama yang sempurna dan meliputi segala aspek kehidupan. Islam adalah agama yang disebarkan melalui kelembutan bukan melalui kekerasan. Baca kisah Rasulullah dan sahabat-sabahat Rasulullah, bagaimana mereka menyebarkan dakwah Islam dengan kelembutan tetapi tegas. Itulah salah satu sikap yang harus ada dalam diri seorang lelaki soleh calon suami idaman wanita solehah.   
 
4.Rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu
 
Ilmu sangat penting dalam diri seorang islam. Ilmu yang benar dan sejalan dengan Al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah. Amalan ini salah satu kunci juga untuk mamastikan iman tetap terjaga dan tidak akan berlaku turun dan naik iman dalam diri anda.  
 
5.Berkawanlah dengan mereka yang sentiasa mengingatkan anda dengan Allah S.w.t
 
Paling penting, ubahlah lingkungan anda bersahabat. Sahabat yang soleh lebih baik dari sahabat yang membuatkan anda lebh jauh dari Allah S.w.t. Kerana akan ada situasi di akhirat kelak, kawan baik di dunia akan menjadi musuh terbenci di akhirat. Renungkanlah. Apakah anda ingin juga terheret ke neraka (Doa dijauhkan) disebabkan ingin menjaga hubungan baik dengan kawan sehingga melanggar larangan Allah ataupun manjadi kawan yang akan membawa kawannya ke syurga. 
 
Semoga artikal ringkas ini memberikan manfaat kepada anda.
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...