Saturday 2 March 2013

CERITA PENDEK : RUMAH AGAM

 wah,cantiknya rumah ni.. bersungguh-sungguh mimie berkata.. sambil melihat kiri dan kanan rumah agam yang tersergah indah di hadapannya. tak pernah seumur hidupnya untuk bermimpi mendiami rumah yang sungguh cantik seperti rumah itu. dari perabotnya sehinggah ke hiasan rumah sungguh antik dan susah untuk ditemui pada zaman ini.
mie suka? sapa suaminya faiz yang tersenyum melihat wajah isterinya ceria mimie terangguk-angguk sambil tersenyum dan mendekatkan dirinya ke badan suaminya dengan manja.
rumah tersebut adalah harta pusaka keluarganya. tetapi rumah tersebut telah lama di tinggalkan kerana tiada ahli keluarganya yang mahu tinggal di sana.
sebagai anak tunggal lelaki faiz menerima wasiat dari arwah bapanya untuk memiliki rumah agam tersebut.
setelah seharian berpenat lelah membersihkan kawasan rumah. mimie berehat seketika menikmati keindahan hijau di hadapan balkoni rumah agam tersebut.
mimie sudah berkahwin dengan faiz selama 2 tahun sebelum berpindah ke rumah agam tersebut.
sebagai seorang penulis,mimie mendambakan keadaan tenang seperti ini untuk menghasilkan karya-karya baru yang lebih bermutu dan segar di mata pembaca.
jam menunjukkan jam 5 petang,faiz belum balik dari kerja.
mimie berlalu ke dapur setelah berasa selesa dengan keadaan dirinya setelah berehat seketika tadi.
malam ini nak masak apa ya? tanya mimie dengan dirinya sendiri.
mimie membuak pintu peti sejuk dan mengeluarkan ayam dan sayur mentah untuk membuat salad sayur dan ayam panggang,bukan susah kan ada oven.
faiz suka makan salad sayur dan ayam panggang.
bagi meraikan hari pertama di rumah baru mimie akan masak makanan kegemaran faiz.
mimie menyanyi riang di dapur sambil memasak.
setelah selesai memasak. mimie melihat jam menunjukkan jam 7 malam.
faiz masih belum balik.
mimie mengambil kesempatan itu untuk mandi.
bilik mandi teramatlah luas dan cantik dengan hiasan dan perabot antik. memberi suasana yang  sedikit seram di kala malam. mimie tak memperdulikan semua itu dan terus membersihkann diri.
tidak lama selepas itu, kedengaran kereta masuk ke perkarangan rumah dan mimie pantas membuka pintu dan melihat wajah suaminya faiz tersenyum ke arahnya.
 mimie berlari-lari anak ke arah suaminya yang sudah keluar dari kereta.
asallamualaikum abang. mimie memberi senyuman gembira.
waalaikumsalam sayang. mimie pantas mengambil beg kerja suaminya.
abang pergi mandi dulu,mimie dah masakkan makanan kegemaran abang. ayam panggang dan salad sayur..sedap tau..
faiz tersenyum melihat suaminya dan memberi kucupan sayang ke pipi isteri kesayangannya.
setelah faiz selesai mandi.
mimie menyediakan makanan dan memanggil faiz ke meja makan.
tergerak hati mimie untuk menulis sepucuk surat untuk diberikan kepada suaminya.
berkali-kali mimie memanggil suaminya tidak juga menyahut.faiz tidak muncul-muncul.
ehh..mimie mula tidak sedap hati dan terus ke bilik mereka. melihat baju yang disediakan sebentar tadi untuk suaminya belum disentuh.
mimie bergerak perlahan ke arah bilik mandi.
mimie memegang tombol pintu bilik mandi. tidak berkunci.
sepantas kilat mimie membuka pintu bilik mandi,tiada orang di dalamnya.
mimie terdiam.
mimie. seseorang memegang bahunya.
sepantas kilat mimie berpusing.
faiz! faiz melihat mimie dengan muka yang pelik.
hampir pitam mimie terlalu terkejut.
sayang,kenapa sayang berpeluh-peluh nie?
faiz hairan melihat mimie yang sedikit pucat dan berpeluh.
abang? mimie melihat faiz yang masih berpakaian kerja.
aaabanng? seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.
yela,abang lah nie.
bukan abang dah sampai ke tadi?
oww..... faiz serta merta ketawa kecil.
mimie terdiam.
ye la..memang abang sudah balik tadi tapi abang mencari sesuatu tadi.. di bilik sebelah..
abang cari apa? mimie mulai tenang..
abang cari...
sayang,belakang abang gatal..tolong garukan untuk abang.
mimie senyum dan ke belakang suaminya untuk...
baru sahaja mimie hendak menggaru belakang suaminya.. bau yang sangat busuk memenuhi segenap ruang bilik tersebut, lagi memeranjatkan belakang suaminya berlumuran darah dan mengeluarkan bau yang meloyakan.
sayang tolong garukan.. belakang abang gatal....
mimie menutup mulutnya dan berlahan-lahan meninggalkan suaminya.
baru sahaja mimie di depan tangga..
sayang nak pergi mana tu?
langkah mimie terhenti..
sayang nak pergi tandas kejap,tak tahan nak buang air.
sayang nak ke tandas ke dah tahu..
tersirap darah mimie mendengarnya..
tak lah bang..abang tahu juga kan mimie tak suka pergi tandas bilik.. mimie lebih suka tandas bawah..
ye ke? kenapa sayang cakap tak tengok abang? sayang dah tank sayang abang ke? sayang tengok lah abang kalau bercakap tu....
perlahan-lahan mimie memusingkan badannya.
betapa terkejutnya mimie melihat makhluk yang sungguh menyeramkan di hadapannya ketika itu..
merenung tajam sambil bersenyum seram melihatnya..
sayang... sambil ketawa hilai panjang...
tidak!!!!
mimie tergelincir dari tangga rumah ke bawah..
dengan pandangan yang kabur mimie melihat pintu rumah terbuka luas dengan lampu kereta yang masih terpasang.. melihat seseorang menuju ke arahnya..
suaminya memapahnya sambil menangis..
sayang!!! jangan tinggalkan abang.. ini semua salah abang.. abang tak patut bawa mimie ke sini...
faiz menangis dengan penuh kesal.
di suatu sudut yang lain di dalam rumah tersebut.. mimie melihat dengan jelas pelbagai rupa yang menakutkan melambai-lambai ke arahnya sambil menghilai panjang.. sehinggalah mimie menutup matanya serapat-rapatnya selama-lamanya...


