Saturday 2 March 2013

KISAH BENAR : MENYERUPAI


hai.. hari ini saya ingin kongsikan pengalaman yang adik saya sendiri alami tak lama dulu (tahun lalu)
ketika itu adik ( dila) saya seorang diri di dapur. masa itu sudah petang nak masuk azan maghrib. keadaan dapur rumah berhadapan dengan gunung ganang. petang itu dila sedang cuci piring menghadap tingkap dapur, secara tiba-tiba terlihat adik (pika) berlari dari pokok pinang yang berhadapan dengan tingkap dapur kami ke arah  rumah uncle saya. dila memanggil 'pika' tetapi tidak dihiraukan oleh 'pika'.  dila pelik. lalu bertanyakan pada saya. si pika sudah balik kak?
belum lagi balik,mama belum hantar mereka.
dila diam dan memberitahu peristiwa yang dialaminya sebentar tadi.
saya lagi terdiam.
tidak lama selepas itu, 'pika yang betul' balik dengan mama saya.
untuk mendapatkan kepastian dila sekali lagi tanya dengan pika.
pika bukan tadi ko sudah balik ka?
mana ada,saya baru balik.
dari situ kami tahu apa makhluk itu.. yang menyerupai adik kami. jin dan syaitan yang berkeliaran di waktu senja.. allahwuallam...

No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...