Tuesday 26 February 2013

KISAH BENAR : LEBIH TERANG DARI LAMPU

REAL LIFE STORY

sebelum ini salah satu bilik di dalam rumah dijadikan sebagai ruang makan untuk makan dan meletakkan peti sejuk disebabkan ruang memasak sangat kecil.
kami 6 beradik tinggal di rumah yang hanya ada 3 bilik. dua bilik dijadikan bilik tidur dan satu bilik sebagai runag makan.
pada mulanya memanglah tiada masalah untuk kami 6 beradik berkongsi bilik
tetapi sudah meningkat dewasa,bilik terasa sempit untuk dikongsikan.
oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan bilik ruang makan untuk dijadikan bilik saya.
dipendekkan cerita.setelah seharian penat menyusun barang dan mengemas bilik. saya berhenti membersih walaupun bilik tersebut belum bersih lagi..
dalam hati saya,esok sahaja sambung mengemas. kerana terlalu penat,saya terus terlelap selepas mandi.
sudah pekat malam saya tersedar kerana badan saya tidak boleh digerakkan.
saya cuba bertenang dan cuba mengerakkan badan saya terutamanya ibu kaki.
tetap tidak bergerak lagi payah bernafas kerana seolah-olah saya ditindih dengan benda berat.
saya teringat kesan darah ikan yang belum saya bersihkan. mungkin makhluk itu terhidu bau darah ikan.
setelah puas berusaha mengerakkan badan saya cuba membuka mata tetapi tidak dapat.
mungkin sudah takdir mata saya terbuka juga selama sesaat sahaja dan saya terus pengsan.
esoknya saya terus membersihkan darah ikan yang masih berbekas di kawasan bekas peti sejuk.
makhluk yang saya lihat berbentuk bulat dan lebih terang dari terang lampu kalimantang.
ada yang katakan mahkluk itu 'burung' tapi saya sendiri pun tak tahu apa benda itu sampai sekarang..


No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...