1 minggu sebelum kejadian.

faiz ini adalah wasiat papa awak untuk mewarisi harta pusaka keluarga awak..
faiz menggenggam erat wasiat tersebut.. tapi ingat faiz.. sebagai orang yang telah lama dengan keluarga kamu.. saya nasihatkan jangan tinggal di rumah itu..  ucap peguam lukman sambil menepuk-nepuk bahu faiz..
faiz mengerti maksudnya..
tetapi di jauh sudut hatinya bertentangan dengan nasihat itu..



80 tahun lalu..

awak tidak layak untuk bersama dengan anak saya!
harta apa awak boleh beri kepada anak aku,sedangkan awak orang miskin!
 seluruh penghuni rumah agam terdiam mendengar kata-kata haji faris.
dengan tulang empat kerat inilah aku akan pastikan anak pak cik akan hidup walaupun tidak semewah mana.. asalkan sumber rezekinya halal..
haji faris ketawa besar mendengar kata-kata pemuda itu..
ayah..suzanna sayang dengan abang hazim.. izinkan lah kami bersama ayah..
ucap suzanna merayu dengan ayahnya..
pantas haji faris menendang suzanna dari kakinya.
anna! hazim menyambut badan suzanna yang terjatuh ke lantai.
walaupun saya tidak layak untuk anak pak cik, janganlah pak cik layan darah daging pak cik sebegini..
awak siapa nak masuk campur dengan cara aku mengajar anak aku!
aku tidak mahu melihat muka engkau lagi selepas ini,berambus engkau dari rumah ini!
tidak pak cik,aku tidak akan meninggalkan suzanna di sini dengan syaitan seperti engkau. hazim memapah suzanna yang sudah tidak sedarkan diri untuk keluar dari rumah tersebut.
bagai dirasuk hantu,haji faris menarik keris yang tersangkut di dinding rumahnya dan menusuk bertubi-tubi ke belakang hazim.. tusukan terakhir menyebabkan hazim terjatuh ke lantai bersama-sama suzanna.
allah.. hazim menahan sakit.. sebelum menghembuskan nafas yang terakhir..
aku bersumpah..tiada keturunan mu yang akan bahagia di dalam rumah ini...

TAMAT


No comments:

Post a Comment

Cerita saya

kisah ini bermula ketika baru pindah ke hostel baru yang lebih dekat dengan tempat kerja. Saya sudah bekerja dalam sektor swasta 10 tahun. ...